Common Sense

Assalamualaikum… thanks approve this entry.

Kecewa…. sebab manusia sekarang semakin hilang common sensenua.

Nak dijadikan cerita saya pergi ke mamak untuk lepak makan dengan kawan. Maklum lah baru lepas selesai urusan diluar.

Selalunya geng2 shisha atau nie vape akn lepak di bahagian luar mamak. Yela berkepul2 asap so sesuai lah duduk di luar. Tetapi nak dikatakan malang tak berbau tu. lepas usai makan nak gerak balik, tiba tiba hujan. Kami hanya menaiki moto dan jam ketika itu belum menginjak 11 malam. Jadi saya dan kawan ambik keputusan untuk tetap di mamak sementara tunggu hujan sidang.

Tapi keputusan yang dibuat mengundang derita untuk saya. Apabila geng2 shisha dan kawan-kwannya masuk ke dalam kedai mamak untuk berteduh sama. Ingtkan nak stop lah hisap benda2 tu ehhhhhh sambung plak mengisap. Can you guys imagine? Hujan? Dalam mamak? Kipas yang berpusing dengan jayanya untuk menyebar asap? Makanan yang terdedah dgn asap2. I cannot brain. Dah salah tempat untuk pilih makan. No, saya tak salah kan kedai mamak tu tapi mana common sense semua orang? Yang mungkin bawak anak kecil untuk singgah makan apa semua.

Bukan masalah tu je masalah juga untuk orang yang tak boleh hidup asap rokok dan kawan-kawannya. My brother juga hisap rokok tapi selalu nasihatkan dia kalau boleh perlahan lahan lah berhenti. Rokok membunuh dalam senyap. Ye ada hukum makhruh dan haram terpulang nak pegang mana. But for me, saya berpegang ianya haram sb islam tak benarkan kita sakiti atau zalimi diri sendiri. So yang merokok tu berjihad lah untuk berhenti. Sayangi diri anda. Adik kalau kau baca nie please lah usaha lah berhenti, badan tu nk pakai lama.

Back to my story. Adik saya tahu saya tak boleh bau rokok sbb memg tak suka. Alhamdulillah dia respect sy. Ada tempat2 tak boleh merokok sy ingtkan dia. Kawan2 dia pun bnyk yg memahami saya jika kami keluar bersama. Tolak ansur.

Tapi peristiwa mamak tu menyebabkan saya terkesan sesuatu pada diri sndri. Bila terhidu bau asap shisha dan kawan-kawannya yang boleh dikatakan segenap penjuru mamak tu dipenuhi asap. Nafas saya tak lancar seolah2 ada penghalang di saluran nafas. Saya agak panic sbb setahu saya, saya tidak ada penyakit lelah. Dan lebih perik saya baru usai mkn dan keadaan itu menyebabkan saya rasa mual nak muntah. Tak mampu nak tahan sy berjalan laju ke singki. Paling sedeh tak ada sapa kisah !!! Sy cuba ke pintu blakang mamak untuk ambik udara luar.

Tak mampu nak buat apa. Ajk kawan saya untuk duduk diruang yang sedikit jauh dri kepulan asap. Kepala berdenyut tak tau nk ckp. Waktu hujan semakin reda saya mengajak kawan saya untuk pulang. ketika saya bangun dari kerusi seakan2 berpusing dunia sekejap. Kawan saya tak boleh nk bawak moto waktu tu. hanya saya yg boleh bawak. YaAllah. Sedeh! Saya sendiri tak tau saya ada symptom mcm tu.

Bertambah sedeh sb kebanyakan anak muda dan tak muda sekarang tidak ada common sense. Sedeh yang amat. Please take noted, Asap yang kalian hasilkan bukan sahaja membinasakan diri kalian tapi membinasakan diri orang lain. Jadi tolong lah fikirkan. Jangan lah kalian fikir vape shisha rokok itu satu trend ataupun style, kalau dah membawa musibah pada orang lain. Jgn jadi selfish.

– Cik tanjung perak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit