Cita-cita Nak Jadi Surirumah

Salam semua . Harap apa yang saya tulis ni, anda semua dapat baca.

Saya merupakan anak sulung , masih belajar di tahun akhir.

Saya ada cita-cita nak jadi suri rumah . Tapi bukan suri rumah biasa-biasa ye . Sebab saya minat berniaga , so dari sekarang memang saya tak minat nak kerja lepas abis belajar. Ada la seorang ni, dia cakap kalau tak nak kerja buat ape belajar . Kelakar sangat. Apa dia ingat orang tuntut ilmu tu just sebab nak kerja semata? Kerja dengan orang.?

Please kawan-kawan semua, zaman sekarang ni bukan zaman kita harap dapat kerja tapi kita kena create the jobs! That why i choose untuk jadi suri rumah + berbisnes. Kerja ikot masa kita, tak perlu terikat 8-5 or shift time. Ada masa jaga keluarga sendiri. Even sekarang pon saya ada bisnes sikit-sikit. Boleh tampung hidup sendiri tanpa meminta pon dari sesapa, Alhamdulillah . Waktu saya buat bisnes sambil belajar ni pon ada yang kondem , konon nya nanti result teruk la apa la. Tapi Alhamdulillah dean list selalu , in fact orang yang mengata tu tiap bulan minta pinjam duit . Hahaha . Lawak kan?

Lagi satu, Saya kadang-kadang sedih dengan mentaliti orang yang asal belajar kena ambik course yang gempak macam doktor la , peguam la . Sedangkan in future akan ada kerja yang tak de pon zaman ni, sebab keperluan tu da jadi lain . Jangan dohina orang yang ambik course ‘tak gempak’ tu . Kita perlukan semua orang for this world to be better place. So raikan semua , jangan rasa kita aja yang bagus . Mak ayah pon jangan paksa anak anda ye . Kesian budak-budak tu .

Masyarakat kita kena biasa dengan term create the job . Semua yang bakal graduate juga , anda boleh ubah realiti , dont dream to get the job but dream to create the job! So that ramai boleh kits tolong . Baru la maju .

Sekian terima kasih .

– Miss S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit