Closure

Kata orang putus ketika masih cinta itu sakit, tapi ternyata terpisah tanpa closure itu lebih sakit.

Hai pembaca IIUM Confession, saya Sunset dan ini kisah saya. Saya pengikut IIUM Confession sejak zaman universiti, masa tu viral kisah roommate psycho. Siapa yang ingat kisah tu mesti korang dah tua kan? Hehehe.

Berbalik kepada kisah saya, tujuan saya menulis bukanlah untuk meminta nasihat atau pendapat melainkan hanya sekadar meluahkan rasa yang dah lama terbuku dihati agar saya dapat move on.

Maaf saya tak pandai sangat mengarang, jadi susunan ayat saya mungkin agak berterabur.

Kisahnya bermula di semester akhir di uni dimana saya mula rapat dengan salah seorang batchmate saya, supaya mudah saya gelarkan dia Bicep sebab dia suka pergi gym.

Saya dan Bicep sebenarnya dah lama kenal sejak semester 1 lagi, cuma tak pernah terlintas di fikiran yang something will happen between us.

Oleh sebab kami mula rapat di hujung semester, kami tak sempat dating banyak kali. Adalah sekali dua. Lepas tu kitorang pergi intern di tempat yang berbeza, so kitorang just video call dan chat je.

Saya dan Bicep janji yang kitorang akan jumpa lagi very soon. Bicep pun ada cakap yang one fine day dia nak ajak saya datang rumah dia.

Tapi tu la, kitorang tak pernah declare apa-apa. Tak pernah luahkan perasaan. Tak pernah cakap ’I love you’.

Saya nak tanya tapi saya segan sebab saya kan perempuan. So saya abaikan dan berharap dia akan bagi kepastian mengenai hubungan kami. Lagipun hubungan kami baik-baik saja. Bicep orangnya kelakar dan seronok dibawa bercerita.

Selang beberapa bulan, ada sorang mamat ni ajak saya keluar dan confess dekat saya. So saya cerita kat Bicep, saya ingat masa tu dia marah.

Saya tanya Bicep, apa sebenarnya status kami berdua tapi tak berjawab. Lepas tu saya tak ingat dah conversation kami, cuma sejak dari situ kitorang totatlly lost contact.

Niat saya sebenarnya masa tu nak buat dia cemburu je, nak pancing dia untuk clearkan status hubungan kami. But no, it never happens. Saya tunggu dia chat saya, pun takde. Last saya jumpa dia masa convo, saya try nak tegur dia tapi dia ignore saya.

So begitu jelah kisah kami, singkat tapi penyesalannya sampai ke hari ni masih terasa.

Saya tak pernah dapat peluang untuk jelaskan pada dia apa yang jadi sebenarnya dan kadang-kadang saya rasa terkilan juga sebab saya rasa mungkin saya ni takde makna apa-apa dalam hidup dia. Saya je yang perasan.

Sebab kalau betul dia ada perasaan dengan saya, kenapa dia tak pernah cari saya lepas kitorang gaduh?

Tapi bila difikirkan semula, saya pun salah juga. Mungkin masa tu kitorang berdua masih terlalu muda dan terlalu ego. Padan muka kan siapa suruh kurang bijak hahaha

Kisah ni pun dah hampir 10 tahun berlalu, tapi kadang-kadang saya masih rindukan Bicep.

Atau mungkin saya hanya berpaut pada idea ’what could happen’ kalau saya tak gaduh dengan dia dan kitorang masih bersama sampai sekarang. Mungkin ini hanya rasa menyesal, saya pun tak tahu.

Pasal mamat confess tu, saya tak terima pun. Lepas saya reject, mamat tu move on dan couple dengan orang lain.

Lepas Bicep saya ada bercinta dengan someone tapi tak kemana, mungkin sebab saya belum move on kot. I feel like I’m always searching for him dalam diri orang lain. Alaa macam lagu Joji tu. So saya pilih untuk single daripada lukakan hati orang lain.

By the way Biceps takde social media. Nombor dia pun dah lama hilang sebab saya tukar fon dengan number sekali so saya pun tak tahu apa update hidup dia. Mungkin dia dah kahwin dan berbahagia kot.

Kadang-kadang kisah saya dan Biceps rasa macam sekadar mimpi, yang tahu kisah kami pun cuma kami berdua je. Nasib baik ada sekeping gambar kami pernah tangkap. Saya tak sempat cerita dengan sesiapa tup tup dah tinggal kenangan.

Dulu saya pernah berdoa semoga my path and his cross sekali je lagi so that I can get closure, tapi rasanya dah tak mungkin kot.

So, saya doakan dia sihat dan bahagia dimana pun dia berada. Dan semoga saya berjaya move on dari kisah kehilangan tanpa closure ini.

Kepada Bicep, walaupun awak tak akan pernah baca benda ni tapi saya nak tulis jugak just to let it go.

I want to say that I love you, and I still think about you every now and then. And I’m sorry that I was foolish. I probably hurt you back then, but I was too focused on my own anger.

There’s so much I wanted to say but the years had corroded my memory until all that is left is guilt. I hope that all the years I spent carrying this regret is enough to redeem myself. I’m writing this as my closure because I don’t want to dwell in the past anymore.

I cannot change the past, so the only way is forward. May this be the last time I think about you like this.

Saya tinggalkan awak disini bersama penyesalan dan memori singkat kita. So long, my almost.

– SUNSET (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *