HI,
Aku bukanlah budak IIUM pun. aku seorg ibu muda yang berkerjaya. Giteew~ aku ni dah bekerja selama hampir tujuh tahun. dengan CGPA yang tak seberapa aku dapat kerja dengan company IT berprestij dunia. yes aku memang selalu tukar2 keje sebab aku jenis nak cepat naik. Bukan setakat level tapi gaji. haha
Kalau kerja dengan company MNC (mutinasional company ) ape-ape level ko pun, semua macam di pukul sama rata. Manager ko pun duduk meja yang lebih kurang ko. takde nama panggilan macam ‘Sir’ ke ‘Boss’ ke. ko just panggil nama diorang je. Tak kisah lah bos ko tu Mat saleh ke, orang Uganda ke mahu pon melayu sendiri. Di sebabkan aku dah terbiasa dengan environment macam ni , so aku dan orang dalam building ni dah terbiasa untuk layan sapa-sapa sama rata. Kalau dalam environment IT ni , semua mende lebih casual. Sebab tu lah korang boleh namapk macam mana Mark Zuckerberg and Steve Jobs tu punye appearance. Tak smart pun tapi nampak sangat casual. Betul kan?
In between tahun2 kerjaya aku, aku pernah berhenti sebab ex-boifren aku merangkap suami aku ajak kawen and ikut die sambung study dekat luar negara. berbekalkan duit scholarship MARA suami aku, tak berapa cukup nak survive berdua. so aku decide buat part time sebagai cleaner. sehari aku buat 2 keje. Dua2 pun cleaner. serious wei. aku tak pernah keje yang tak rasa stress langsung. Haha. Tau je lah kalau keje IT pastu bahagian Operations, issue tak solve, ke tikar sembahyang lah aku mohon server up balik. haha
Secara praktikalnye, dalam resume aku adelah keje sebagai Cleaner.
Balik Malaysia, aku start keje balik. Macam biasa company MNC lagi. tapi aku perasan sesuatu lah. Pagi-pagi sampai opis aku buat air percuma Nescafe di pantry. Sampai pantry aku tengok ade abang cleaner ni tengah nak basuh cawan and die toleh nampak aku, pastu die macam cepat-cepat letak cawan die , die blah. Muka macam bersalah. Die rasa bersalah buat aku tunggu kot. tak sempat aku cakap ape-ape die dah blah. takpe abang saya boleh tunggu.
aku perasan jugak akak2 cleaner kalau lalu tepi meja atau kat hallway mesti tunduk je. kalau jalan mesti kadang-kadang bagi kitorg jalan dulu. Kalau vacuum opis pun sama, cakap sorry2. diorang rasa macam mengganggu kitorang kot.
Kalau dekat cafe, diorg kadang-kadang panggil aku Puan, aku cakaplah kat diorang “eyh janganlah panggil saya Puan. saya bukan bos akak.”
Ade suatu hari aku pegi surau. aku nampak geng-geng akak cleaner tengah lepak. aku rasa inilah masanye . aku pegi and aku start berbual. aku tanya pasal musim hujan . pastu melalut sampai aku cerita yang aku pernah jadi cleaner dulu. Seperti di jangka, diorang buat muka terkejut, tak percaya agaknye, Pastu diorang nampak selesa dah sembang dengan aku. pastu diorang panggil aku adik since hari tu.
Aku just nak bagitau ni kat sesiapa yang jadi cleaner mahupun keje kat facility department kat mana-mana. Janganlah ko rasa ko tu nobody kalau jawatan kau cleaner. Kita kerja bwah satu bumbung, di gaji oleh orang yang sama. cume kita berbeza department.Masing-masing run atau jalankan tanggungjwab masing-masing, Jomlah kita beramah mesra. Lagi-lagi kalau awak-awak yang berpangkat makcik, anggaplah kitorang ni macam anak-anak. Rasa macam kakak and mak dekat office ni. tempat selalu bersih, toilet tip top. lagi satu, kalau bawak kerepek tu , pas-pas lah sikit.. haha
– Adik pencinta cleaner
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit