Assalamualaikum wbt. Hai, aku nak share pengalaman aku menggunakan cleansing oil dan bagi review produk mana yang aku rasa aku akan repurchase lepas ni. Jenis kulit aku ialah oily combi. Bukan nak promote produk atau jenama tertentu, tapi ini merupakan pengalaman aku sendiri, guna duit sendiri untuk explore skincare dalam pasaran.
Dan, kulit aku mungkin berbeza dengan kulit pembaca, so mungkin boleh jadikan bacaan ni sebagai rujukan. At the end of the day, kalau nak pillih produk yang sesuai, korang sendiri yg perlu tahu kulit korang macam mana, ingredients ape yg korang ok dan tak ok. Kena ada effort dan duit sikit la untuk try2 produk sebelum jumpe holy grail for your routine.
Dulu before aku terjebak dengan Korean skincare routine, aku selalu remove makeup/sunscreen guna Garnier micellar water. Micellar water boleh dikatakan bagus juga untuk remove makeup/sunscreen, tapi bagi aku, micellar water ni agak kasar lah kepada kulit sebab kita akan guna kapas dan tekan2/tarik2 kapas tu kepada kulit muka supaya makeup tu hilang.
Bila aku tahu kewujudan cleansing oil ni, memang dah tak pandang dah micellar water sebab cleansing oil ni mencairkan makeup/sunscreen dengan sekelip mata! Kadang2, kalau korang ade jerawat yang ade nasi tu, cleansing oil ni boleh jugak mencairkan nasi tu selepas sekali penggunaan atau selepas beberapa kali penggunaan. Proses untuk remove makeup/sunscreen pon lebih gentle daripada micellar water. Aku pon dapat jimatkan masa dan jimatkan penggunaan kapas dengan cleansing oil.
Aku prefer cleansing oil daripada cleansing balm sebab cleansing oil ni, you just picit je botol tu and straightaway apply dekat kulit you. Kalau cleansing balm, packaging dia leceh sikit la kalau nak guna dalam toilet especially untuk orang yang nak cepat and tak menyabar macam aku haha. Nak guna cleansing balm ni, kena bukak penutup dia la, pastu kena scoop balm tu, pastu kena warm up the balm on your palms untuk cairkan dia then baru boleh apply dekat skin. Agak banyak makan masa, so aku prefer cleansing oil. Setakat ni, aku dah guna dua jenis brand cleansing oil; Biore dan Hada Labo.
Biore ni bagi aku, jenama yang affordable la untuk skincare di drugstore. Biore cleansing oil ni memang berkesan untuk remove makeup/sunscreen. Harga dia pon budget friendly untuk students, dalam rm20, boleh dapat lagi murah kalau pandai cari promotion atau beli online. Bau dia pon wangi (ade fragrance), macam bau apple fruity macam tu.
Hada Labo ni pulak, jenama yang terkenal dengan clean and simple ingredients which is sesuai untuk sensitive skin. Hada Labo cleansing oil ni pon memang bagus untuk remove makeup/sunscreen. Cuma harganya agak mahal, dalam rm50++. Kena beli online or time promotion, baru dapat murah sikit. Hada Labo cleansing oil ni takde fragrance, which can be an important thing for certain people in choosing their skincare products.
Overall, ingredient wise, Hada Labo cleansing oil is much better la dari Biore cleansing oil sebab Hada Labo contains no fragrance while Biore ni ade fragrance. Dari segi harga, Biore wins sebab dia dalam rm20 untuk 150ml, but Hada Labo is rm50++ untuk 200ml. Dari segi formulation, aku rasa dua-dua rasa lebih kurang sama dekat kulit dan memang berkesan untuk remove makeup/sunscreen.
Kesimpulannya, kalau tanya aku, which one would I repurchase, aku akan pilih Biore cleansing oil sebab dia lagi murah dan wangi (korang yang kulit sensitif sila elakkan fragrance dalam skincare korang ye!). Aku tak nak repurchase Hada Labo sebab dia takde bau. Bila apply Hada Labo cleansing oil tu dekat kulit, aku rasa geli sebab rasa macam letak minyak masak dekat kulit, hahaha. Basically, aku lebih enjoy guna Biore cleansing oil berbanding Hada Labo.
Tu je perkongsian aku. Sekian, terima kasih.
– Hikari
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit