Salam
Aku pelajar pure science yang belajar di salah satu universiti di Malaysia. Aku spend masa lebih kurang 8 jam atau lebih dalam sehari kadang sampai ke malam untuk buat eksperimen di dalam makmal (lab). Kalau takde kerje then membaca journals la kerja aku. Yang best nya buat eksperiment sains ni ialah ko campur2 bahan dan masuk sample dalam mesin then mesinlah bekerja untuk ko. Tapi azabnya bila mesin bagitau “keh keh keh takda resultlaa. Sila cuba lagi”. Sobbsss
Aku kat sini nak bercerita sikitlah tentang common sense yang kadang-kadang ke laut bila ko bekerja ramai-ramai di dalam lab. Buat sains ni kalau tak pandai, takpa dik, boleh belajar. Teknik-teknik tu semua seminggu sebulan ja boleh dipelajari. Tapi common sense ni lain, ada orang boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Ada yang boleh dengar apa yang orang lain tak perasan. Ini khas untuk adik-adik bila bekerja di makmal baik di Malaysia mahupun di luar negara, jangan sampai orang tempik kat kite. Baik, kita mula ye.
1. Lepas pakai mesin, switch off la semula
Aku hairan juga kenapa susah sangat orang nak switch off mesin ni. Ko pakai seterika takkanlah tak tutup plug plak. Tutup kan? Dah tu kalau ko on mesin pemanas sampai suhu 95 degree dan tak tutup sampai semalaman, tak pe pula? Penting dik, jimat elektrik pun ye walaupun bukan kita yang bayar bil. Mesin pun tak boleh bekerja 24 jam. Ada certain memang bolehla contohnya peti ais tapi lain-lain macam centrifuge, thermomixer, heater bagai orang tak pakai 24 jam, jadi tutuplah selepas guna. Sakit hati ok bila tengok mesin bekerja bagai nak rak tapi tak ada sample pun kat dalam. Pelupa memang sifat manusia tapi kalau dah beberapa kali terlupa itu bukan innocent careless dah tu.
2. Lap semula apa-apa chemicals yang ko tertumpah semasa menimbang
Ini pun satu hal, dah tertumpah serbuk kimia, tak lap semula. Habes putih-putih berselerak atas meja dan dalam penimbang. Weh, ni bukan milo atau kopi tau yang ko boleh tertumpah pastu biar sampai berkerak. Tabiat buruk kat rumah jangan bawak ke lab boleh? Ko je yang tahu misteri serbuk putih tu, orang lain tak tahu. Kalau terkena kulit or mata orang lain macam mana? Sodium chloride still ok tapi kalau bahan carcinogenic atau possible neurotoxin macam mana dik?
Bukan chemicals sahaja. Apa-apa bakteria eksperimen yang terpercik kat glove ko, tolonglah jangan pegi pegang barang sana-sini. Bakteria dalam lab biasa memang kite grow dia sampai jadi meriah. Satu drop pun ada juta-juta dan juta mahkluk halus tu. Oleh itu be conscious all the time bila handle microorganisma nih. Ko lepas keluar toilet pun rasa tak selesa kat tangan kan, nak cuci cepat-cepat. Bakteria kumbahan di dalam lab ni jauh lebih pekattt sampai tak tercapai dek ususmu.
3. Book mesin, lepas tu tak pakai
Aku bertuah jugalah sebab mesin dalam lab ni ada beberapa klon jadi tak perlu berebut. Tapi dalam lab lain orang ramai tapi mesin satu sahaja jadi kenalah ada sistem booking. Tapi yang menjadi masalah ialah bila orang book mesin pada sekian-sekian hari dan masa, tapi at the end tak pakai. Kalau memang tak jadi nak pakai silalah bagitahu awal2-awal supaya next person boleh guna. Bila ko book satu benda ni means orang lain terpaksa drag or plan kerja diorang pada masa yang lain. Kami tak kisahlah, boleh saja tunggu tapi hati panasss beb bila ko tak pakai pun. Yes boleh sound orang gini tapi aku tulis ni supaya ko tak perlu di-sound.
4. Pengotor dan pemalas
Hah, buka roomate or housemate saja yang macam ni. Labmate pun boleh okeh! Barang-barang kaca, botol-botol plastik, tubes, spatula, magnet, paling tak boleh blah, tubes kecil dan pipet tips bagai bersepah di dalam sinki. Entah bila nak kutip atau basuh pun tak tahu. Aku pernah nampak orang buang jarum dan syringe macam tu ja dalam sink, orang tu study binatang tikus weh.
Benchwork sendiri kalau bersepah, aku memang tak kisahla. Tapi bila ko sepahkan tempat public yang semua orang guna, sesungguhnya memang tak patut. Sape yang nak tolong basuh spatula dan weight paper ko weh??? Lepas guna barang, tinggal macam tu sahaja di situ. Atau barang-barang lepas guna, tak letak semula kat tempat asal. Mengagau orang cari tak jumpa. Chemicals label ‘A’, ko letak kat tempat label ‘Z’. Sakit itu di siniiii. Grrrrrr! Dahla pakai barang main hentak-hentak. Nampak busy dan cool kut buat gitu? Patutlah flask banyak yang sumbing, bikar banyak yang retak, silinder penyukat banyak yang hilang tapak. Barangan makmal ni bukan murah dikkkk. Brand dari German pun hadooo. Tak jumpa kat pasar malammm. Jagalah dan sayangilah peralatan makmal seperti anda sayangi pinggan mangkuk Royal Albert anda.
Oh ye. Lab ni biasa bukan open space, ianya tertutup dan sometimes orang yang ada access card saja yang boleh masuk. Jadi apa-apa bau memang mudah tersebar. Hantarlah labcoat anda untuk dibasuh kalau dah berbau kepam tuh. Jangan lupa pakai deodorant ye. Sesak napas orang yang duduk sebelah ko tak cukup oksigen kes tahan nafas.
5. Laptop dan henfon
Okla aku rasa benda ni di mana-mana pun maybe berlaku. Aku tak peduli kalau ko datang lab sebab nak tengok movie korea online semata atau nak dengar lagu saja. Yang jadi bingit telinga aku ni haa bila ko pasang kuat-kuat bagi satu lab dengar. Adoilaa…Aku lebih rela dengar orang bersorak masa tengah main dota, daripada dengar chong cheng chong cheng hamnida dari laptop ko. Henfon ko pun tolonglah selalu berada di sisi ko terutama bila ko ni ramai peminat atau berhutang dengan Along. Bawak sekali kalau ko kena buat kerja kat lab sebelah. Berapa kali aku dipaksa dengar lagu yang sama hoii? Sampai nak semayang pun lagu henfon ko berkumandang dalam kepala aku.
Oklah setakat ini lah dahulu. Pendek kata, your mess is your own responsibility. Kalau tak suka mengemas then jangan buat sepah. Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca.
– Borders
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit