Assalamualaikum and Hyee..
Aku nak berkongsi cerita sikit tentang diri sendiri maybe tapi jangan risau. Ada relate nya dengan tajuk kat atas.
Alhamdulillah Allah mudah rezeki aku. Once ak habis belajar means last sem aku intern just waiting for 2 months aku dapat job di tempat aku intern. Mmg rezeki sangat eventho aku kena far away dr family.
Straight to point, aku bukanlh pelajar paling pandai masa sekolah. Since dr sekolah rendah, menengah,matrik sampai la Uni result aku average and sometime teruk. Kalo nk diingatkan masa sekolah and matrik akulah result paling last/hampir last. Masa tu certain cg pun tk pandang almaklumla bukan pelajar pilihan.
Paling sedih bila time SPM semua orang result gempak2 and aku dapat 3A je kut plus ade C utk subjek kritikal. Cita2 aku nk jadi doktor tu conferm la hancur menjunam. Masa tu most of member aku result cemerlang. Ada yang ambil Dokter, Engineer and of course ramai yg bt foundation dkt Universiti2 terkemuka.
Masuk Matrik aku tekad nk dapat result cemerlang sebab hati ni still nk ambil bidang Kedoktoran tapi sesungguhnya Allah Maha Tahu yg trbaik buat hambanya. Again, I got nothing with my result. Less than 3 pointer plus MUET Band 2 mana je kau nak pegi. Masa tu down tak payah cakap la, tk berlagu aku menangis thinking ‘why’ and ‘why’. Dapat tau pulak keputusan UPU, aku dapat Uni yg aku tak nak which is one of kawasan yg agak terpencil dr bandar and of course not at Metropolitan City yg aku idam2 kan. Dapat course yg aku sendiri pn tk tau apa asal usulnya mula2. And jauh daripada kawan2 yg aku rapat.
1st day masuk Uni hari2aku nangis sampai tahun 3 baru aku redha. Aku mula kenal dan cinta Uni aku sendiri, kawan2 yang selalu ada saat susah dan senang aku. Yang tk putus beri semangat kt aku and Lecturers yg tak pernah pilih kasih even kau bukanlh dr golongan yg pandai. Aku mula belajar menerima and nekad nk berubah eventho result aku teruk which is result aku less than 3. Aku sanggup repeat balik paper App. Calculus utk naikkan balik aku punya pointer. But best bila ko ada kawan2 yg nak belajar and selalu tolong. In sha Allah dipermudahkn. Saat orang lain tgh cuti sem kiteorang struggle nak baiki result. Sanggup tk tido malam sampai ada member aku sorang yang hampir pengsan time final exam tuhh. Alhamdulillah, result aku naik ke 3 point smething. Masa tu Allah je tahu betapa gembiranya aku. Because that is the hardest subject bg aku. Segalanya berjalan lancar sampailah last sem. Macam2 aku dan kawan2 struggle sampai tk keruan hidup especially time FYP. Masa tu again banyak halangan dan ujian. Sanggup merentas ke negeri utk siapkan FYP and of course utk segulung ijazah.
Alhamdulillah. All is well sampailah ke akhir internship aku. Aku dipertemukan dengan orang2 yg mempunyai pengalaman yg hampir sama dengan aku. Ditindas, dibiarkan sendiri dan sanggup struggle untuk apa jua circumstance. Banyak aku belajar tentang kehidupan, kawan, menerima dan diterima dan yg pasti adalah menjadi seorang yg ‘Independent’ walaupun hampir bergadai nyawa.
Again, rezeki aku dipermudahkan Nya. Aku dapat diserap masuk tempat aku Intern dulu. Disebabkan dalam masa dua bulan jugak aku tunggu panggilan, aku sempat pergi interview dan till now I still got call for IV and another offer. And the best ever thing I learnt is Independent. Sebabnya sekarang pun aku jauh dr semua orang, dr family bestfriends and orang yg aku sayang. Hanya Phone calls yg dapat hilangkan rindu aku. You must realize that the more you grow up, the less friends you had. Bila dh besar bukan senang nk restart balik cari kawan bcuz we hve our own life. Sekadar nk tegur hai hai boleh je, cuma tk ngam
Kat sini aku nak sentuh walau kau rasa down macam mana pun jangan pernah putus asa sebab kau tak kan tahu bila Allah nk bagi. Memang kdg2 kita rasa itu dan ini tp percayalah bila Allah dah bagi kita sendiri pulak tk dpt beri jawapan sebab indahnya aturan Allah. Rezeki datang tanpa kita sangka.
Yang penting jaga hubungan kita dengan Allah, dengan ibu bapa dan orang2 disekeliling kita. Jaga solat and ibadah. Kalau ada masa buat ibadah sunat, go on sbb Allah nk beri something esp. Duha and Tahajjud. Banyakkn sedekah walaupun masa tu kau rasa kau paling miskin , mungkin jadi masa tu jugak Allah nk beri rezeki kt kau. Banyak menerima nasihat drpd orang lain and let open your mind. Bila kau belajar sesuatu dr orang lain ia akan meresap dlm diri kau.
Selalu yakin yang Allah Maha Pemberi Rezeki. And one thing aku nak ingatkan for Fresh Grads, jangan memilih sebab interviewer sangat tak suka pd orang yg memilih. Banyak kali aku pg iv. quest dia akan tanya ‘ awak sanggup tak buat itu ini’.Once you say no w/out reason confirm dia reject. Kalau dapat apa2 keje ven dlm course kita pegi je dulu even SL1M sbb suma tu rezeki. Mana tahu time duk situ dapat offer lain dari situ kau dh dpat income utk go for the next step. Sampai disini sahaja aku berkarang .
‘ Just give a try because you wont regret even failed’
– Asyaa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit