Common Sense dan Balik Kampung

Saya suka juga buka page ni sebab suka baca dan belajar daripada pengalaman orang lain.

Saya terpanggil nak buat confession ni sebab sedikit sebanyak saya faham perasaan confessor dan keluarga confessor berhubung artikel “Common Sense dan Giliran Hari Raya Pertama”.

https://iiumc.com/common-sense-giliran-hari-raya-pertama/

Sebelum saya tulis panjang, nak buat disclaimer sikit. Saya sangat busy di tempat kerja dan jujur cakap malas nak masuk campur hal rumah tangga orang lain,

Tapi memandangkan saya seorang sahaja anak perempuan, jadi ibu selalu luah perasaan dekat saya. Walaupun tak nak ambil tahu, tapi ter-tahu jugak.

Jangan pulak kecam ibu saya sebab share luahan hati, ibu seorang introvert dan suri rumah sepenuh masa, dengan orang luar ibu tak share hal dalam kain, cuma dengan abah dan saya seorang saja yang ibu selalu curhat.

Alkisahnya, alhamdulillah kami adik beradik semua mendapat peluang belajar di luar negara dan perantauan. Bayangkan berapa tahun belajar, lepas sorang, sorang pulak.

Menang ibu dah biasa anak2 takde di rumah dan raya tak pernah cukup kuorum. Walaupun begitu, janganlah ambil lewa bab balik kampung dengan alasan keluarga kami jarang jumpa.

Keluarga kakak ipar sangat rapat, and i admire that in their family. Always have gatherings and all that.

Kakak ipar pun seorang yang sopan dan ibu yang penyayang. Tapi, bab balik kampung, tiba-tiba dia jadi sangat obsess huhu. Kalau boleh, setiap tahun dan setiap kali cuti nak balik kampung dia.

Sibuk kerja macam mana sekali pun, dia boleh ambil cuti dan balik kampung tinggalkan suami. Kadang tu sampai seminggu. Belah kami pulak, punyalah liat nak balik.

Sejak pkp tahun 2020, bulan januari tahun 2022 baru balik beb. Itu pun satu malam saja. Kalau parents rindu cucu, parents lah pandai2 kena datang rumah mereka.

Sejak mereka kahwin pada 2014, saya kira kurang dari 10 kali balik kampung.

Mula2 abang ikutkan isteri terchenta sebab tak nak gaduh. Tapi sejak tahun 2021, entah macam mana dia mula balik kampung sorang2.

Saya sembang dengan dia, apahal tiba2 balik sorang. Rupanya masa pkp 2020, mereka berbulan2 duduk di rumah parents kakak ipar. Bila abang ajak balik, kakak ipar tak nak ikut.

Sudahnya abang balik sorang sebab rindu ibu dan abah. I was like.. speechless. Daripada polisi tak nak masuk campur tadi, mulalah rasa bengang. Tapi dalam hati saja la.

Setakat ni tak pernah lagi pergi serang or anything sebab abang dah warning jangan buat apa2 sebab dia sayang bini dan tak nak gaduh.

And then he went on talking about kalau kau dah kahwin nanti kau faham lah. And now im married, yes memang baru lagi. Tak cukup kredibiliti nak sembang kencang pasal rumah tangga.

Tapi come on la.. kita dah kahwin tak kisahlah baru ke lama ke, be fair to your partner.

Partner saya pun family besar dan selalu buat gathering. Tapi kami boleh saja muafakat, kalau tak sempat bulan ni, kita balik bulan depan.

Dah lah dengan covid dan pkp, kalau tak rebut masa yang ada, takut nanti kita tak sempat nak luangkan masa dengan parents sementara mereka masih ada.

Banyak lagi kisah lain tapi tak baik buka pekung di dada. Cuma nak sentuh satu saja bab balik kampung ni, saya cuba fahami kenapa kakak ipar seolah2 tak suka nak balik.

Sampai ibu menangis sedih sebab rindu anak dan cucu. Itu saja lah sorang cucu yang ibu ada sekarang. Ibu tak dapat tengok cucu membesar.

Tahu2 saja lepas pkp 2 tahun, cucu dah masuk tadika. Saya rasa (ni assumption saja tau), mungkin kakak ipar dah biasa family meriah, jadi maybe dia rasa family kitorang ni bosan.

Tapi entahlah, is that a justified excuse to behave like that?

Kalau pergi rumah mereka, tak pernah lagi merasa air tangan kakak ipar. Bila mereka dah lama kahwin ni, kami mula terasa yang kadang2 kehadiran kami di rumah mereka tak di “welcome”.

So kita pun faham2 la kalau orang tak happy kita datang.

Sekarang saya dah kahwin, parents banyak datang ke rumah saya. Husband pun rajin melayan parents.

Entah macam mana, abang terasa hati sebab parents dah tak datang rumah dia. We were like, dah bini kau act macam tu, what do you expect bro?

Expect kitorang nak telan saja ke dan tebalkan muka. Mestilah kita faham bahasa dan kurangkan berkunjung ke sana.

Maybe that too, made him to balik kampung, even balik sorang2 sebab abang pun macam dah mula rasa yang kalau dia tak balik sorang, parents pun dah kurang ke sana, memang dia tak kan jumpa parents.

Tak tahu lah apa salah family kitorang. Punya terasa dengan perangai kakak ipar, tapi ibu dan abah tak pernah sound depan. Masih lagi layan menantu dengan baik.

Bukan nak suruh masak or buat kerja pun bila balik kampung. Bangun meninggi hari pun ibu tak pernah sound.

Alasan penat. Kadang2 rasa menyampah jugak. Macam takde effort langsung nak ambil hati mertua.

Abang pun cakap yang kakak ipar ni manja dengan family. Bukan anak sulung atau pun anak last, tapi memang dia manja. Apa yang dia nak, ayah dia akan provide termasuklah kereta dan rumah.

Maybe sebab tu kot dia jaga bonding dengan parents dia baik punya. Yelah, parents kami biasa2 saja. Kau nak rumah, kau beli lah sendiri pakai your hard earned money.

Kami belajar overseas pun sbb dapat tajaan. Dan mungkin sebab tu jugak abang pun dah macam termakan budi dengan mertua dia dan susah nak pujuk wife balik ke rumah ibu sendiri.

Ibu hari2 berdoa supaya hati kakak ipar lembut dan balik kampung. Kadang2 geram jugak dengan family kakak ipar, dah tahu setiap kali cuti balik ke sana, tak pernah ke tegur kakak ipar supaya balik rumah mertua.

Unless her family pun memang lagi suka macam tu dan tak kisah nak jaga hati besan. Wallhualam.

Saya harap semoga hati kakak ipar tergerak nak balik rumah ibu lebih kerap.

Saya pun tengah usaha nak dapat anak dan saya niat insyaAllah nak balik kampung selalu supaya ibu dan abah dapat merasa tengok cucu dan perkembangan cucu.

Umur ibu dan abah pun dah lanjut, sekarang ni saya nak bahagiakan dorang dan buat baik kepada suami dan family dia. Doakan semoga rumah tangga saya harmoni. Aamiin.

– Suraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *