Aku seorang pelajar dari sebuah Universiti ternama di Malaysia. Sekarang aku di tahun 2 untuk degree serta merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di asrama universiti. Maklumlah, covid lama sangat.
So, nak dipendekkan cerita, aku ni ada impression yang baik untuk zaman degree disebabkan pensyarah diploma aku dulu selalu cakap yang budak degree ni tak peduli pun dengan manusia lain sekitar mereka sebab mereka busy belajar.
Tapi bila aku dah mula degree secara fizikal, aku rasa menyesal. Pertama kali seumur hidup aku, aku rasa benci dekat manusia sampai tahap dengar dia bernafas pun aku rasa nak maki.
Okay, kisah dia macam ni. Aku dapat roommate yang mempunyai pangkat di universiti (orang panggil MPP) dan dikatakan budak CGPA dekan.
Sebelum aku masuk ke asrama secara fizikal, roommate aku ni (aku gelarkan dia as manusia) merupakan ketua untuk asrama aku ni.
So aku adalah contact dia untuk urusan asrama sebelum masuk asrama. Time chat dia tu, rasa wahhhh baik dia ni.. fast reply chat.. rajin membantu orang and nampak macam okay..
Tapi, secara tak sangka, dia menjadi roommate pertama aku di universiti ni.. First day dia takde, so aku okay jee.. Rasa tenang jee tidur malam..
Sampai hari dia kembali ke asrama, dia unpack barang.. Dalam kepala aku terfikir, banyak cakap ehh dia ni..
And first red flag, dia nak guna barang aku tanpa minta izin and ayat dia tu seolah-olah aku offer untuk kongsi barang dengan dia.. Aku macam terkejut dengan ayat dia.. First time tau jumpa manusia tak tahu malu gini..
Lama kelamaan, dia makin tunjuk belang.. Guna barang aku tanpa minta izin and guna macam itu harta dia..
Perangai dia buat aku hilang respect dekat dia.. Setelah beberapa minggu, aku dengar dia budak dekan.. Dapat anugerah sebab pointer dekan.. And benda ni buat aku berfikir, “dekan tak ajar dia untuk ada common sense”..
Satu lagi perangai buruk manusia ni, dia jenis setiap pergerakkan dia akan mengeluarkan bunyi yang kuat..
Bayangkan, dia berjalan pun boleh bergegar lantai ni.. Aku duduk atas kerusi boleh rasa gegaran dia berjalan.. Nak cakap lantai ni kayu, tak weyhh.. Lantai simen ni..
Hari demi hari, aku makin sakit jiwa dengan perangai manusia ni.. Setiap malam dia main game dekat laptop dia.. Lampu meja menerangi bilik.. Bunyi dia tekan keyboard main game tu kuat..
Dia tolak kerusi macam ada anak gajah duduk atas tu.. Dia buka n tutup pintu dengan kuat.. Dia “kemas” barang secara hempas-hempas which is kuat gila! 2-3 pagi tau tu..
Otak aku serabut dengan orang macam ni.. Aku ni bangun pagi dengan sakit kepala sebab tidur tak berkualiti n terbangun sebab alarm fon dia yang entah berapa juta kali berbunyi..
Sampai sekarang aku tak faham macam mana budak perangai macam ni boleh dapat dekan.. Salah.. Macam mana budak dekan macam ni tak ada common sense!
Betul laa.. Kau tak lahir dengan common sense tu.. Kau kena belajar tentang common sense..
Walaupun namanya common tapi tetap perlu dipelajari.. Belajar untuk menghormati orang sekeliling.. Belajar menghormati privasi orang lain..
Another case, meskipun perangai dia buruk (bagi aku) macam tu.. Dia tak boleh rasa taik sendiri.. Bila aku balas balik perbuatan dia yang suka bising time orang tidur tu.. Dia marah and tunjuk protes..
Aku ni sebenarnya malas nak gaduh dengan orang.. Itu target aku untuk degree.. Tapi perangai dia terlalu meminta.. Even time exam pun dia punya bising tu macam dia sorang jee dalam bilik ni..
Aku ada tanya pada orang berjawatan kat asrama ni sama ada boleh tukar roommate atau tak untuk sem depan tapi malangnya.. Roommate kena kekal.. Aku harap sangat dapat tukar roommate..
Dapat roommate pendiam macam roommate member aku pun dah bersyukur.. Doakan aku untuk terus tabah hadap ujian ni.. Aku nak berjaya dalam pelajar.. Tapi dugaan makin lama makin berat.. Dengan masalah mental aku lagi.. Hmmm..
Terima kasih pada yang sudi luangkan masa..
– Balqis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit