Common Sense Yang Tidak Common

salam sejahtera pada semua pembaca. Lately ni aku rasalah common sense is no longer common. Tak tahulah aku sorang saja, atau macam mana. Memanglah pemikiran orang tak sama tapi atleast common sense lah kan. Bende boleh fikir sendiri kot. Jadi kat sini aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku rasa tidak lagi common (pada akulah)

1 . SUSUR. Tak kisahlah nak masuk susur atau keluar susur. Yang keluar susur tu, kau boleh fikir tak yang mana satu jalan utama? Kau dengan tak bagi signalnya, selamba badak kau je kluar tengok kete atau moto tu dah dekat ke, laju ke. Lepas tu yang paling confidentnya, dari susur selambaaa dia terus masuk lorong laju. Eh kau ni tak reti nak perlahan-lahan masuk jalan utama ke apa? Lepas tu terhegeh pulak tu, kita pula yang terpaksa break untuk dia.

Tadi susur keluar ni susur masuk. Ya ampun, siapa yang suka masuk susur last minit tu tolonglah terasa. Eh, ada sebab tau kenapa line susur tu sikit sikit dibesarkan. Bukan untuk kau yang dengan tak bagi signalnya masuk lorong susur tu secara tiba tiba. Ikot hati nak je langgar, tapi tulah dalam hati jelah. Bebel pon dalam kereta je. Kalau perasan, di NKVE yang dari Subang nak ke exit Damansara. Aku rasa susur tu panjang dari Shell supaya orang yg keluar pon boleh perlahan2 keluar. Tapi aku tak tahu kenapa dengan sepanjang2 alam susur tu dibuat, hujung2 tu juga baru nak masuk. Kot ye pon ikot waze ke apa dah boleh agak kot depan tu nak masuk susur masuk jelah awal2. Stress lah mak.

2. SIGNAL. Yang aku percaya ramailah yang berapi. Pendapat akulah, kebiasaanya kereta yang diketegorikan sebagai luxury car ni lagi susah nak bagi signal. Ke sebab signal tu lagi mahal dari kereta? Dan dan dan dengan “saya dah bagi signal” bukan alasan kau nak selamba badak je masuk lorong orang lain. Boleh fikir kot orang tu taknak bagi kau masuk.

Kat simpang ni lagilah, eh memang minta middle finger betul. Eh hello semua orang tunggu kau kot. Apa masalah kau? Memang dah tak boleh fikir ke nak bagi signal? Tak boleh fikir dah nak menyenangkan orang lain? Pikir kau jelah ?

3. LORONG DI LEBUHRAYA. Eh tak kisahlah di lebuhraya ke apa. Kat Malaysia ni, buatlah 10 lorong sekali pon, lorong memotong dan yang kedua tu juga yang paling sibuk. Weh sumpah aku tak paham! Tahulah kau malas nak tukar tukar lorong lah apa lah, but bro ke sis ke, lori sebelah tu pon kau tak boleh nak potong lagi mau berangan ? bila orang potong sebelah kiri, mula lah kata “orang tu drive reckless, punca kemalangan” eh hello, actually punca tu datang dari kau (penyumbang). Dahlah memotong sebelah kiri tu boleh kene saman. Yang tak makan saman tu, ada pemandu yang tak reti tengok cermin sisi dan belakang. Walaupon dah bagi highbeam pon, terhegeh2. Alasan – “eh, aku tolong kau supaya tak kene saman kot” ala biarlah dia. Dia ada duit nak bayar saman, enjin kete dia lagi power dari kau. Beringat, bila kau memandu 120km/h, ada yang memandu 160km/h okeeeyy !

4. TERIMA KASIH / MAAF. Kadang kadang aku rasa aku lagi suka buat baik dengan haiwan berbanding manusia. Yelah, atleast bila haiwan tu tak tahu nak berterima kasih, tak boleh nak marah sebab haiwan ni memang takda akal. Tapi bila manusia yang tak reti cakap terima kasih, rasa menyesal tolong kau. Alah, paling susah pon TQ jelah ha. Memanglah buat baik jangan harapkan balasan, aku pon tak harap kau tolong aku macam mana aku tolong, tapi boleh cakap atau zahirkan terima kasih tu.

Bila terlanggar bahu ke apa ke, cakaplah sorry. Bukan blah mcam tu je. Bila orang dah tolong tahan pintu atau buka kan pintu, boleh kot cakap terima kasih. Yes tahu, kau boleh buat sendiri tapi orang tu nak tolong, cakap jelah tq. Tak luak lah diknon.

5. TEMPAT MAKAN. Kalau perasanlah, kat kenduri kawin ke apa ke, macam agak susah sikit cari tempat duduk. Antara sebabnya, adalah dah makan tak reti nak bangon ! kau dah Nampak orang mula penuh, yang pegang pinggan masih tak duduk, kau yang dah habis makan tu bangonlah bagi orang lain duduk. Lainlah memang orang tak ramai , duduklah sampai kematu. Tapi kau dah tengok orang ramai berdiri, kau masih lagi main handphone lah, borak boraklah, swafotolah. Where is your common sense???

Sebenarnya, banyak lagi yang aku nak senarai tapi bila tengah menaip hilang pula points aku. Tapi bila tak buat pape tu macam banyak je rasanya. Tapi ni semua pendapat aku jelah. Yang lain, kalian boleh senaraikan sendiri lah.

Sekali lagi, ni adalah common sense aku. Lain orang , lain common sense. Kot.

– sis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *