Common Sense Adat Berkunjung

Hai. Aku Malina. Aku terdetik hati nak kongsikan mengenai adat berkunjung.

Tujuan perkongsian ini hanyalah semata-mata untuk sebarkan kesedaran yang kebiasaannya dibiasakan oleh sesetengah kita dalam berkunjung. Tidak kiralah berkunjung ke rumah saudara, majlis keraian atau apa jua yang berkaitan dengannya.

Pertama, tolonglah bagitahu jika nak bertandang ke rumah. Tidak kiralah awak tu saudara ke, adik beradik ke atau pun kawan baik someone tu.

Tuan rumah pun ada waktu privasi yang tak boleh diganggu. Bukan tak mahu terima tetamu, tapi datanglah pada timing yang betul. Kalau jam 11.00 malam macam tu sebaiknya elakkan.

Tuan rumah kadang dah tidur, nak me time, nak rehat, nak keluar berjalan dan mungkin ada yang nak “bersama” dengan pasangan tiba-tiba terganggu. Lupakanlah kalau memang ada niat nak buat surprise datang mengejut2 tu.

Sama juga kalau nak datang rumah ibubapa kita, maklumkan dulu. Mereka pun berhak nak rehat di rumah sendiri. Semua tuan rumah suka tetamu tapi tetamu pun perlulah ada common sense macam ni.

Kedua, benda ni selalu berlaku masa raya. Aku tak tahulah kalau family orang lain. Biasanya masa raya, keluarga besar masing-masing akan berkumpul masa tu di kampung. Inilah saat yang paling seronok dan memori yang berharga bagi aku.

Tapi yang buat aku rasa “turn off” bila dekat dapur. Pinggan mangkuk punyalah berlambak. Seorang pun tak mahu basuh. Entah sape-sape punya pinggan, mungkin takde tangan nak basuh agaknya.

Ini bukan berkira, tapi apa yang aku perhatikan benda macam ni mereka dah anggap perkara biasa.

Kalau masa kecil, muka ini dengan berpakaian hari raya ni yang basuh, takkanlah sampai dah besar pun nak harap muka ini juga yang basuh. Ehh, tiba-tiba dekat kampung tak boleh basuh pinggan sendiri pula.

Tolonglah basuh pinggan masing2, pandai makan, pandai basuh. Janganlah nak harapkan anak sedara ke atau atok nenek yang kena basuh pulak.

Ketiga, masa ada gathering keluarga, tolonglah jangan suka nak mengarah anak-anak sedara ambilkan itu ini. Jangan gunakan kuasa mak atau bapak sedara korang tu untuk mengarah anak orang buat itu ini.

Korang pun ada anak sendiri tapi duk sibuk nak mengarah anak orang. Cubalah kalau aku yang arah anak kau, mesti muka kau macam cuka kan. Budak tu ada mak bapak dia, hormatlah sikit. Bukan tak boleh tolong. Boleh, tapi biarlah bertempat.

Ini barang dekat pun nak suruh anak buah yang pergi ambil, makanan anak kau pun nak suruh anak buah tu yang ambilkan.

Dia pun tengah makan. Bukan bibik kau. Bukan sekali dua, tapi banyak kali. Mentang-mentanglah budak tu kecil lagi, pendiam pula tu kau nak regging dia. Pemalas tak boleh dibentuk.

Keempat, yang ini khas untuk ibu bapa. Kalau masa gathering, biasanya mesti akan ada orang puji anak korang.

Walaupun korang sendiri tahu perangai anak korang tu fake depan orang ramai, tiba-tiba behave pula, korang iyakan saja. Tak perlulah nak burukkan anak sendiri.

Duk pi cerita kat orang, “Ehh.. tak tahu perangai dia kat rumah macam mana,” pungpang pungpang duk mengata anak sendiri. Kesian kat anak tu.

Nampak macam simple je, tapi hati anak2 ni lama kelamaan dia akan simpan sebab ibubapa dia sendiri yang downgrade kan dia.Kira okaylah kalau anak tu buat macam tu, maksudnya anak tu pandai kawal diri dia sendiri depan tetamu.

Kelima, bila bawa anak-anak kecil datang rumah, silalah awasi anak-anak tu. Nakal budak-budak ni semua orang boleh terima, tapi ibu bapa pun perlu main peranan juga.

Janganlah bagi alasan, “Eh dia budak-budak lagi.. Memanglah macam tu”. Please la. Dari keciklah kena didik.

Ada masa perlu jadi tegas juga. Tahu..sayang anak. Orang lain pun sayang anak juga. Ni tidak, anak duk panjat-panjat, lompat sofa rumah orang, duk tarik langsir gayut-gayut, ibu bapa ni buat tak nampak je. Silalah tegur anak sendiri. Tuan rumah memanglah kata okay, takpe.

Tapi dalam hati dia, tiada siapa tahu. Sama juga, nak main mainan anak tuan rumah, silakan. Kami tuan rumah ni seronok tengok anak-anak ni enjoy bermain, tapi lepas main dan nak balik, pulangkanlah semula.

Itu mainan anak orang. Janganlah ikutkan kehendak anak untuk ambik hak anak orang lain. Takkan pula nak minta anak tuan rumah redha mainan kesayangan mereka diambil pula.

Yang terakhir, kalau dah janji nak datang rumah orang. Tolonglah tepati. Datanglah juga walaupun tak boleh datang ikut masa yang dijanjikan. Yang penting perlu ada budi bicara antara dua pihak.

Ini tidak, dah janji nak datang. Tuan rumah pun masaklah sedap-sedap dan kuantiti banyak. Sekali, tak datang langsung. Telefon pun tak. Ehh menyusahkan orang betul.

Minta maaf pun tak. Buang masa tuan rumah, buang tenaga nak menunggu tetamu lagi. Duit dah habis beli barang masak. Apalah salahnya beritahu dulu kalau betul2 tak jadi.

Jangan pandang ringan je hal macam ni. Mungkin nampak kecil je tapi perasaan tuan rumah macam mana. Lepas ni eloknya tutupkan je pintu kalau orang macam ni datang lagi. Geram aku.

Sekian dari perkongsian aku. Minta maaf terbebel pula. Perkongsian ini tak lain tak bukan hanyalah untuk beri kesedaran pada semua orang di luar sana, jika ada yang pernah terbuat macam kat atas ni, silalah elakkan.

Tiada siapa yang tidak suka tetamu berkunjung. Suka sebab inilah masanya dapat berjumpa dan beramah mesra. Kita memang dididik untuk meraikan tetamu akan tetapi, perlulah ada common sense dalam diri kita. Assalamualaikum.

– Malina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *