Common Sense dan Agama

Assalamualaikum. Saya nak berkongsi kisah di mana rumah mak ayah saya adalah bersebelahan dengan sebuah tadika… Tadika islamik. Tadika ni dibuat di kawasan perumahan teres.

Ye betul baguslah ada tadika berhampiran rumah… tadika islamik pulak tu. Cumanya saya rasa orang sekarang ni dah hilang common sense. Bila ada berkait dengan agama, seolah-olah semua mereka buat tu betul. Susah nak tegur benda yang salah..

Mak ayah budak-budak yang dihantar ke tadika tak ditegur, biar je parking depan rumah orang.. Tak salah kalau beri peringatan kat parent. Buat peraturan.

Kita buat tadika ke atau sekolah, bukan setakat nak didik budak-budak. Tapi didik parent mereka sekali..tak semua parent mereka tu betul.

Dulu saya duduk di luar negara, negara orang kafir, kami selalu dapat pamplet dan surat drpd tadika seperti peraturan mengambil anak-anak di sekolah, kami diarah supaya tidak mengganggu jalan besar, tak boleh berlama-lama, supaya tak jem..

Sekarang pun saya hantar anak di tadika biasa, bukan islamik. Cikgu dah siap sedia, bila nampak kereta parent, terus siapkan budak-budak.

Biasa peak hour pukul 5 petang parent ambil anak… tapi dengan sistem cikgu-cikgu buat ni, tak jem, memang smooth, tunggu tak sampai 5 minit, siap dah pick up anak.. saya salute dengan guru-guru tadika.

Kami diberi makluman melalui surat bagi apa-apa hal. Kawasan tadika anak saya ni bukan kawasan perumahan, ada laluan untuk parent drop anak.

Anak-anak saya, ada yang saya hantar tadika islamik, ada yang tak. Anak saya yang lain, pernah juga dulu saya hantar ke tadika islamik, di kawasan perumahan.

Saya memang tak buat la perangai parking suka hati depan rumah orang ni… sebab saya pun kalau jadi jiran tu, mesti saya tak suka.

Sepanjang hantar anak kat situ, tak ada pun peringatan yang saya dapat pasal pick up anak ni. Dan parent kat situ ada juga yang parking suka hati macam tu. Mungkin cikgu dan pengurusan tak ambil kisah pasal drop anak ni.

Hari-hari biasa dah la busy dah depan rumah mak ayah saya ni.. hujung minggu pun nak buat bising dan program pula..

Kalau tuan tadika atau cikgu-cikgu sebelah rumah mak ayah saya ni berbudi bahasa, bertegur sapa, beramah mesra, kita pun bukan nak berkira sangat… tapi macam saya cakap la, common sense.

Lagi-lagi dah nampak jiran sebelah dah ada kat luar rumah, atau dah masuk kereta, atau dah buka pintu pagar… takkan tak reti nak alih kereta yang duk parking depan rumah orang ni. Macam la takde tanah lain.

Kalau hari hujan tu ye kita faham… ni hari cuaca elok pun sama perangai. Macam la patah kaki nak melangkah tak sampai 10 tapak tu.

Saya cakap macam ni sebab memang ada banyak lagi kawasan lain untuk parking… dah kenapa sampai depan rumah orang, yang awak tu nak parking.

Biasa kan tadika ni kat corner lot. Jadi banyak je ruang untuk parking. Problemnya tadika sebelah rumah mak saya ni, pintu pagarnya kecik… jadi parent budak-budak ni nampak depan rumah mak saya ni pagar luas, sedap lah parking kat pagar luas..

Mak ayah saya serba salah , nak tegur karang bergaduh pulak. Tapi memikirkan ada masa hari ayah sakit, yang kat rumah tu perempuan pula… nak mengambil dan menghantar ke hospital acap kali terganggu sebab mak ayah budak-budak parking depan rumah.

Dan sampai ke sudah tak ada common sense. Bila dibahasa basikan supaya tadika tu..kalau boleh luaskan pintu pagar atau buat pintu pagar kecil yang lain, mencebik pula muka cikgu tu.

Siap dengan tak rasa bersalah.. cikgu tu kata dia dah sewa kat situ hampir setengah tahun.

Jadi adakah dah sewa setengah tahun, mak ayah saya berdiam diri selama ni, boleh buat dek dan suka hati dengan jiran. Buat taktau je, siapa-siapa boleh parking depan rumah kami..

Saya tak faham.. sebabnya tadika islamik…takkan takde common sense tengok orang parking dan block jalan ni.

Kalaulah kata cikgu tu sekadar mengajar, dia tak ambil tahu pasal pengurusan, takkan tak boleh cakap nanti dia bagitau dengan owner tadika…owner dia memang tak duduk kat situ.

Kalau owner tadika datang pun, tak pernah nak bertegur sapa dengan ayah. Padahal banyak kali dah mak atau ayah ada kat luar rumah tu.. bila ayah tegur, barulah jawab sepatah.

Actually dah 3 kali tukar tadika…yang sebelum-sebelum ni ok, kami pun boleh bertolak ansur. Orang berbudi, kita berbahasa. Yang menyewa kali ni, tadika islamik yang gah pada nama. Yang menghantar anak-anak kat situ kereta-kereta besar…termasuk owner tadika tu.

Tapi sayang kereta besar, takde common sense, ibarat otak kat lutut. Saya memang geram la bila tengok cikgu-cikgu pun perangai macam tu..

Saya pun sekolah agama, kereta kami anak-anak ni pun bukan biasa-biasa, tapi tak ada pulak, yang tu boleh jadi lesen kami nak parking depan pagar rumah orang sesuka hati..

Ok, yang ni cerita lain pula. Saya pernah juga berjalan kat rumah kakak saya…kawasan perumahan teres setingkat kat lembah klang. Tiba-tiba ada satu pertubuhan ini renovate rumah ibarat bangunan kedai tiga tingkat. Bukan seperti rumah dah.. dah macam rumah kedai.

Kalau saya sebut pertubuhan ini..memang sinonim dengan agama. Salah seorangnya daripada pertubuhan ini dah jadi menteri air dan alam sekitar.

Songkok dan serban sentiasa berada di kepala. Kalau tengok bangunan tu pun, rasa gah la kot orang-orangnya sebab berjaya buat bangunan tiga tingkat.. lagi tinggi dari rumah setingkat.

Tapi takkan sebelum membuat bangunan tersebut, tidak fikir langsung jiran-jiran dan kawasan yang berada di sebelah… sudahlah kereta jiran-jiran tak cukup tempat nak parking.

Kalau dibuat bangunan yang ibarat masjid kedua di kawasan perumahan tu, mesyuarat dan aktiviti yang melibatkan orang ramai, lagilah sesak di kawasan tersebut dengan kereta-kereta.

Kemudian apabila sudah tinggi dan besar bangunan tu (yang bukan macam rumah teres setingkat dah) pasti lah tangki air yang digunakan juga adalah besar.. pastilah tarik air untuk kegunaan mereka. Rumah-rumah lain boleh jadi low pressure.

Belum lagi gangguan seperti kekotoran dan sebagainya.. dengan gangguan bunyi bising, speaker atau mikrofon… pasti perlu digunakan juga apabila melibatkan jumlah orang yang ramai.

Padahal tempat tersebut adalah kawasan perumahan, kawasan tempat kediaman.. Jika mahu buat aktiviti, kan sudah disediakan dewan, siap ada parking dan speaker semua. Takde common sense ke sebelum buat tu.

Memanglah besar pahala bersedekah buat bangunan, untuk orang solat berjemaah… tapi logik akal takkan tak boleh fikir logistik dan perkara teknikal yang lain. Paling kurang pun, common sense dan kebajikan jiran-jiran yang lalu lalang kat laluan jalan situ.

Entahlah… sedih pulak rasa bila orang belajar agama tapi macam ni. Agama tu bukan sekadar tau baca Al-Quran. Hidup kita pun bukan bertuhankan orang-orang agama.. takde siapa maksum.

Jadi kalau ada sesiapa yang tegur tu, cuba guna logik akal dan common sense.. hidup kita ni perlu juga kepada pengurusan dan ilmu-ilmu sunnatullah, bukannya ilmu syariat semata-mata.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *