Untuk part I, (https://iiumc.com/penat-si-kentang/).
Assalamualaikum semua. Aku Kentang, ini tinta aku kali kedua. Terima kasih yang sudi baca dan komen pada confession aku yang pertama. Aku hargai.
Sebab aku boleh stay lama kat rumah ni sebab sewa murah dan dekat dengan tempat kerja aku. Walaupun begitu begini perangai manusia yang tinggal dalam rumah ni, aku bersyukur sebab aku masih ada kerja dan juga rumah untuk aku berteduh.
Untuk aku keluar cari rumah lain, masih dalam pertimbangan. Aku perlukan lebih masa dan lebih wang kalau aku betul betul nak pindah rumah.
Masih ada perkara yang perlu aku beri perhatian dan wang lebih berbanding dengan sewa rumah. Terima kasih sekali lagi, aku ucapkan pada korang.
Kepada Mia, thank you for your reply, (https://iiumc.com/reply-penat-si-kentang/). Aku berani je nak bidas. Yang tak beraninya kalau aku dah hilang sabar, memang terbang kuali pergi tuannya balik. Thank you jugak sebab bagi aku courage macam mana nak hadap si Putat tu.
Tinta kedua kali ini lebih kepada meminta nasihat dan pandangan korang yang lebih dewasa dan dah kenal 1001 jenis karakter manusia.
Aku pernah bercinta 2 kali, long distance relationships. Ex pertama aku kata aku toxic in relationship. Pernah melampaui batas beberapa kali. The horrible relationship ever.
Ex kedua aku, putus sebab aku tak suka perangai budak budak yang selalu nakkan perhatian aku. Hampir setiap malam nak call aku, bahasa sekarang, otp. Otp sampai 2 pagi, sometimes benda merepek pun aku layan. Aku masuk kerja pagi. Memang barai.
Tahun lepas aku berjinak-jinak guna satu apps. Yang penting bukan dating apps. Itu standard aku haha. Tukar tukar gambar seharian. Kucing ke makanan ke benda random ke. Tak kurang jugak gambar yang mencabar kesucian mata aku. Alhamdulillah aku dah uninstall dah sebab nak jadi better.
Aku kenal ex kedua aku kat situ. Kat situ aku jugak aku kenal seorang lelaki yang syok kat aku. Aku namakan dia Sawi. Kat situ kami kenal, lama lama tukar nombor WhatsApp lepas tu berjumpa. Dia duduk daerah berdekatan, so kalau nak jumpa aku senanglah sebab dekat.
Sawi ni dia tak pernah bercinta. Semua perempuan yang rapat dengan dia, semua mainkan dia. Bff si Sawi ni mamat hot, dan benda ini diakui coworker aku. Perempuan rapat dengan si Sawi ni,bersebab. Obviously nak rapat dengan bff dia.
Aku lepas break up kali kedua, aku nekad taknak bukak hati kat mana mana lelaki. Aku cukup trauma dengan exes aku. Sawi nak cuba dapatkan hati aku sebab dia tahu past relationship aku macam mana. So kami HTS, hubungan tanpa status. Gitu.
Khilaf aku sebagai manusia, aku pendosa. Kalau korang dapat hint based on cerita aku pasal ex aku, korang boleh agak apa yang dah berlaku masa aku in relationship.
Aku tak deny, aku pun pernah jadi bodoh depan lelaki. Aku pernah give up dengan social life aku. Lelaki yang aku pernah percaya, khianati aku. Bukan sekali, tapi dua kali. Lantak lah apa nak jadi masa tu. Aku ibarat patung yang ikut berontak hati.
Mari cerita pasal Sawi. Characteristics si Sawi ni, kiranya macam ‘family man’ gitu. Masih duduk dengan family. Anak sulung. Selalu kata dia lain daripada lelaki lain (roll eyes). Kerja baru nak stable. Weekend lepak mamak sampai 2-3 pagi. Esok pagi bangun tengah hari.
Sebelum Sawi muncul lagi. aku dah tak buat benda tu. Aku insaf. Aku jaga diri aku sebaik mungkin. Ada je yang mencari aku, tapi aku tak layan. Yang nak jumpa aku, aku bagi alasan aku busy atau tak keluar malam lagi. Padahal aku keluar je, keluar makan dengan Sawi lepas tu lepak main game, haha.
Makin lama kenal si Sawi, aku perasan yang dia suka physical touch. Sawi panggil aku sayang. Sometimes pegang peha aku, kiss kepala aku.
Kat public rangkul pinggang aku macam tak ada batas. Tiba-tiba je sampai tangan dia kat pinggang aku. Kat public jugaklah dia dekatkan muka dia kat aku, lain macam dekatnya. Aku perasan semua tu, cuma aku buat bodoh.
Lama lama aku rimas. Finally that one sense hits me, I acknowledged myself that I dislike physical touch. Aku ni bertudung. Aku rasa malu bila dia buat macam tu, especially kat public. Sumpah aku rimas.
Benda ni berlaku hari hari, sebab aku jumpa Sawi hari hari. Bujang kan, mana rajin nak masak. So makan lah luar. Lately je aku jarang jumpa Sawi dengan alasan nak balik awal.
Yang jadi masalahnya kat sini, kami pernah bergaduh banyak kali pasal aku taknak dipegang dan aku taknak dipanggil sayang. Kami bukan in relationship. Aku anggap dia kawan rapat. Aku tahu dia ada hati.
Aku pernah cakap aku trauma dan aku belum bersedia untuk bukak hati aku pada sesiapa. Ada sekali dua Sawi cuba paksa aku bukak hati untuk dia. Last last aku fed up, beritahu dia “to just follow the flow”. Simple.
Sawi punya obsession dengan physical touch tak habis kat situ je. Dia selalu buat jokes with hidden meaning.
Contoh, ‘nanti kita bangun pagi lewat sebab kita busy buat benda lain’. ‘Hype my pocket and pants’. ‘I like your small hands sebab nampak semua benda besar pada tangan you’. ‘Semalam busy jerking off HAHAHA’. Ada banyak lagi, semuanya bawa satu maksud yang sama.
Aku rasa violated. Dengan physical touchnya, dengan sexual jokesnya. Bukan first time aku tegur dia. Bukan first time aku dengar semua jokes tu. Tuhan je tahu apa aku rasa masa tu.
“Sawi, imagine adik kau dilayan macam mana kau layan aku. Apa yang kau rasa?” — not the first time I asked him this.
“Sawi, stop with the touching. Aku tak suka.” — not the first time I told him off.
“I am so sorry. This is my first relationship. I won’t do it anymore. You’re my first girl. I’m still learning about you. I take time nak process benda macam ni. I try my best not do to things you tak suka.. bla.. bla.. bla” — countless times of ‘apologising and repeating the behaviours’.
Setiap bulan aku hadap benda sama. Setiap kali itu aku kena tegur dia. Setiap kali tu aku dengar alasan dan permohonan maaf yang dah lapuk.
Mak aku tahu Sawi sukakan aku dan aku dah kenalkan kepada family aku. Aku kenalkan sebab aku rasa family aku patut tahu siapa Sawi dan background dia. As a plan B in case apa apa jadi kat aku yang merantau ni, tahu nak cari siapa.
Sawi berniat nak kahwin dengan aku, tapi apa yang dia buat pada aku, aku tak boleh terima. Belum ada ikatan yang sah tapi layan aku macam tu. Hati aku berbolak balik.
Sekarang aku trauma nak keluar dengan Sawi, even pergi makan. Taking my time off, my me time. Member marah weh kalau aku kata aku nak ‘me time’ LOL.
Aku dah syok masak -masak hehe. A bit productive compared to before. Kalau tak dekat pukul 10, 11 malam baru jejak rumah.
Aku tak perfect pun. Salah aku jugak sebab macam bagi harapan pada Sawi. Aku dah janji pada diri sendiri yang taknak buat benda yang tak elok lagi.
I need some advices. Sawi tak ada ciri-ciri lelaki yang aku nak based on his behaviours toward me now. Betul, manusia boleh berubah. Cumanya, sampai bila?
Betul ke apa yang aku buat sekarang?
– Kentang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit