Common Sense Sesama Ipar

Assalamualaikum. Kat sini nak luahkan pasal aurat juga setelah baca penulisan yang ‘sebab apa perlu ada rumah sendiri’ tu. Harap sangat admin dapat siarkan confession saya kali ni sebab memang menjadi isu penting bagi kami muslimah sejagat. Terima kasih admin jika sudi.

Terasa panas pulak bila membacanya sebab teringatkan kisah sendiri. Bukan panas ape just bila teringat pasal kejadian berkaitan aurat yang dah jadi kat diri sendiri kita rasa geram & marah. Sebab AURAT ni dah macam maruah kami kot perempuan2 muslimah lagi2 yang memang menjaga auratnya. Kisah ni maybe akan buat sesiapa yang berkenaan terbaca boleh terasa hati. Sebab tu saya memilih medium ini sebab tiada sorang pon akan kenal siapa korang. Tapi saya amat perlu saya sharekan supaya orang lain dapat belajar dan fahami isu aurat bagi seorang wanita.

Nak mulakan kisah aku dah berkahwin dan pada awal perkahwinan saya and husband tinggal serumah dengan abang & kakak ipar (ibu mertua tinggal tempat lain). So memang akan timbul isu aurat lah kan bila tinggal serumah dengan abang ipar. Memang payah kalau korang alami situasi ni sebab kadang2 kan kita tak tahu abang ipar ni ada ke tak dalam rumah. Kadang2 main keluar masuk rumah sesuka hati so sangatlah menyusahkan kita yang menjaga aurat ni.

Pada awal2 memang lah saya tak kisah sangat tinggal serumah sebab saya pikir kondisi kewangan suami pada masa itu baru berkahwin. Kadang2 tinggal seorang di rumah dengan abang ipar sebab suami & kakak ipar bekerja. Abang ipar pulak baru berhenti kerja. So memang sepanjang harilah saya berkurung kat bilik tak keluar langsung dari pagi sampai petang sebab nak jaga dari fitnah. Bila dia keluar rumah baru saya keluar bilik. Jarang sangat saya keluar bilik kecuali nak ke tandas or memasak or ada hal penting. Tapi standard lah bila tinggal serumah ni tetap ada juga yang kita terlepas pandang or malas. Contoh pakai tuala instead or tudung keluar bilik, tak pon pakai baju 3 suku sebab malas. Tapi sekarang bila pikir balik memang rasa menyesal & rasa nak jaga aurat betul2.

Kemuncaknya, bila kakak ipar saya berkahwin & suaminya juga tinggal serumah dengan kami. Masatu abang ipar saya dah balik ke rumah mak mertua saya. Saya namakan kakak2 ipar sy kakak A & kakak B (yang dah kahwin). Nak jadikan cerita si suami kakak B jenis yang bukan setiap masa kat rumah, seminggu sekali balik kadang2 seminggu jugak dok rumah (tak tentu) atas faktor kerja dia. Itu yang menjadi punca masalah semua. Dia ada kat rumah TAK TENTU. Kadang2 seminggu takda kat rumah, tup2 bukak pintu bilik ja tengok kat ruang tamu dia ada.

Nak jadikan cerita ada satu masa tu husband kakak B ni tak balik la dalam seminggu. So hari tu kakak A ni dia bagitau saya yang husband kakak B ni nak balik sebab concern sy ni ‘jenis pakai tudung’. Yang saya kecik hati kakak B langsung tak inform saya kot pasal suami dia nak balik hari tu. Nasib baik kakak A yang bagitau, masa tu saya tengah masak cepat2 capai tudung. Fyi kakak B ni jenis yang bukan bertudung. Tapi dia tetap seorang kakak ipar yang baik, ramah, penyayang n matang. Okey sambung cerita tadi, esoknya saya tanya suami, husband kakak B ni dah balik belum sebab kadang2 dia balik rumah sehari ja. And suami pon konfemkan dia dah balik kut sebab kasut dia takdak, sebab nampak tadi dia keluaq sekali bila kakak B nak pegi kerja. And satu hari tu saya pon rilek je kat rumah tak pakai tudung kemas2 siket n buat kerja2 rumah cam biasa.

Sampai lah suami balik, kakak B ni tak balik lagi. Tapi bila saya keluar dari bilik nak lepak depan tv ngan suami, kakak B dah balik and elok je bersembang ngan kami. Masa tu aku yakin jelah suami dia takde siap main game fon depan tv sambil sembang. Kakak ipar aku tu buad macam biase macam takde pape berlaku. And tuptup bila tengah syok lepak dengarla bunyi kriuuuk dari pintu bilik si kakak B andddd yup memang suami dia!! Dia balik masa kakak B balik. Dahlah tempat aku duduk tu boleh nampak terus dari pintu bilik dia. Aku pon terkejut, suami dia pon pandang je aku tak alih pandangan pon hmm. Aku cepat2 tepuk husband kat sebelah bagi signal. Husband pon terkejut sebab tak expect suami kakak B ni ada kat rumah, sebab kakak dia wat tak tau je. Cepat2 husband sorokkan aku kat belakang dia or bantal (tak ingat) macam dia hadang kepala aku dari pandangan suami kakak B tu. Lepas tu bila dia dah duduk menghadap lain cepat2 suami bawak aku masuk bilik.

Perghhh masa tu aku memang mengamuk habis habisan lah rasa nak menangis semua ada. Rasa marah & terkilan sangat kut!! Marah dengan kakak B sebab dia buat tak tahu n biarkan sedangkan dia tahu selama ni depan suami dia aku bertudung! Walaupun dia bukan jenis bertudung pun atleast ada common sense la boleh bagitau suami dia ada kat rumah so aku boleh pakai tudung. Ni tak, macam dia anggap rambut tu takde papelahh watpe nak tutup hmmm..

Lepas dari kejadian tu takde mintak maaf ke ape. Sebelum tu memang banyak kali terjadi yang saya tak tau husband dia balik sebab tak tetap kan. Kene cek dulu kat ruang tamu dia ade ke tak. Takpon selipar dia ade ke tak. Takkan lah seminggu dia xde kat rumah seminggu jugaklah nak pakai tudung sebab precaution. Panas kot. And pasal kakak B husband cakap dia ada tegur. Tapi saya marah kenapa tak tegur secara tegas ngan kakak dia tu. Walaupon dia jauh lebih tua kita kena tegas dalam melibatkan maruah isteri.

Husband bukanlah dari family yang berlatangbelakangkan agama, kadang2 husband pon cakap susah nak tegur bila pasal agama ni dorang takkan faham. Alhamdulillah lah suami salah sorang dari family dia yang ada belajar agama. And sejak dari haritu saya memang bertegas nak pindah rumah sendiri sebab taknak kejadian berulang.

Bila saya mendesak nak pindah, n husband juga memang nak pindah rumah sebab dia pikir dia sudah mampu TAPI ada pulak halangan dari pihak keluarga dia. Ipar2 saya tak faham. Salah satu isu nya ialah siapa nak menjaga adik beradik perempuan iaitu kakak A & kakak B bila kami pindah?? Sebab dorang mengharapkan husband saya sebagai adik lelaki yang menjaga dorang. Dorang lupa kot adik dorang a.k.a husband saya dah berkahwin?? And kakak B pun sudah berkahwin dan tanggungjawab telah terpindah kepada suaminya. Sedangkan tanggungjawab seorang suami ialah menyediakan rumah yang selesa (tanpa ajnabi) kepada sekiranya mampu and bagi saya WAJIB bila dah berlaku kejadian macam tu. And husband saya pun mampu n gaji melebihi 5k tapi tetap terhalang disebabkan beradiknya. Macam suami saya terpaksa lepaskan tanggungjawab sendiri sebagai suami, and terpaksa cover tanggungjawab abang iparnya sebagai suami kakak B.

Abang kepada husband juga mendesak kalau pindah kenalah bawa adik beradik. Dia macam anggap saya ni macam penyebab putusnya hubungan adik beradik sebab hanya kami mahu pindah. Macam saya pulak penghasut. Sedangkan banyak sebab mahu pindah n sebab utama pindah adalah untuk menjaga aurat saya sebagai isterinya & juga sebab mampu. Dia belum kahwin boleh kata macam2 kepada kami sebab belum alami situasi sebenar. Takpe tu saya maafkan, nanti dah kahwin rasa lah sendiri bila isteri mintak pindah.

Bayangkan, kalau pindah bawak si kakak ipar mestilah dia bawak suami dia, and perkara akan berulang. So no point pindah rumah pon. And sampai bila kami boleh ada privacy sendiri? Bilik air pon diluar bilik, segan kot kalau perempuan nak mandi bila bilik air tengah laluan orang, lagi2 ada lelaki ajnabi hmm. So kat sini perlu ada common sense di mana keluarga ipar perlu memahami sebab2 kami perlu tinggal di rumah sendiri dan tak tinggal sekali. Perlu faham apa hak2 kami sebagai pasangan yang dah berkahwin. Dan perlu memahami isu ini dari sudut agama Islam kenapa suami wajib sediakan tempat tinggal selesa untuk isteri bila mampu.

Next pulak, pernah ada kejadian bila saya balik kampung husband. Masa tu saya tengah tidur, ada husband di sebelah n kakaknya tidur di lantai (adik beradik ramai terpaksa kongsi bilik n tidur merata). Malam masa tengah tidur tu boleh pulak ade sorang abang ipar saya ni saya panggil abang C, dia nak ambil barang kat bilik tu. Masa dalam gelap saya tersedar dan tutup kepala ngan bantal je untuk cover rambut. Tapi lepas tu tetiba lampu dibukak. Si abang C sibuk nak ambil barang. Langsung tak hormat saya yang yang tengah tidur baring kat katil. Saya terpaksa tahan malu n tutup kepala guna bantal sampai lah dia keluar. Nak bangun pulak tudung terdekat takdak. Nak duduk pulak ada aurat saya lain yang ternampak nanti hmm.

Memang kejadian tu buad saya rasa maruah tercalar, sebab sy dalam keadaan tidak sopan. Setidaknya boleh minta izin n suruh kakak ipar saya tu kejutkan saya dari tidur atau boleh mintak kakak ipar tu tolong ambilkan hmm.

Salah satu sebab ialah dorang ingat ipar adalah sama seperti adik beradik & tak perlu tutup aurat. Sejak daripada tu memang saya rasa trauma n hati2 bila balik kampung. Saya pesan ngan husband, kalau berkaitan maruah isteri kena lah tegur dengan tegas, walaupun hormat sebab dia jauh lebih tua.

Itu antara kejadian yang saya rasa mencalarkan maruah saya sebagai seorang muslimah yang menutup aurat. And plislah korang kat luar tu tolonglah ada common sense, berfikirlah guna akal. Perkara tentang aurat bukan main2. Isu aurat memang berat bagi kami muslimah. Sampai sekarang saya masih marah dengan kejadian2 itu dan rasa nak mengamuk bila teringat. Rasa macam hilang maruah kottt, yang perempuan mesti paham kan? Yang lelaki pulak bila ternampak aurat wanita yang biasa menutup aurat tu tolonglah alihkan pandangan. Aurat itu adalah maruah kami yang telah kami jaga dari sebarang ajnabi. Sekarang senang2 tercalar oleh orang yang no common sense!

Dan ketahuilah bahawa seorang perempuan WAJIB menutup aurat daripada iparnya. Kerana abang ipar or adik ipar lelaki dikira sebagai bukan mahram. And lastly thank u sudi baca nukilan tak seberapa ni. Assalamualaikum.

– si adik ipar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit