Assalamualaikum dan hai. Saya Sona bukan nama sebenar. Usia lewat 20an. Surirumah sepenuh masa 3 tahun yang lepas, selepas melepaskan jawatan jurutera demi keluarga.
Saya berkerja tidak lama. Hanya sempat kerja 3 tahun kemudian kahwin dan mengandung terus berhenti kerja dengan alahan yang teruk kerap masuk hospital.
Setelah berhenti saya selesa menjadi surirumah sehingga 3 tahun. Semua kelengkapan suami sedia cukup buat masa ini dan seadanya.
Selama 3 tahun saya sangat selesa buat rutin sebagai surirumah, urus rumah, jaga anak dan suami. Sangat selasa sampai tidak ingin minta kerja.
Dalam keadaan PKP pun kami masih mencukupi segala kelengkapan, syukur suami masih bekerja dan itu menjadikan sebab saya selesa dengan keadaan saya sekarang.
Sampai tahun 2022, saya terdetik hendak keluar daripada zon selesa ni.
Semua bermula bila suami sakit kemalangan, tidak terlalu teruk, terseliuh dan ada beberapa jahitan kecil di kaki dan tangan, tapi kena banyak cuti untuk cuci luka, temujanji hospital dan kadang-kadang terpaksa cuti tanpa gaji.
Dengan anak dah makin membesar, makin banyak komitmen dan yang paling penting saya nak ada pembaharuan dalam hidup saya.
Nak ada sesuatu yang boleh buat saya berdikari. Tidak la saya rasa seperti layang putus tali bila suami sakit dulu.
Jadi bermula awal tahun 2022, saya memulakan bisnes kek. Sekarang dah dekat nak Ramadhan dan Syawal saya buka tempahan untuk kuih raya pula. Semua saya dan suami yang buat, tiada pembantu buat masa ini.
Alhamdulillah mula dikenali disekitar daerah saya tinggal sekarang. Saya memang pernah berniaga sambilan daripada zaman belajar di universiti lagi, jadi sedikit sebanyak saya berani untuk berniaga sepenuhnya sekarang.
Buat surirumah sepenuh masa, jika itu yang kalian mahukan, teruskan. Jika ada rasa ingin mencuba keluar daripada zon selesa, cuba korek apa yang kalian minat.
Sebagai contoh dengan join PJJ masakan, baking, jahitan, berkebun atau apa saja yang diminati boleh membawa kepada hobi atau bisnes.
Jadi surirumah ni saya rasa paling stress daripada kerja makan gaji, walaupun best dan selesa, tapi kita tiada ‘me time’, jadi dengan baking inilah ‘me time’ saya. Hihi.
Untuk permulaan memang susah, nak dapat seorang pelanggan sehari pun belum tentu, jadi suami cadangkan buat ‘tester’. Daripada situ la kami dapat order.
Juga sedekah di masjid, surau atau jamuan keluarga atau jiran untuk mereka rasa air tangan kita, sambil tu boleh la promote. Begitulah saya mulakan bisnes kecil saya ini.
Kini kami dalam proses untuk ambil sijil pengendalian makan, cucuk typhoid dan buat SSM.
Jika ada yang tertanya kenapa tidak minta kerja makan gaji je kan lebih mudah.
Apa yang saya tak nak bila saya berhenti kerja adalah hantar anak ke pusat asuhan, akibat trauma dengan kejadian yang berlaku pada anak buah saya, berbirat, berbalam badan.
Itulah penyebab saya nak ada duit tapi anak masih depan mata. Tapi jangan kecam saya ibu-ibu bekerja, saya rasa trauma sebab jadi pada ahli keluarga terdekat saya.
Bagi ibu-ibu bekerja teruskan, doa yang baik-baik ya buat anak kalian.
Sekarang saya rasa puas hati dan betul betul selesa dengan apa yang saya kecapi. Mudah mudahan dapat bertahan lama dan berkembang maju bisnes saya ni.
Sesiapa di luar sana yang turut berniaga dari rumah seperti saya, apa lagi yang patut saya ada untuk tambah baik bisnes ni? Boleh komen nanti saya baca. Terima kasih terlebih dahulu.
Yang benar, suriBISNES Sonawan!
– Sona (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit