Assalamualaikum semua. Ha harini aku ada benda nak share. Iaitu, perkara2 yang patut korang buat dan tak patut korang buat masa tengah drive. Benda2 yang akan aku sampaikan ni, drivers and riders je lah yang akan faham.
1. Roundabout
Okay firstly, kat roundabout. Kalau korang nak keluar exit no 1, pastu dah nampak kat belah sana ada kereta tgh tunggu korang, please la bagi signal ke kiri. Jangan la bagi orang lain tertunggu2 dan berteka teki dengan diri dia sendiri “kereta tu agak2 nak terus or dia nak ke kiri?”. Kalau korang bagi signal awal2, jimat la masa kereta lain tu. Bertimbang rasa itu kan amalan mulia.
Benda ni banyak kali jadi kat aku, selalu berteka teki dgn diri sendiri. Eh kereta tu nak terus ke tak ni? Aku nk jalan dulu ke nak tunggu dia jalan? And lagi 1 kalau korang nak terus pulak, duduk la kat lane kanan. Kalau kau duduk kat lane kiri sebab dah tak sempat nak ke lane kanan, bagi signal kanan. Eh kalau kau duduk lane kanan pon, patutnya bagi signal tau. Haiyaa signal tu tak bazir kau punya minyak pon.
2. Lampu isyarat
Kalau tengah berhenti kat lampu isyarat, yang drivers2 sekalian, please make sure kereta korang jangan ke kiri sangat or ke kanan sangat. Sebab apa? Sebab kesian kat riders2 motor ni. Dorang kan suka menyelit2, then kalau kau duduk kanan sangat or kiri sangat, motor tu tak dapat nak menyelit. Kesian tau dorang.
Lagi 1, jangan berhenti dekat sangat dengan kereta depan, lagi2 kalau kau nampak depan kau kereta manual. Aku tak tau la orang lain, tapi aku kalau bawak kereta manual, aku tak suka bila kereta belakang rapat sangat dengan kereta aku. Sebab apa, tau la kan kereta manual boleh terundur kalau jalan tu macam condong sikit.
Jadi tolong pastikan kereta anda tak dekat sangat dgn kereta depan ye, berpeluh2 tau aku nak pastikan kereta tu tak terundur (mungkin ni aku je kot rasa sebab aku tak pro bawak kereta lagi). Lagi2 kalau kereta belakang tu kereta mahai, kang terundur terlanggar kereta tu, bukan kereta tu yang kemek, kereta aku jugakkk.
3. Duduk kat sebelah lori besar
Ha ni satu lagi. Bila ada lori kat lane kiri, pastu kau nak potong lori tu kat lane kanan, please la tekan minyak tu kuat sikit. Kalau korang memang jenis bawak slow, bila dah lepas lori tu, ha duduk la kat lane kiri balik. Jangan biarkan kereta kau duduk betul2 kat sebelah lori tu. Lori ni banyak blind spot tau.
Aku ada pengalaman, kereta depan aku duduk kat lane kanan yang di kirinya ada lori besar, dia punya bawak slow tu tak leh bincang. Dia duduk kat lane kanan tapi pace driving dia sama dengan lori tu. Aku yang duduk belakang kereta dia ni dah takut dah. Cuba kalau tetiba lori tu nak ke kanan ke, mana dia nak nampak dua kereta yang comel molek duduk sebelah lori besar dia tu. Maunya terhimpit kita ni kalau dia nak ke kanan.
Jadi, nasihat aku jangan duduk sebelah lori. Bagi lepas lori tu dulu pastu kau nak bawak slow pon , bawaklah. Kalau rasa tak mampu nak tandingi kelajuan lori tu, ha kau duduk je la belakang lori tu. Jangan susahkan kereta lain. Ha kalau duduk belakang lori pon, jangan dekat sengat dengan lori tu. Sbb lori ni takde cermin pandang belakang. Pastikan kereta tu jauh sikit dari lori supaya lori tu tahu ada kereta kat belakang dia.
4. Lane memotong
Kalau korang suka and selalu bawak laju, ha dipersilakan duduk di lane memotong/ kanan sekali. Tapi kan, ada jugak la manusia2 yang perasan dia bawak laju tapi nak duduk kat lane memotong.
Aku dulu pernah menyaksikan la ada satu kereta ni, dia duduk kat lane kanan sekali, tapi bawak slow rasanya dia bawak 90km/hr kot. Kereta belakang dah cucuk2 dah dia, tapi dia buat tak tau je. Aku yang kat lane tengah ni pon lagi laju dari dia, haha. Common sense! Kalau kau nampak kereta belakang laju, cepat2 la tukar ke lane tengah ke, paling kiri ke.
Tapi kalau kau duduk kat lane kiri, pastu ada kereta cucuk2 kau dari belakang, aku nasihatkan bawak seslow yang boleh. Hehehe.
Ha okay tu jelah aku nak cakap harini. Ada tambahan, silakan tulis di ruangan komen. Aku nak tau jugak benda2 lain yang patut and tak patut aku buat semasa di jalan raya.
Aku tulis ni semua berdasarkan perspektif driver sebab aku tak bawak motor, kalau riders2 ada benda nak tambah or betulkan, silakan. Aku sudi membaca.
Peace yo, jumpa lagi.
– Mouse (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit