Cita-Cita Ayah Yang Tak Kesampaian

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan serta admin IIUM Confession ni. Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih jika confession saya ini akan dipublishkan.

Nama saya Along dan saya terpanggil untuk berkongsi cerita daripada confession yang telah saya baca dari seorang confessor iaitu, (https://iiumc.com/a-life-with-tabligh-father/).

Untuk pengetahuan semua, menurut cerita daripada mak saya, ayah saya dulu juga merupakan seorang tabligh sebelum mereka berkahwin. Ayah saya menyertai kumpulan tabligh semasa dia masih belajar dan kemudian berhenti yang saya tidak tahu bila dan kenapa.

Semasa ayah saya belajar itu juga, dia mengambil bidang sains di sebuah university tetapi akibat daripada dirinya yang terlalu asyik dengan kumpulan tabligh nya itu, membuatkan proses pembelajarannya terbantut.

Saya fikir, mungkin sebab itu la juga dia berhenti dan keluar dari tabligh (pada pendapat saya la). Jadi, akibat daripada kelalaiannya itu membuatkan dia berhenti dari menyambung pelajarn dalam bidang sains dan menukar kepada bidang agama.

Jadi kiranya sekarang ni, ayah saya bergelar ustaz la lebih2 lagi bila dia dah smbung belajar dalam bidang syariah kat university di luar negara. Bila mak dan ayah saya kahwin, dan saya pun dilahirkan, memang saya dan adik dididik dan dibesarkan mengikut cara islam.

Dari saya sekolah tadika, rendah dan menengah, memang saya dimasukkan ke sekolah agama. Saya pun tak kisah jugak nak masuk sekolah agama sebab saya sendiri pun suka masuk sebab nak belajar agama dan selesa dengan persekitaran yang sebegitu.

Tapi tu la, saya agak tidak berminat untuk masuk ke sekolah tahfiz atau pun madrasah sebab saya sangat mementingkan pengajian akademik saya. Walaupun saya bersekolah agama, tetapi cita2 saya bukan ke arah itu.

Saya tahu ayah saya ingin saya menjadi seperti anak2 kepada kawan2 nya yang hafal al-Quran, yang jadi qari dan qariah, yang selalu join Majlis Tilawah Al-Quran, ikut pertandingan2 yang berkaitan dengan keagamaan macam tu. Tapi saya tak minat dan saya tahu saya tak boleh dan tak mampu, kelebihan saya bukan pada cabang itu.

Ayah saya juga mahu saya kuasai bahasa arab dengan sempurna, dapat baca kitab2 ulama dalam bahasa arab yang tidak berbaris sama sepertinya, sama seperti anak2 kepada kawan2 nya yang lain. Tapi saya tidak boleh dan tidak mampu.

Bukan saya mahu membangga diri, tapi alhamdulillah result peperiksaan agama saya agak memberansangkan dan saya juga pernah menjadi antara yang terbaik di peringkat negeri bagi peperiksaan tersebut.

Tapi jika menjadi seorang yang hebat dalam bidang keagamaan seperti yang saya nyatakan tadi, itu bukan skop pilihan saya. Saya memang suka belajar agama, tapi ingin menjadikan ia sebagai cita2 saya, maaf saya tidak berminat.

Kadang tu, selalu juga ayah memarahi dan merendah rendahkan saya kerana masih tidak boleh baca kitab, tidak boleh bercakap dalam bahasa arab dengan fasih dan sebagai nya walaupun saya sudah belajar di sekolah agama selama lebih dari 12 tahun.

Dan ketika saya memilih untuk masuk ke aliran sains selepas tingkatan 3, saya tahu, ayah saya kurang bersetuju kerana dia ingin saya fokus untuk belajar subjek2 agama supaya saya dapat menjadi seorang pensyarah dalam bidang agama seperti yang dia idam-idam kan dulu.

Ayah saya tidak dapat menjadi pensyarah kerana terdapat masalah yang berlaku dan dia terpaksa bekerja di sektor awam di bawah kerajaan tapi masih dalam bidang agama. Ayah saya mahu saya meneruskan cita2 nya yang tidak tercapai itu melalui saya memandangkan saya merupakan anak sulung.

Tapi nak buat macam mana kalau saya dan memang tak minat. Yang saya minat Cuma sains, sains dan sains. Tidak pernah terfikir pun saya untuk masuk ke bidang lain. Kadang saya tertanya sendiri, kenapa ayah masuk dalam bidang sains masa dulu tetapi memaksa saya belajar agama supaya saya boleh digelar ustazah?

Dan memang betul, kekadang saya pernah juga menyalahkan tindakan ayah yang mengikuti kumpulan tabligh itu dahulu, kalau tak, mesti ayah dah jadi professor dalam bidang sains sama seperti abangnya.

Dan apabila masuk tingkatan 4, keputusan exam pertengahan tahun untuk subjek sains saya sangat mengecewakan kerana benda yang saya belajar itu masih baru dan ambil masa yang lama untuk dikuasai.

Mak dan ayah saya kecewa sampaikan ayah saya kata, ‘nak masuk aliran sains, nak jadi orang sains tapi keputusan pun teruk, baik tak payah masuk, fokus ja dengan subjek agama tu, lagi bagus’.

Ketika ayah saya kata macam tu, saya sakit hati dan down sangat2 lebih2 lagi bila dia dah start bandingkan saya dengan orang lain.

Sejak tu saya berazam nak buktikan kepada ayah saya yang keputusan saya untuk masuk dan bekerja dalam bidang sains bukanlah cita2 semata, tetapi suatu kepastian. Ayah sya juga pernah menyuruh saya untk keluar dari bidang sains jika keputusan saya teruk sekali lagi.

Alhamdulillah, keputusan SPM saya sangat memberansangkan termasuk subjek2 sains saya. Saya tersenyum puas dengan keyakinan apabila saya dapat membuktikan kepada ayah saya yang saya dah cukup matang untuk memilih masa depan saya.

Mak saya pula, apabila dia melihat kebolehan saya, dia menggalakkan saya untuk mengambil course professional di universiti dan saya sangat gembira dengan sokongan tersebut. Sejak dari itu, ayah saya mula yakin dengan tindakan saya dan cita2 saya lebih2 lagi apabila permohonan saya untuk menyambung pelajaran dalam bidang sains di sebuah university tempatan diterima.

Nasib baik juga adik bongsu saya sangat berminat dan berkemampuan tinggi dalam bidang agama dan katanya ingin menjadi seorang ustazah suatu nanti.

Mungkin itu adalah berkat doa ayah apabila keinginannya untuk saya meneruskan cita2 nya tidak tercapai, jadi dia mula berharap kepada adik pula. Maaf ayah, along tak dapat nak capai cita2 ayah tapi along doakan supaya adik boleh tunaskan keinginan ayah itu dengan jayanya.

Jadi, apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah kita tak boleh nak paksa diri kita untuk jadi apa yang orang lain nak kecuali apa yang kita inginkan tu adalah sesuatu yang buruk.

Ibu bapa juga tidak boleh memaksa anak2 untuk menjadi apa yang anak2 tidak mampu dan rela contohnya ibu bapa sekarang yang memaksa anak2 mereka untuk belajar dan bekerja dalam bidang professional seperti doktor, jurutera dan sebagainya.

Kesannya, boleh mengakibatkan depressed dan stress yang melampau lebih2 lagi jika ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada mereka. Biarkan mereka jadi berdasarkan apa yang mereka minat dan mampu kecuali jika minat tersebut adalah salah dan tidak mendatangkan apa2 faedah.

Akhir sekali ialah, buktikan kepada orang yang selalu memperlekehkan kita dengan kejayaan yang kita miliki, tegas dan berusaha dengan apa yang kita mahu, bukan hangat2 tahi ayam saja tapi satu apa pun tiada. Last2 makan diri sendiri juga.

Rasanya itu saja dari saya setakat ini. Buat ayah, saya sayang ayah dan saya akan banggakan ayah dengan cita2 saya ini walaupun bukan dalam bidang agama. Jika anak2 kepada kawan2 ayah hebat dalam bidang agama, biarlah anak ayah ini hebat dalam bidang sains.

Terima kasih juga kepada ayah sebab tak pernah menagalah untuk ajar saya dalam bidang agama sejak kecil, kalau tidak sudah lama saya hanyut di dalam kejutan budaya di alam university ini.

Sekian, terima kasih.

– Along (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *