Common Sense Dalam Wad

Assalamualaikum. Tq admin kalau approve confession aku ni.

Aku teruskan pada niat sebenar aku confess kat sini. Satu aku tujukan pada insan2 bergelar suami / lelaki. Satu lagi aku tujukan pada petugas2 klinik atau hospital. Tak kiralah nurse ka, doktor ka, pengawal atau polis bantuan yang meronda wad. Ambik point aku ni sebagai satu tanggungjawab bersama sebab kami yang hanya bergelar pesakit takda kuasa untuk menegur sepenuhnya.

Aku seorang wanita dan ibu. Pertamanya nak cerita situasi kat KKIA. Semasa tempoh kehamilan, biasa la pergi buat pemeriksaan kehamilan kat KKIA sebulan sekali. Boleh nampak la ada ibu2 yang datang bertemankan suami. Tapi kan, boleh tak suami2 ni tunggu kat luar klinik ja daripada duduk kat kerusi2 yang sepatutnya ibu2 mengandung atau ibu2 yang bawak baby ni duduk? Aku kadang2 kesian tau dengan ibu2 ni. Yang lelaki2 ni tak da common sense ka pasal keutamaan pada siapa sebenarnya kat klinik tu? Kesian aku tengok kemain payah la ibu2 yang tengah mengandung dengan yang kendong baby tercari2 tempat nak duduk. Yang ibu2 bertemankan si suami ni pun, awak tak rasa ka nak kesian dengan golongan yang sejenis dengan awak ni? Tak boleh ke nak cakap kat suami suruh tunggu kat luar ja? Kalau benda ni jadi kat awak, apa awak rasa? Bengkak ja hati ni kan bila kita yang tak larat ni terpaksa berdiri, sedangkan yang lelaki gagah perkasa bole duduk menempel dengan isteri sambil main hp. Aku ni dari anak sulung sampai anak kedua memang aku suruh suami hantar ke klinik ja. Nanti dah selesai aku call suruh datang ambik. Kalau suami aku nak tunggu jugak, aku suruh dia tunggu kat luar.

Ok, itu satu bab. Ni lagi satu yang suami jenis nak membontoti isteri masuk dalam bilik pemeriksaan. Rasa ramai bole tahu kan suasana dalam KKIA mcm mana. Satu bilik tu banyak meja yang diduduki nurse untuk check ibu2 hamil. Tujuannya nak bagi cepat. Dalam satu masa bole check 3 ke 4 orang ibu sekali gus. Yang suami2 ni tak payah masuk pun tak pa kan? Tahu yang selalu masuk ni yang 1st time nak jadi bapa. Tapi tolong la faham privacy dan aurat ibu2 lain. Nak check tekanan darah, nak ukur tinggi rahim, nak check degupan jantung baby semua tu perlu angkat baju. Kadang2 nurse2 tak jangka pun bakal2 bapa ni nak masuk sekali, jadi langsir kat katil tu tak tutup sepenuhnya dengan sempurna. Tup2 terdengar suara lelaki, mau tak melompat ibu dari katil.
Nak check tekanan darah pun sama. Ye, memang sinsing lengan baju ja. Bagi yang tak titik beratkan pasal aurat, ibu2 ni mungkin tak kisah. Alah.. nampak lengan ja kan. Nak kisah apa.. Tapi bagi ibu2 yang jaga aurat ni macam mana? Mohon sangat ye pada suami2 dan bakal2 bapa ni. Prihatin sikit pasal benda ni.

Ok, habis bab situasi kat KKIA. Ni aku nak cerita pulak pasal kat wad bersalin, atau kat mana2 wad yang ada golongan wanita la. Aku ibu yang ada masalah dengan kandungan. 2 bulan aku kena bedrest kat hospital. Memandangkan suami aku cuma layak untuk kelas 2, korang pun bole agak kan suasananya macam mana. Kadang2 ada katil yang takda langsir penghadang.
Bayangkan 2 bulan aku dan ibu lain yang sama seperti aku terpaksa bertahan dengan sikap suami atau lelaki yang takda common sense pasal waktu melawat. Ok, aku faham kalau waktu siang korang bekerja. Jadi tak dapat datang masa waktu melawat. Korang datang malam atau awal pagi. Ok, aku faham yang hadapi situasi macam ni. Aku boleh terima. Yang isteri tengah sakit nak bersalin tu suami nak teman, lain cerita lah walaupun aku sendiri suami memang aku tak benarkan datang di luar waktu melawat walaupun aku sakit. Yang jadi masalah, waktu melawat korang ada, malam2 dah habis waktu melawat pun korang ada, awal pagi lepas subuh pun korang ada. Nak hantar makanan katanya. Tapi sampai sejam korang dok menempel kat katil isteri. Ibu2 lain nak baring, nak melentang pun serba salah. Kalau ada langsir penghadang, ok la. Ni langsir penghadang pun tak ada. Macam aku ni, depan ayah depan abang2 sendiri pun aku malu nak terbaring, melentang bagai, inikan pulak depan orang luar.

Wahai suami2, awak faham tak yang ibu2 lain nak berehat. Hormatilah keadaan kami. Sangat2 tak selesa dengan kehadiran korang di luar waktu melawat yang mana waktu melawat pun korang dah tunjuk muka. Dan part paling aku rasa macam nak jerit2 ja kat golongan yang tak berapa nak ada common sense ni bila ibu2 kat katil sebelah nak bf baby. Sekali lagi aku ulang, kalau katil tu ada langsir penghadang, tak jadi isu pun benda ni. Tapi kena fikir jugak, katil sebelah mungkin ada langsir penghadang, katil depan belum tentu. Tolong la ye bagi sedikit ruang yang selesa pada ibu2 yang nak bf baby ni. Kesianlah dekat kami yang puas nak pusing cari arah yang sesuai nak bf kan baby. Datang melawat diluar waktu, berpada2 lah. Memang tak dinafikan ada ibu2 yang tak kisah, main selak ja nak bf baby. Ibu yang macam ni korang jangan dok layan tengok, tapi korang bangun pi tarik langsir tepi katil dia kasi tutup sikit. Biar tahu fikir sikit. Jangan main selak sampai terdedah bahagian dada.

Benar, suami2 ni bole kata korang tak hadap pun nak tengok. Tapi orang yang nak hadap tu sebenarnya tak selesa. Bukan semua berkemampuan nak ke hospital swasta atau nak masuk ke wad kelas 1 yang ada privacy. Kalau berkemampuan, takkan timbul isu ni. Aku cuma menuntut sedikit pemahaman.
Kepada isteri2 yang punya suami yang tak berapa nak ada common sense perihal yang aku cakap ni, tolonglah ingatkan suami anda ye. Kita mudahkan urusan orang lain, insyaAllah kemudian hari Allah hantar orang yang memudahkan urusan kita.

Dan buat nurse2, doktor2 atau yang berkenaan, kalau nampak situasi macam aku sebut kat atas, tolong la tegur. Sebab anda yang ada autoriti untuk menegur berbanding kami yang jadi pesakit.
Nampak suami2 duduk kat kerusi tanpa peduli ibu2 hamil, ibu2 yang kendong anak dok berdiri, tolong la sound setempek dengan cara berhemah suruh suami2 dan bakal2 bapa ni utamakan golongan sepatutnya.
Kalau nampak suami2 yang dah lebih had menempel kat katil isteri di luar waktu melawat, tegur2 la ye minta bagi ruang kat ibu2 lain nak rehat dengan selesa. Kalau setakat suruh keluar sebab bukan waktu melawat, tak beri kesan pun. Tapi kalau mintak hormati privacy ibu2 lain, mungkin lebih terkesan kat hati dia orang.

Sepanjang aku 2 bulan kat wad bersalin HKL cuma ada sorang nurse bernama Dayah ja yang pernah tegur pasal suami2 yang datang melawat di luar waktu melawat dan nurse ni sebut sekali bagi ruang kat ibu2 nak berehat, nak menyusu. Ini tahun 2011 punya cerita. Aku harap nurse bernama Dayah ni masih ada lagi lah. Walaupun mulut dia kecoh tapi banyak hal aku terhutang budi dengan dia. Bukan sebab pasal tegur isu di atas saja.

Apa yang aku confess ni hanya pada suami2 yang tak punya kesedaran. Yang sedar dan faham segala apa yang aku confess kat sini, aku ucapkan terima kasih kerana memahami. Mudah2kan isteri dan ahli keluarga korang juga dipermudahkan urusan hasil dari korang permudahkan urusan orang lain. Sekian.

– Kin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit