Comfort Zone Tu Tak Bagus Ke?

Hai. Nama aku Im (bukan nama sebenar). Aku seorang lelaki bujang yang berusia 32 tahun.

Dulu aku bekerja sebagai construction engineer dan bekerja di construction site.

Setelah 8 tahun bekerja di site, aku decide untuk tinggalkan bidang construction dan masuk BPO industry.

Kini sudah hampir setahun aku bekerja dalam BPO industry untuk back office support.

Untuk yang pernah bekerja di construction site, pasti tahu bagaimana perit dan susahnya kerja ini.

Mental koyak rabak dan selalu dicarik2 disiat2 dihempas2 itu jangan cerita lah. Stress itu dah tak terkira.

Kena maki dengan bos, kena tengking dengan subcon, kena bangun pukul 5 pagi hari2 sebab long commute, balik rumah pukul 9 atau 10 malam, cuti hari Ahad je, public holiday pun kerja.

Semua itu benda biasa. Memang hidup untuk kerja.

Work life balance ke, work from home ke, semua tu buang jauh2 dan bakul sampahkan sebab tak wujud.

Sampai ada satu tahap, aku kena anxiety untuk pergi kerja sampai setiap malam susah nak tidur.

Terpaksa berjumpa psychiatric untuk dapatkan ubat penenang dan ubat tidur.

Tapi koyak rabak lunyai pun, 8 tahun aku boleh bertahan.

Sebab apa aku boleh bertahan sampai 8 tahun? Sebab kerja ni mencabar.

Kene sentiasa fikir, kena perah otak sepanjang masa, kena deal dan kena berkomunikasi dengan orang, kena sentiasa kreatif untuk selesaikan masalah yang sentiasa ada tak henti2 muncul. 

Aku suka buat semua benda2 ni sebab cabaran itu dan amat puas sekiranya dapat selesaikan masalah tu. Dan of course la gaji pon not bad.

Sampai sekarang aku tak menyesal sebab semua cabaran2 tu buat aku lebih berpengalaman.

Ditambah pula aku bole imagine diri aku nak growth dalam bidang ini, skill2 yang boleh aku guna kalau nak lompat kerja, dan ada cita2 nak climb jadi leader atau manager atau whatever top management punya position.

Lepas 8 tahun kerja, aku decide untuk berhenti kerja sebab konon2 nak kejar gaji yang lebih tinggi.

Skill pun dah ada, experience pun dah bertaraf senior, so ingat senang la nak dapat kerja. Alih2, haram satu offer pun tak dapat.

Career plan aku ke laut tak menjadi pulak sebab langsung tak dapat offer dari syarikat construction. Alasan mereka sebab expected salary aku tinggi.

Dalam tengah mencari tu, ada la member recommend masuk BPO company. Aku pun saja2 la try sebab aku suka pergi interview sebab dapat communicate dengan orang baru dan dapat belajar POV baru.

Sekali je interview terus dapat. Experience BPO langsung tak ada tapi diberi gaji yang lebih tinggi dari expected salary aku dan even lebih dari average senior engineer punya salary.

Disebabkan waktu ini top priority aku gaji, ditambah pula aku fikir, sampai bila nak henyak hentak mental aku sampai rabak lunyai, jadi aku decide untuk ambil kerja ini.

Jadi setelah hampir setahun bekerja, aku boleh cakap kerja ini sangatlah tidak mencabar mental dan fikiran.

Aku tak nampak skill apa yang aku boleh apply di luar. Aku juga tak nampak peluang untuk skill growth dan aku tak nampak juga masa depan aku dalam syarikat dan kerja ini.

Yelah, hari2 baca email complaint dari customer, kemudian forward je kepada pihak berkenaan. Siapa yang dapat settle complaint paling banyak, akan dapat ganjaran.

OJT 3 bulan tak habis lagi, tapi aku dah rasa tak ada skill yang aku boleh belajar untuk dibawa ke luar company atau kerja ini.

Tapi, aku fikir2 balik, kerja aku amatlah mudah, duduk menghadap komputer melakukan rutin yang sama berulang2,

Duduk dalam office yang sejuk dan selesa sambil minum kopi, boleh bekerja dari rumah 3 kali seminggu, tempat kerja yang cuma 20 minit perjalanan, benefit syarikat yang bagus, gaji yang lumayan.

Apa lagi yang tak cukup. Macam orang tak bersyukur dan complain lagi.

Nak dijadikan cerita, baru2 ni aku dapat pulak offer dari US punya engineering firm. Kerja ini memerlukan aku travel selalu ke luar negara tapi dia offer gaji berbelas ribu ringgit.

Tapi aku fikir balik, kalau aku accept job ini, aku akan kembali semula dalam rutin mental lunyai koyak rabak yang 8 tahun tu.

Tapi kalau aku tak accept, aku akan terlepas peluang untuk buat benda yang aku minat dan ada passion.

Masalahnya sekarang, patut ke aku keluar dari comfort zone sekarang dan pilih semula kerja yang aku minati. Atau stay sahaja dalam kerja BPO ni walaupun tak ada passion dan minat.

Rasa macam tak bersyukur pulak sebab dah elok2 kerja senang lenang, tetibe nak patah balik masuk bidang engineering yang ibaratnya syurga dan neraka.

Harap pembaca2 terutama yang berkerjaya dan sudah climb corporate ladder dapat beri nasihat.

Patutkah aku kejar passion dan minat aku. Atau stay sahaja dalam comfort zone ini dan lupakan passion dan minat aku.

Nak cari nasihat dekat Link***n tak boleh pakai sangat sebab situ semuanya positive mind yang terlebih dan tak realistic dengan kehidupan sebenar,

– Im (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *