Common Sense & Giliran Hari Raya Pertama

Saya ada terbaca satu confession dekat page ni. Dia ada sebut sesuatu tentang raya hari pertama.

Bila sebut pasal raya pertama ni saya tergerak untuk buat luahan ni.

Saya ada seorang abang, isterinya seorang anak tunggal. Jadi setiap kali malam raya dan raya pertama mereka akan pergi beraya di rumah keluarga isterinya.

Hari raya kedua atau ketiga baru pergi kerumah keluarga belah suaminya kebiasaanya.

Pada pendapat saya, kita perlu lah bergilir pulang (mengikut tahun) pada malam dan hari raya pertama, diantara rumah keluarga isteri dan keluarga suami, Walaupun dia anak tunggal.

Dalam kes ini abang saya yang patut main peranan dan bertegas untuk ikut sistem giliran.

Tapi kes abang saya ni, dia seorang yang lembut hati dan mudah kesiankan orang.

Jadi dalam situasi ini, saya rasa isterinya la yang perlu guna ‘common sense’ untuk ikut sistem giliran, tak perlu pujuk suaminya untuk beraya ikut kehendaknya saja.

Pasti ada yang akan kecam saya dan sokong pihak isteri sebab dia anak tunggal, tapi cuba bayangkan jika pihak suami yang anak tunggal?

Adakah anda sebagai isteri sanggup berkorban untuk setiap kali raya di rumah pihak suami?

Dan bayangkan situasi anda sebagai ibu nanti apabila anak anda sudah berkeluarga, adakah anda redha bila situasi ini berbalik kepada anda?

Jika rumah keluarga berdekatan dalam satu negeri bagi saya tiada masalah, pagi di rumah belah isteri, tengah hari terus pergi ke rumah belah suami.

Tapi untuk mereka yang jauh di perantauan, sistem giliran la yang lebih adil.

Tapi kan dia anak tunggal, nak buat mcm mana?

Itu lah pengorbanan, semasa PKP dahulu ramai saja anak tunggal tidak balik kampung, tapi perasaan berhari raya masih berjalan seperti biasa dalam 50%.

Tambahan lagi, di zaman moden ini kita sudah boleh buat video call di malam/pagi raya, untuk melepaskan kerinduan.

Bagi saya ini adalah melibatkan kehendak dan ‘common sense’ sahaja, jika hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

P/s: Buat yang bertanya kenapa fokus malam dan raya pertama saja? sebab kebiasaannya masa tersebut lebih meriah dan ramai ahli keluarga akan berkumpul berbanding hari seterusnya.

Sekian,

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *