Hai semua. Sebenarnya confession aku ni ditujukan kepada seseorang yang aku kenal. Aku harap confession aku ni boleh jadi titik permulaan untuk diri si beliau dan setiap perempuan yang PEMALAS untuk berubah.
Aku rasa setiap manusia kat dunia ni mesti ada common sense yang tak perlu orang ajar, kita belajar sendiri daripada persekitaran. Terutamanya bagi perempuan yang akan berkahwin dan bakal ada keluarga mertua. Ye, lelaki pun akan berkahwin dan akan ada mertua, tapi lelaki orang tak pertikaikan sangat, tapi perempuan pasti akan dipertikaikan. Contohnya basuh pinggan lepas makan kan?
Ok, kat bawah ni aku senaraikan common sense yang perempuan kena tahu.
1. Tolong semasa keluarga masak
Benda ni paling common. Takkan kau nak duduk melepak dalam bilik masa orang tengah masak dan bila orang nak makan, baru kau nak keluar bilik. Pastu boleh pulak tercegat depan makanan tunggu orang lain sendukkan nasi. Banyak cantik kauu??! Yang tak tahu masak? Boleh je tolong2 potong bawang. Macam mana nak tahu masak kalau tengok orang masak pun tak nak. Or paling senang sekali, tolong membawang teman mak kau masak. You’re not living in hotel yang kau boleh sesedap makan tidur je.
Benda ni bukan untuk yang dah kahwin je, untuk yang belum kahwin pun sama. Tak kesian ke kat mak korang yang teruk memasak? Memang la ada sesetengah mak yang jenis tak suruh anak tolong masak, tapi aku pasti setiap mak mesti seronok kalau anak tu ambil inisiatif untuk tolong dia. Sejuk perut ibu mengandung kan.
2. Tolong basuh pinggan
Ok benda ni pun basic la. Sepatutnya setiap apa perkakas pinggan mangkuk yang kita guna, kita yang kena basuh sendiri. Bukan lepas guna tinggal je dalam singki kan. Dan untuk orang yang tak tolong masak sebab tak tahu masak tu, takkan basuh pinggan pun tak tahu? Dah kau tak tolong masak, at least tolong la basuh pinggan2 yang mak kau guna masa masak tu. Takkan basuh pinggan sendiri je pastu cabut masuk bilik!
3. Jangan makan sorang-sorang/ Jemput orang makan
Aku tak tahu la didikan orang lain macam mana. Tapi didikan mak aku, kalau makan, jemput orang lain sekali. Jangan buat bodoh makan sorang2 je (applicable kalau makan kat rumah je. Takkan makan roti dalam train nak ajak 1 train tu makan sekali). Then kalau makanan tu sikit, jangan nak tayang2 tunjuk kat orang. Kesian bagi yang tak mampu or tengah lapar. Opah aku dulu cukup pantang kalau makan tak ajak. At least ajak2 ayam pun takpe untuk tunjuk hormat.
4. Jangan baring depan orang
Perempuan sepatutnya kena ada sifat malu yang lebih. Bentuk badan kita kan boleh menaikkan nafsu lelaki. Please la jangan sesedap baring depan tv masa ipar or saudara mara lelaki ada. Kita tak tahu apa yang diorang fikirkan.
Perkara-perkata yang aku sebut ni basic je. Mungkin ada lagi yang korang boleh tambah kat komen. Tapi percayalah wahai perempuan, kalau korang tak tahu benda2 common sense kat atas ni, jangan tanya kenapa orang tak suka kau atau mengutuk kau kat belakang. Tak ada sape suka orang PEMALAS kan??
– Mrs Lady
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit