Hai semua, aku Lulu. Aku baru berhenti dari company yang bagi aku sangattttt toksik. 3 tahun kerja di sini akhirnya aku dah tak boleh tahan, aku blah. Geram punya pasal aku nak cerita dekat sini.
Company aku kerja ni kecik je. Syarikat melayu. Bos, suami dia, mak ayah abang adik dia semua kerja sekali.
Company ni jual banyak produk, ada yang viral. Di sebalik semua yang viral, sebenarnya menipu sebab repack produk shopi je.
Tapi takpe la, kita tolak tepi bab produk shopi. Aku paling geram sebab family yang uruskan company ni. Family bos la siapa lagi.
Mak ayah bos ni pantau bahagian kilang. Sombong kemain, tak padan dengan dah tua. Semua benda tak kena, time menegur bahasa kemain kasar. Macam la diorang tak buat salah.
Padahal diorang tu kerja keluar masuk sesuka hati. Time kerja pun tidur sebab nak rehat. Kita ni check phone kejap je dah kena maki hamun.
Tu belum masuk bab abang bos lagi. Abang dia ni aku rasa gila kot. Sembang pun semedang ke bulan. Lepastu hari2 bau macam ganja.
Dia rasa company ni company dia. Berlagak bos. Datang kerja sejam dua je. Orang dah nak balik baru nampak muka. Lepastu datang acah2 nak tegur kita buat kerja salah.
Dah la buat status whatsapp konon staf kutuk bos la, staf tak kenang budi la. Ko pun staf kot? Pergi mampus la ko.
Lepastu aku perasan family dia sendiri pun tak suka dia. Tapi apa paling buat kami benci adalah walaupun dia datang keje sebulan 3-4x tapi tetap dapat bonus. Tak ke bodoh? Geram betul. Kami staf2 ni menyumpah2.
Bos kami ni pulak, dia dengan laki dia macam langit dengan bumi. Aku rasa laki dia stay dengan dia pun sebab dia banyak duit. Sebabnya laki dia ni paling baik, paling memahami staf.
Kami kalau nak mintak tolong apa2, semua mintak dekat laki dia ni. Tapi kadang2 kesian sebab laki dia ni kena sembur depan2 kami sebab back up staf.
Lady boss pulak ya ampun, memang mintak maki. Bahasa sama kurang ajar macam mak ayah dia.
Tau la ko bos, jangan la nak cakap macam kami ni pengemis. Paksa kami buat itu ini. Walaupun takde dalam job scope. Hantar kursus last2 minute, suruh guna duit sendiri. Mana kami semua tak bengang.
Tu belum lagi part anak bos datang weh!! Anak dia sorang je tau. Aku and staf2 lain semua benci gila anak dia. Kurang ajar and perangai setan sangat.
Depan mak ayah atok nenek dia pun dia tak hormatkan kami. Orang tengah buat kerja sibuk nak kacau. Main pukul2, ingat best ke? Budak lain tak annoying pun.
Ko bayangkan ye budak 5 tahun dah pandai meraba orang. Bila kita marah mula la drama air mata. Benci gila. Lagi satu bila kita tengah sembang sesama staf dia sibuk menyampuk, ikutkan hati semua nak hempuk je budak ni.
Dulu ada sorang staf memang bos gajikan khas untuk jaga anak dia ni kat ofis, and guess what? Staf tu hari2 mencarut dlm hati, last2 berhenti.
Adik bos pulak okay sikit tapi masih acah2 macam dia paling perform buat kerja.
Aku under adik bos, bila meeting geram je dengar dia tegur kami macam kami ni tak buat kerja, dia sorang je yang buat kerja bagus. Padahal kerja masing2 jalan je. Menyampah aku. Patutla tak kahwin sampai sudah.
Aku rasa time kerja tu saat paling best bila seluruh family ni pergi bercuti. Diorang selalu pergi oversea. So cuti lama la. Heaven ya masa diorang ni semua takde. Aman je masing2 buat kerja.
Sekarang staf2 yang ada pun tunggu masa je nak resign. Setakat ni 2 dah menyusul aku, yang lain katanya tunggu turn.
Bayangkan ya dalam 10 orang, takde sorang pun tahan. Dalam group setiap hari semua update tak sabar nak blah dari company neraka ni.
Buat founder2 melayu, korang ni kalau nak meniaga boleh tak perangai elok sikit. Staf2 bawahan semua ni memang korang bayar gaji tapi kami bukan hamba abdi. Kami semua ada hati, ada perasaan.
Lagi satu, ko tak payah la bawak semua kaum kerabat ko kerja sekali, semak tau tak? Semua kerja tak perform pun. Ko apa tau?
– Lulu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit