Assalamualaikum dan hello!
Confession saya ni mostly based on circle saya. Saya seorang pelajar di luar negara. Mungkin, sebahagian dari apa yang saya tulis tidak terjadi pada kawan-kawan dekat Malaysia. Alhamdullilah.
1. Saya tinggal sebilik dengan seorang kawan. Kitorang tak rapat mana pun. Cukup sekadar roomate. Masa saya ajak dia move in ke bilik saya, saya memang tanak roomate yang BFF dengan saya, sbb saya pernah rasa, BFF tinggal sebilik, lepastu kitorang gaduh sebab saya tegur dia. Kisahnya, roomate saya ni pengotor. Dia sanggup rak mandi beberapa hari hanya sebab dia malas dan dia rasa takde keperluan untuk dia mandi. Saya adalah jenis orang yang normal. Mandi 2 atau 3 kali sehari. Saya tak kisah kalau dia selesa dengan keadaan macam tu. Tapi, saya? Saya bukan tak pernah sound suruh dia mandi. Alasan dia, bukan berpeluh pun. Haih. Kalau tengah winter saya tak kisah laaa.
2. Kebersihan sebahagian dari iman. Kitorang share the same bathroom. Tapi, bila bathroom dah berkeladak, jamban sampai dah geli nak duduk, saya akan cuci. Next 2 weeks pun saya. Nanti saya lagi. Dah, dia tau guna jee. Saya kalau sekali dua, okay laa. Ni tiap tiap kali memang saya je cuci dia tau pakai je, saya jadi marah. Saya bukan orang gaji yang dia bayar untuk cuci bathroom dia. Sebab ni juga saya gaduh dengan BFF saya dulu. Kalai tak 1:1 pun, 2:1 pun dah kira okay.
3. Sharing bilik membuatkan less privacy, jadi, kalau nak dengar music or watch movie, pakai lah earphone. Tak mahal saya rasa. Earphone rm5 pun dah boleh dapat. Perkara macam ni sangat mengganggu saya. Dan sekali lagi, saya bukan ta pernah tegur. Pernah satu masa tu, saya nak solat, dia pasang lagu pakai loudspeaker. Sabar je la.
4. Saya tau dan faham kita dah besar dan dah banyak jumpa macam-macam perangai manusia. Perlu bertileransi dan menerima orang lain seadanya.
5. Bagi saya, ada benda yang boleh bertoleransi ada yang tak. Contoh benda yang boleh ditoleransi macam:
– saya jenis orang yang cakap straoght to the point. Tak beralas. Awak kena laa terima.
– awak jenis yang bersepah, tak kemas. Baju dah sebulan pun still tak unpack.
– awak selalu tidur lama. Saya gormat awal dengan tak buat bising.
6. Daripada pemerhatian saya, perkara-perkara sebegini berkait rapat dengan kematangan da cara seseorang itu melihat suatu situasi. Adakah dia selfish ataupun tidak? Perkara-perkara ini berkait rapat.
7. Saya merasakan banyak orang-orang seumuran dengan saya tak matang. Umur memang bukan penanda aras menentukan kematangan seseorang. Umur bukanlah membuatkan seseorang boleh berfikir secara common. Ada deria yang normal boleh berfikir untuk orang lain. Jelas. Saya nampak sekarang.
7. Tapi, timbul persoalan, common sense dan kematangan ini sebenarnya datang hasil dari didikn yang bagaimana? Bagaimana satu orang boleh beza prespective dia dari yang satu lagi? Walhal, mereka mendapat pendidikan formal yang sama.
8. Isu tentang common sense dan kematangan dalam berfikir ini bolej dikembangkan lagi ke skop yang lebih besar sebenarnya, macam; a)adakah ini pemimpin masa depan kita yang akan datang?, b) mereka kah generasi akan datang yang akan memacu negara kita Malaysia?c) bagaimana keadaan malaysia pada 10 tahun akan datang jika anak muda pada hari ini tidak boleh berfikir secara matang? d) bagaimana Malaysia akan maju jika generasi pelapis negara kita sebegini sikap dan pola fikirnya?
9. Mungkin terlalu banyak persoalan saya yang timbul dek kerana hal yang kecil. Saya bukan bertujuan untuk beraungut di confession ini.
10. Saya cuma ingin membawa semua pembaca ke satu fasa yang lain. Berfikir tentang masalah yang dipandang sepi dalam masyarakat. Tapi, sebenarnya memberi impak yang besar tentang “bagaimana mendidik common sense dalam diri anak bangsa kita pada hari ini?”
Sekian. Terima kasih.
– Superman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit