Assalamualaikum. Mungkin cerita aku ne dah ada yang tahu, siapa² kenal aku tu senyap² ye. Aku cuma nak cari tempat meluahkan + penyelesaian kot² ada orang sudi tolong. Aku seorang perempuan berumur 25 tahun, sudah berkahwin, tidak mempunyai anak dan mempunyai kerja tetap.
Aku seorang yang boleh tahan dalam pelajaran. UPSR 4A 1B, PMR 3A 5B, SPM 6A 4C (Sains Tulen + IT). Selepas SPM, aku melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi dan dapat result 2.51 PNGK. Selepas tu aku sambung ke peringkat ijazah dalam bidang IT tapi berhenti belajar pada sem ke 2.
Cita² aku untuk menjadi seorang guru sekolah menengah. Kenapa sekolah menengah? Sebab aku tak berapa suka budak. Itu fikiran aku dulu lah. Sekarang ni, biasa² je tapi aku memang awkward dengan budak². Walaupun aku tak berminat tapi aku apply juga maktab perguruan. Cuma bukan rezeki aku lah. Dengar² kalau nak masuk maktab untuk perempuan, sangat susah sebab saingan sangat tinggi. Even result 10A pun belum tentu masuk. Emm tak pastilah.
Kat matrikulasi, aku ambil bidang Kimia, Fizik + IT. Biologi aku tak ambik, sebab module II memang takde subjek tu. Boleh tukar tapi taknak la. Semua subjek sains tulen SPM aku dapat C takkan nak ambik lagi, kan? Selepas habis matrik, aku apply perguruan dalam bidang matematik dan dipanggil untuk menduduki peperiksaan Medsi. Berdebar² nak jawap soalan secara online. Selepas beberapa lama, keluar result (LULUS!) dan aku dipanggil untuk temuduga. Ya allah bersyukur nya aku!!! Walaupun baru exam, belum temuduga tau. Aku rasa aku nangis kot masa tu.
Aku budak pulau, temuduga pula kat UMS. Naik la aku feri dan bas. Tinggal kat tempat sepupu. Dah prepare² semua barang, baju, kasut semualah! Dan esoknya suami sepupu aku yang hantar ke UMS sebab ofis dia dekat je. Hari kejadian, aku tak tahu apa mimpi aku, apa pasal aku buka balik semua sijil yang aku dah susun elok², aku tinggalkan dalam kereta suami sepupu aku dan cuma bawa surat tawaran, sijil result SPM & PMR, surat berhenti sekolah. Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu! Bila tengok sijil² candidate yang lain, wowwwwwwww. Penuh buku file tu.
Bila dah tiba giliran aku, soalan² dia memang aku rasa aku bodoh la masa tu. Sebab aku asalnya orang yang ignorant. Yang tak peduli sekeliling, yang tak ambil tahu. Soalan² yang ditujukan waktu tu, apa nama sultan, apa nama menteri Sabah. 2 benda yang sepatutnya rakyat Malaysia kena tahu, aku tak tahu. Okay jujur nama sultan waktu tu aku tak tahu. Waktu tu tahun 2013. Menteri Sabah pula aku cakap je Musa Aman. Tapi ye lah, gelarannya apa? Aku tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. Sebab? Tak penting kot aku rasa waktu tu. Hahaha. Hebatkan. Gelak weii interviewer tu.
So adik², sila lah ambil tahu ye. Walaupun bukan semua dapat soalan yang sama, tapi anggap la ini soalan yang tak berapa bocor untuk anda. Soalan seterusnya yang ditanya macam biasalah. Soalan maut. ‘Kenapa kami kena ambil kamu sebagai student kami? Kalau kami ambil kamu, apa yang kamu boleh sumbangkan?’ Haaaaa, aku boleh cakap aku minat maths dari kecil dan itu kekuatan aku. Aku siap cakap lagi bapa aku suruh aku jadi cikgu HAHAHAHAHAHAHAHAH sembang!!
Kalau semua minat maths, semua la dapat jadi cikgu maths ye? Hahahahha fikiran aku taklah naif macam tu waktu tu. Tapi terkejut dengan soalan tu, tak prepare apa² langsung tentang soalan yang bakal ditujukan, tu la mengarut jawapan aku. Nasib baik juga aku tak disuruh mengajar maths, sebab dengar² dari student lain ada yang disuruh mengajar subjek kimia kat penemuduga. Allahhhhhh tak kuat aku. Serammm
So dah keluar result dan dukacitanya dimaklumkan bahawa aku tidak lulus temuduga. Memang dah expect gagal tapi kecewa tetap ada. Sebab itu cita² aku dari kecil (part bapa aku suruh tu aku tak tipu tau. Memang betul dia teringin anak sulung dia jadi cikgu Maths. Tapi ayah aku dah meninggal beberapa bulan sebelum SPM. Alfatihah). Aku ditawarkan di universiti yang sama dalam bidang IT.
Bidang ne termasuk la buka² komputer, buat game, buat graphic. Secara teori, aku pandai. Apa yang perlu di klik, apa yang perlu di buat. Kau tanyalah, aku boleh jawap. Tapi untuk berimaginasi dan praktikal, aku tak boleh! Idea aku cuma datang dalam 5minit je, lepas tu pooooof! Hilang. Selama dekat 2 sem aku belajar, subjek lain aku tak bermasalah. Aku happy.
Aku belajar bahasa Jepun, siap ambil extra class sebab nak join JLPT N5. Yang ambil subjek Jepun, tau lah apa yang aku cerita ni. Tapi bila masuk kelas IT, aku jadi serabut. Aku tak mampu buat assignment, aku menangis. Aku terlalu distract kan diri aku sampai aku tak buat assignment subjek lain. Sampai team aku buang aku tapi time tu aku tak kisah, aku tak peduli. Sebab takde benda yang lebih teruk selain daripada subjek IT tu. Yang ambil IT tu sorry lah, ini luahan aku k.
Bukan nak jatuhkan korang tapi ini yang aku rasa. Setiap orang kan berbeza-beza. Pada yang hairan kenapa ambil IT kalau dari dulu tak boleh? Aku pun tak tahu la. Orang nak masuk uni, aku pun nak masuk uni. Sepupu² semua masuk uni, tak kan lah aku nak ketinggalan kan. Buat malu keluarga la. Belum lagi part mak aku selalu membandingkan aku dengan anak orang lain.
So, aku teruskan ambil walaupun bukan itu bidang pilihan aku. Dan aku tak expect IT ni susah. Part buka computer, pasang balik, aku boleh buat. Ala² mechanic la konon kann. Tapi bila part melukis, aku macam mental breakdown. Sebab kelemahan aku adalah melukis & mewarna. Subjek yang aku paling benci dari sekolah tadika dan aku terpaksa praktikkan benda tu kat uni sebab itu adalah main course pengajian aku. Dapat tak feel kesengsaraan aku? Ada tak siapa² antara korang pernah rasa?
Sem 1, result aku keluar. 3 point something. Start sem 2 aku dah down. Buat kaunseling. Kaunselor tu hairan sebenarnya, kenapa aku down sangat, kenapa aku rasa macam tak mampu teruskan belajar sedangkan pointer aku kepala 3. Dia ingatkan pointer aku bawah 2. Dia suggest aku buat rayuan. Tapi entah kenapa la aku bodoh masa tu. Aishhhh memang zaman tu zaman aku bodoh tak simpan untuk anak cucu. Sebab dah kawin takde anak, tulah bodoh tu stuck. Ahahhahahaha.
Okay. Aku mengelak buat rayuan. Sebab aku rasa aku dah gagal, tak layak jadi cikgu. Dan buat apa aku merayu untuk kecewa lagi? Jadi aku ambil keputusan berhenti belajar. Kawan² semua ambil exam, aku pula kemas² barang dan keluar. Dan roommate aku zaman matrik, sama² temuduga dengan aku dulu dapat sambung belajar tapi dalam subjek lain. Sekarang dia dah jasi cikgu. Allahhhhh cemburunya aku. Elok je pakai baju kurung, pakai nametag, formal. Boleh tak aku nangis?
Selepas 3 bulan berhenti belajar, aku dapat kerja sebagai penyambut tetamu sampai sekarang. Dah 5 tahun, position masih sama. Gaji pun RM1100. best orang sekarang, masuk kerja dah dapat rm1100. Aku mula² masuk dapat RM900 je. Nak dpt RM1100 ambil masa 5 tahun. Gila betul. Hampir setiap tahun aku terfikir nak sambung belajar. Tapi aku nak belajar apa?
Pangkat guru tu sampai sekarang aku fikir macam mana nak capai. Apa yang aku perlu buat? Apa langkah yang harus aku ambil? Aku dah tanya semua University yang menawarkan ijazah perguruan, semua fulltime. Memang takde part time la. Jadi macam mana aku nak sambung belajar? Macam mana aku nak capai cita² aku tanpa aku perlu berhenti belajar?
Ada sesiapa boleh bantu saya tak? Bagi jalan, bagi pilihan apa yang saya boleh ambil. Dan roommate aku zaman matrik, sama² temuduga dengan aku dulu dapat sambung belajar tapi dalam subjek lain. Sekarang dia dah jadi cikgu. Allahhhhh cemburunya aku. Elok je pakai baju kurung, pakai nametag, formal. Boleh tak aku menangis?
– Aku Yang Kecewa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit