Common Sense, Perlu Ke?

Assalamualaikum semua. Nama aku Cili Padi, semestinya bukan nama sebenar. Aku perempuan berumur awal 30-an, bakal berkahwin tak lama lagi dengan jejaka pilihan aku sendiri, biarlah aku panggil Awang (ye, bukan nama sebenar).

Kalau ikutkan, masa aku kenal dengan Awang sangat lah singkat. Terlalu singkat tak sampai beberapa minggu kenal terus bertunang.

Antara sebab aku pilih Awang adalah, dia memenuhi semua syarat yang aku tetap kan sendiri. Syarat yang aku tak pernah cerita dengan sesiapa pun. Dia juga lah satu-satunya lelaki yang boleh tahan dengan kegarangan aku.

Nak kata aku ni garang, boleh lah juga. Ramai kawan-kawan pejabat dan kawan sekolah dah masak dengan perangai aku. Sebab tu juga lah aku merupakan salah satu “authority” di tempat kerja.

Nak dijadikan cerita, Awang ni, baru pertama kali bercinta sebenarnya bila dia dengan aku.

Jadi dengan aku lah dia belajar cara nak bercakap dengan perempuan, tentang hal serba serbi wanita, apatah lagi dia tiada adik beradik perempuan. Jadi dia memang tak tahu langsung tentang hal perempuan.

Yang menjadikan kami selalu bergaduh adalah (ye, walau pun dah nak kahwin, tapi bergaduh sentiasa), adalah bila si Awang ni takde common sense langsung.

Kalau takde knowledge pasal wanita aku boleh terima lagi. Ni common sense dan kesedaran sivik semua takde.

Sebagai contoh, Awang ni suka buang sampah merata. Bila bercakap dengan pelayan kedai makan, kurang sopan dan agak kurang ajar. Suka membazir makanan. Bila aku terjatuh kan sampah contohnya tisu ke, dia suruh biarkan je. Bawa kereta tak reti signal.

Ni hanyalah contoh-contoh yang aku tak sanggup nak senaraikan. Mesti korang rasa Awang ni duduk pelusuk gua mana entah kan? No.

Awang ni boleh di katakan anak orang kaya, duduk di tengah-tengah bandar kota raya. Tak pernah jejak kaki di kampung (lain lah dengan aku yang memang asal kampung dan menetap pun di kampung).

Dari segi sekufu, memang taraf kehidupan kami tak banyak beza. Cuma dari segi education dia agak ketinggalan berbanding aku.

Kami juga sering bergaduh hal majlis kenduri kahwin bila mana dia selalu bagi cadangan yang merapu rapu tanpa fikir perasaan keluarga aku sebagai tuan rumah,

Banyak kali aku pesan pada dia supaya bertanya pada orang tua sebelum buat keputusan, tapi banyak kali juga lah cadangkan benda-benda merepek.

Aku bagi 1 contoh, majlis nikah kami akan diadakan pada waktu pagi dirumah aku, kemudian baru diteruskan dengan bersanding.

Dia boleh pula kata yang dia nak beli nasi lemak dan air untuk makan-makan keluarga dia masa nikah nanti takut mereka kelaparan.

Bila aku kata kat dia family aku yang sediakan semua nya dia macam tak boleh nak “brain” yang sebagai tetamu, sepatutnya tuan rumah (iaitu kami) yang sepatutnya menghidangkan makanan bukannya tetamu.

Bila aku explain dia terus jadi short circuit. Tak boleh nak hadam benda-benda simple.

Ni hanyalah contoh. Banyak lagi benda kecik yang lagi membuat kan aku baran bila explain balik dengan dia. Dari segi kematangan dah okay. Tapi dia seolah olah tak pernah belajar bab-bab kesedaran sivik dan common sense.

Korang boleh bayang kan macam mana nak explain common sense dan logik dekat lelaki 30-an. Aku ni dah lah garang.

Aku minta korang doakan jodoh kami panjang, majlis kami tinggal sebulan je lagi. Bagi aku dia lah jodoh terbaik untuk aku. Cuma dari segi intelektual dia aku jadi bingung.

– Cili Padi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *