Common Sense

Assalamualaikum. Maaf andai kata penggunaan tatabahasa saya yang teruk bagi mereka yang membaca luahan saya ini.

Kisah ini saya mengaku kesilapan saya sendiri dalam menunjukkan perasaan sebenar.

Saya seorang pelajar di sebuah universiti. Beberapa hari yang lepas, saya dan kawan-kawan ada buat celebration untuk sambut hari jadi Amani (bukan nama sebenar).

Mengikut perancangan asal, kami akan berikan kek. Tapi kebetulan ketika itu kami semua kelaparan dan dah muak makan benda manis.

Jadi, kami buat keputusan untuk pilih makanan yang boleh kenyangkan perut sampai malam. Saya tahu yang kek itu tak jadi beli.

After that, alhamdulillah mengikut rancangan untuk surprise Amani, semuanya berjalan dengan baik. Bila dah jadi, kami semua makan dan berborak macam biasa.

Saya agak terkejut bila kawan saya, Lola (bukan nama sebenar), nak belanja makan untuk Amani.

Sejujurnya, saya bukanlah berkira, tapi makanan yang dipilih oleh Amani itu agak mahal bagi orang yang kurang mampu seperti saya. Malah, saya sendiri elak untuk beli makanan itu bila memikirkan duit poket saya.

Sebab saya sudah siap ketepikan duit untuk keluar menyambut hari jadi dan juga untuk perbelanjaan saya.

Tapi bila saya tanya Lola, “Kita bayar makanan Amani ke?”, dia jawab, “Yes.”

Bila saya tanya kenapa, dia kata makanan Amani telah digunakan dalam perancangan hari jadi tersebut (planning asal adalah kek).

Secara jujurnya, saya agak marah sebab Lola buat keputusan tanpa bertanya dengan saya.

Bila banding harga antara kek (satu slice) dengan makanan Amani, kek jauh lebih murah.

Jujur, saya marah kerana duit perbelanjaan saya telah terusik. Saya amat marah kerana saya bukanlah dari keluarga yang senang.

Saya seorang pelajar dan tidak bekerja. Kawan-kawan saya pula berasal dari keluarga yang sentiasa selesa dengan kehidupan mereka. Oleh sebab itu, bagi saya, mereka tidak faham apa yang saya lalui.

Jadi, saya tertanya, adakah ini silap saya?

– buzz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Gini lah dik, kalau adik jenis yang sangat berkira-kira dalam perbenlanjaan, elakkan keluar gather2 dan celebrate dengan kawan2 sebab bila kelaur dengan kawan terutama yang bukan se”kasut” dengan kita memang akan terjadi seperti perkara di atas.

    Apa yang dah jadik tu buatlar pengajaran. Inysa Allah lama-lama kawan akan faham. Amani pun akak yakin at first place tak terpikir pun kawan2 nak belanja dia, sebab tu lah dier pun order makanan mahal, mungkin dia nak reward diri dier sendiri because it’s her day.

  2. betul la apa yg Lola tu buat, dah korang tak jadi nak beli kek untuk Amani. korang kene la belanja la dia makan. nak celebrate birthday kawan, tapi nak ikut tekak sendiri. Apooo

  3. saya pun susah tapi kalau belanja orang makan janganla berkira. Allah or Tuhan akan balas berlipat kali ganda rezeki u.

  4. Lesson learnt. Lepas ni terus terang bagitau kawan tu. Bajet aku cukup2 mcm harga slice kek tu. Kalau diorg berkeras jgk.. kau tarik diri je la. Tak pun kau bg hadiah lain. Belajar say no. Belajar jd independent. Tak payah la nak bergeng2 ni sgt. Nnt kau dah kerja pun sorg2 jgk.

  5. xguna la berkawan mcmni. diorng mesti da tau “status” awak tp masih nk paksa2 mcm nk malukan awk. kawan yg baik xkn susahkan kawan2 dia yg lain. cari kawan lain yg lebih memahami awk,

  6. tak faham la , mula2 nak suprise amani dgn belikan kek ? tp tak jadi sbb lapar so muak nk makan manis , i ingat nak beli sebiji kek utk korg share ramai2 tp slice..ok2 takpe

    then kek cancel , so nak celebrate amani tu takyah beli pape ke dkt dia ? korg suprise apa ? mesti u ingat kek cancel so tak yah keluarkan duit la eh..then knp nak celebrate bday dia pulak..

    next time kalau takde bajet , awk bgtahu je direct , dari rasa tak ikhlas mcm ni..

    patutnya beli je lah kek satu SLICE tu , bagi amani mkn..korg yg muak bukan amani..haihh belajar U tp entah laa..u pun tak reti fikir ke apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *