Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika dipublishkan. Di sini saya hanya ingin menerangkan beberapa isu dalam post saya sebelum ni. Dannn kesilapan saya paling besar dalam post saya sebelum ini ialah saya lupa nyatakan yang saya dan suami SUDAH BERPINDAH. Kisah2 yang saya ceritakan sebelum ini berlaku beberapa bulan yang lepas.
Tidak jauh juga dari rumah ipar2 saya tu, dalam 30 minit gitu. Sebab saya perasan ramai yang recommend saya berkeras pindah jugak, dan memang saya telah berkeras pindah dalam bulan tu jugak selepas berlaku kejadian yang suami ipar nampak rambut saya tu. Saya mohon maaf sangat sebab terlupa, and nak edit tak boleh sebab dah dipublish.
Dalam tulisan saya kedua ini tidaklah seberapa, hanya ingin menambah apa yang kurang dalam post saya sebelum ni yang mungkin menimbulkan salah faham. Hehe sorry saya memang out dalam mengarang ni, memang banyak giler cuai.
Okey firstly, pasal husband saya. Husband saya memang dah banyak kali tegur pasal isu aurat ni. Terutama kakak ipar saya sorang ni (kakak B) yang masih belum bertudung walaupun menginjak umur 40an. Memang keluarga husband semua dah tegur tapi tak makan, mungkin belum terbuka hati (kita doakan sesama ye). Sebab dia sorang je adik beradik perempuan yang tidak bertudung. Cuma bila dalam kes sebelum ni suami saya agak tidak tegas dalam menegur kakak n abangnya dalam isu maruah aurat saya. Itu saya dah setel dengan husband, dah pernah gaduh sebab suruh dia tegas sikit kalau melibatkan maruah isteri kan. Alhamdulillah suami terima.
Keluarga suami ni sangat mementingkan sikap hormat orang yang lebih tua walaupun hanya beza satu tahun dengan adik beradik. Itu memang saya nampak sendiri. Lagipun suami merupakan antara anak yang bongsu, di mana perbezaan umur dia sendiri dengan kakak B (kakak paling atas) adalah 20 tahun. Lagipun dia sendiri tidak mahu gaduh sesama adik beradik, sebab suami saya ni pikir panjang. Kalau sampai gaduh maybe abang & kakaknya menuduh saya penyebab mereka bergaduh sesama adik beradik, dan mungkin hubungan kami semakin buruk.
Lagipun dari apa yang saya lihat, kebanyakan abang kakak ipar saya masih belum menerima saya sebagai adik ipar mereka, keluarga mereka. Sebab suami antara yang paling bongsu & paling awal berkahwin, langkah bendul sampai 6 orang atas dia. Lagipun keluarga mereka belum pernah menerima menantu/ipar dari semenanjung. Alhamdulillah mak mertua saya sangat baik dan lebihkan menantu perempuan (ayah mertua sudah meninggal dunia). Dan ada yang persoalkan kenapa tak tinggal dengan mertua? Sebab kampung suami jauh, dan ramai lagi yang bujang yang masih tinggal dengan mak mertua saya.
Nak sambung pasal isu pindah rumah tu, memang banyak halangan tapi kami berjaya pindah jugak. Antara isu yang bangkit seperti saya ceritakan sebelum ini, ialah siapa nak menjaga kedua2 kakak ipar saya?? Kerana mereka sangat risau sebab mereka 2 orang perempuan saja yang tinggal dalam rumah tu (suami kakak B seminggu sekali je balik rumah). Tapi isu ni memang saya agak tak puas hati sebenarnya ngan suami. Sedangkan mereka berdua bukannya sorang di rumah tu & dua2 kakak ipar saya dah pun umur 30an & 40an. Saya marah kenapa nak dijaga pulakkan sedangkan dorang bukannya budak belasan tahun dan kakak B jugak dah berkahwin hmm. Macam yang saya cerita sebelum ni, tanggungjawab suami saya terhadap saya (isteri) terpaksa dilupakan untuk ganti tanggungjawab suami kakak B dalam menjaganya. Masalahnya mereka tak faham, lagi2 kakak B n abang C yang kuat menentang kami pindah rumah. Saya pernah bagitahu suami,
“kakak B tu memang lah boleh cakap macam tu sebab dia tinggal ngan adik beradik dia. Cuba dia tinggal ngan kakak ipar dia sendiri dia akan faham”.
Yelah selesa lah kan tinggal ngan adik beradik sendiri. Tak masak ke malas ke pun orang tak kisah sebab adik beradik sendiri dah biasa ngan perangai masing2. Cuba hantar dok ngan ipar? Lagipun rumah ipar dia dekat apa. Jalan kaki 5 minit. Try kita suruh dia tinggal ngan ipar sebab suami dia balik seminggu sekali. Pastu suruh kakak A balik duduk ngan mak je jage mak. Dia of kos taknak. Senang cakap kita tapi diri mengelak & belum merasa betapa tak selesa tinggal ngan ipar.
Sebab kalau duduk dengan ipar and mertua ni kita selalu kena jaga kelakuan tak boleh suka hati, kena jaga hati ipar lagi yang jauh lebih tua & of kos no privacy ok. Keluar bilik pon kena pakai tudung, jaga aurat. Bila gaduh dengan suami pulak MALU dorang dengar. And kadang2 bila kita tak buad kerja rumah contohnya memasak dorang akan komplain sedangkan ada jugak masa saya nak makan diluar bersama suami. Dan ada masa saya masak ada pulak tak sentuh langsung. So saya kecik hati. Ipar pulak jenis yang kuat menyindir dan saya pernah dengar dorang mengata saya belakang hmmm. Sebab saya jauh lebih muda ke dorang boleh buat begini? Dan demi elakkan kecik hati berterusan & pergaduhan lebih baik pindah kan?
Dan alhamdulillah suami berjaya bincang elok2 dan bertegas mahu pindah rumah, lagipun rumah ipar masatu jauh dari tempat kerja suami. Abang C pulak suami pun berjaya berdebat dengan dia yang pentingnya dia nak pindah sebab nak jaga aurat saya & pentingnya kami yang dah berkahwin ni mempunyai kehidupan sendiri dan privacy (yang sebab lain husband tak cerita kat dorang sebab dorang takkan faham).
Mungkin abang C belum berkahwin dia belum faham situasi orang yang berkahwin ni macam mana. Macam mananya tak selesa duduk rumah sekali ngan ipar dari rumah sendiri. Dia senang cakap suruh suami didik saya duduk rumah sekali ngan adik beradik dia. Nanti dia kahwin dia fahamlah senang atau tidak bawak bini tinggal sekali dengan ipar & besan sedangkan sudah mampu.
Isu yang lain ialah pasal sewa rumah. Yang ni memang tak salahkan ipar saya sebab saya dorang baru berkahwin. Orang yang baru berkahwin ni memang selalunya akan alami krisis kewangan, saya sendiri dah laluinya. Suami kakak B pulak masih dalam usaha membayar hutang (hutang kahwin). Dan kakak A pulak hanya part time gaji tak tentu & kakak B bekerja dengan hanya gaji 1000+. So memang akan ada isu sewa rumah masa tu sebab bila kami berdua berpindah, beban bayaran sewa rumah akan jatuh pada kakak B sorang & kakak A mungkin boleh tolong sikit2 je. Suami pulak belum dapat tolong sebabkan bebanan hutang kahwin.
So kat sini suami putuskan untuk membantu membayar separuh dari sewa rumah mereka untuk masa ni walaupun sudah berpindah. So tiada lagi isu pasal kewangan & sewa rumah di sini. Saya pun tak kisah suami bantu mereka sebab suami pun cakap,
“tak salah bantu dorang sebab rezeki kita Allah bagi lebih. Lagipun masa bujang dulu pon abang tak pernah bayar sewa rumah sebab masih belajar. Tak salah balas budi dorang”
Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dikurniakan suami yang masih mengambil berat pasal adik beradiknya walaupun dah berkahwin. Sekarang pon suami akak balik seminggu sekali jenguk kakak2 dia & saya akan ikut sebulan sekali. So takdenye putus hubungan persaudaraan di sini kan?? Tapi bila saya balik jenguk tu adalah jugak dorang menyindir2 saya walaupun isu dah setel. Mungkin dorang masih tak puas hati sebab suami memilih isteri daripada mereka.
Saya harap korang dapat sangat dapat doakan hubungan saya dan ipar akan semakin baik. Dan sama2 doakan supaya Allah buka pintu hati kakak ipar saya untuk menutup aurat. InsyaAllah.. Harap suaminya dapat mainkan peranan sebagai suami lah.
Dan ingatlah kat sini keutamaan suami adalah isteri dari adik beradiknya. Tanggungjawab suami menyediakan rumah yang selesa untuk isteri di mana isteri boleh membuka aurat sesuka hati, apabila sudah mampu. Dan apabila tinggal sekali dengan ipar/mertua boleh menyebabkan mudharat iaitu pergaduhan & penceraian maka kena pindah jugak. Kewajipan mesti diutamakan. Tanggungjawab suami sebagai adik beradik lelaki terlepas apabila si kakak sudah berkahwin, dan yang masih belum berkahwin pula ayah/adik beradik lelaki yang bujang yang bertanggungjawab ke atas mereka. Tanggungjawab suami yang dah berkahwin takdela terlepas sepenuhnya tetapi isteri & anak2 menjadi keutamaan.
Dan di sini saya tegaskan situasi kita lain2, jangan samakan situasi korang yang okey bila tinggal sebumbung dengan ipar. Ada lagi isu, tapi saya rasa tak perlu bangkitkan dan cukup sampai di sini saja. Terima kasih kerana sudi membaca dan sila komen dengan bernas. Assalamualaikum.
– si adik ipar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit