Company Tak Profesional.
Hai Assalamualaikum semua. Kisah yang aku nak ceritakan ni, terjadi masa aku mula-mula nak mulakan kerjaya aku selepas grad. Disebabkan aku belajar di Shah Alam, aku terfikir untuk mencari kerja di Shah Alam jugak. Jadi, setelah mencari kerja buat beberapa lama, aku mendapat interview di sebuah company di Shah Alam. Hari interview, terus aku dapat offer letter. Aku terus terima setelah aku jelas dan faham segala rules dan kerja di company tu. So sementara tunggu company keluarkan offer letter, aku lepak di ruang menonton tv company tu. Dapat la aku lihat segala deco dan keadaan office tu. Semua pekerja adalah lelaki. Hanya ada seorang tukang cuci perempuan, orang tempatan. Masa tu terfikir, betul ke aku nak kerja sini, semua lelaki, aku nak kawan dengan siapa. Tapi disebabkan aku memang jenis lone ranger, kawan aku pun ada berapa kerat je, jadi aku ada perasaan “lantak lah, sorang pun sorang lah, xmati pun”.
So awal 2016 aku mulakan kerja di company ni. Dan tak sangka, akan terjadinya satu kisah yang aku pernah terfikir akan jadi pada aku. Dan aku tak sangka masih ada company yang mencampur adukkan peribadi dan kerja. Dan aku jugak tak sangka, niat aku cuma nak menolong tapi jadi sebaliknya.
Ni melibatkan peribadi aku. So, dah beberapa bulan aku kerja, aku manage to make friends dengan few boys kat tempat kerja. Dorang pun sibuk la nak add facebook, instagram, twitter bagai. Aku pun, disebabkan pikir kawan, aku approve la kan. Tapi lain pulak jadinya. Bila segala aktiviti aku yang aku post di instagram atau facebook akan dijadikan bahan untuk dorang sembang dan nak bahan aku. Sebagai contoh, weekend aku keluar dengan boyfriend pergi makan di Kenny Rogers. Post la gambar ayam gendut tergolek dalam pinggan dilimpahi sos black pepper. Siap la hari isnin, dorang akan sebut perkataan Kenny rogers sampai laaaaaa balik kerja. Aku pos gambar kucing, haaa siap la kucing aku jadi perbincangan esoknya. Kucing tak comel la, kucing kolestrol la, debab sangat la kucing. Tak kisah la aku post apa. Even username instagram aku pun jadi bahan. Yela. Gegirl. Nama IG unik la skit haha. Alaa macam-macam la. Mula-mula macam okey la. Tapi lama-lama menyampah jugak. Rasa privasi takda.
Ok. Ni tak teruk lagi. Lagi teruk sampai aku down dan mental adalah kisah seterusnya.
Okey, disebabkan office ni semua lelaki, dan tak kawin lagi, termasuk boss dan manager. Jadi aku selalu la dikenenkan dengan bebudak office dan client. Nak jadi cerita, sorang mamat ni, budak office aku jugak la, aku namakan M, tertiba tangkap cintan pulak dengan aku bila kena kenen. Sanggup M ni break dengan awek dia sebab nak tackle aku. M canang 1 office kata ex gf dia tak paham kerjaya. Call sehari berpuluh kali. Selalu merajuk. Secara logiknya seorang perempuan takkan jadi begitu kalau tak kerana mahukan perhatian dari orang yang disayangi. Kan? So, bebudak office pun tau yang M ni suka aku. Sejak tu memang hari-hari aku kena usik dengan bebudak office. Mula-mula aku okey je sebab aku dah ada boyfriend dan aku serius bersama boyfriend aku. Tapi lama-lama aku jadi stress. Sebab M ni pun asyik msg whatsapp and call aku macam aku ni girlfriend dia. Aku tak layan. Kadang dia call aku reject. Malam aku nak balik, siap msg aku masa aku dalam teksi. Msgnya berbunyi begini..
“awak dah sampai jangan lupa bagitau saya eh.. risau la kalau awak tak msg”..
Dan, seharusnya aku tak reply msg dia even dah sampai rumah. Aku msg boyfriend aku je haha. Aku layan M tu macam kawan, tak lebih tak kurang. Kat office aku layan sembang dengan dia macam biasa. Tapi bila dia msg aku tak reply. Kadang je aku reply. So, disebabkan aku jual mahal tu, prestasi kerja M menurun, dan selalu moody di office. Disebabkan prestasi M ni menurun, aku dipanggil oleh boss masuk mengadap. AKU YANG DIPANGGIL. Bukan M, kerana boss aku yakin, akulah penyebabnya. Aku katakan pada boss, yang aku anggap M macam kawan je, dan msg dia jarang aku reply. Jadi boss aku pun buat satu permintaan yang aku rasa tak logic. Boss aku suruh aku terima M. siap pujuk yang kalau aku bersama M, masa depan aku cerah dan boss akan bagi hadiah besar pada M kalau kami kawin. God. Sampai macam tu. Aku pun slow talk dengan boss, yang aku takda perasaan pada M. Boss faham Cuma dia minta tolong supaya aku reply msg-msg M, kerana M adalah pekerja harapan company. Kalau takda M, takda la company ni. Terdiam aku. Disebabkan aku bongok masa tu, aku okeykan. Niat aku memang aku nak tolong boss, company, dam M. Sejak dari tu, aku reply msg M. Aku anggap dia kawan. Kami Cuma bersembang mengenai minat kami, dan office works. And kejadian ni haruslah boyfriend aku taktau. Dalam tempoh tu, banyak kali jugak la aku dipanggil mengadap oleh boss kerana prestasi M. Aku tak boleh hadam sampai sekarang, kenapa aku yang dipertanggungjawabkan di atas prestasi M yang makin menurun.
Sejak dari tu, M kembali ceria, keceriaannya bak bunga-bunga mekar di taman. Ketawa dia la paling kuat dalam office. M jugak la paling banyak celoteh. Dan tak lama selepas tu, sekali lagi aku dipanggil mengadap oleh boss. Boss berterima kasih sebab prestasi M makin meningkat. Malah meningkat dari biasa. Aku diam masa boss bercakap.
Tapi ALLAH nak tunjukkan pada aku, yang aku salah. Even aku cakap aku layan M macam kawan, tapi still, aku melayan lelaki lain di belakang pengetahuan boyfriend aku. Aku menipu boyfriend aku. Dan aku membuatkan M ingat aku dah terima dia. Long story short, one day, kantoi M sebenarnya menunjukkan semua perbualan kami pada semua bebudak office termasuk boss dan manager. Allahuakbar. Malunya aku masa tu. Rasa nak mati. Even tidak bersayang-sayang dalam perbualan kami, tapi tetap aku malu. Dan M jugak cakap besar dengan officemate lain bahawa aku pasti akan jatuh ke genggamannya. Dan M dah merancang untuk bawak aku jumpa mak dia even kami baru rapat selama sebulan lebih. Aku jugak dapat tau, mulanya M mendekati aku sebab dicabar oleh officemate lain tapi M tiba-tiba tertangkap cintun dengan aku semasa melaksanakan cabarannya. Aku down, aku stop immediately reply msg M. M msg aku bertubi-tubi sampaikan dia bercakap benda yang bukan-bukan dan mengugut akan melakukan bukan-bukan. Aku ignore. Sebab aku sakit hati. Aku malu. Aku marah dan rasa teraniaya dengan M, boss, manager dan officemate lain. Aku betul-betul malu.
Aku menyesal kenapa aku ikut permintaan boss aku. Sedangkan prestasi M dan aku takda kena mengena langsung, tapi kenapa aku macam orang bodoh. Masa tu aku rasa betul-betul tertekan. Aku datang office menangis dalam toilet. Dah la takda kawan nak sembang. Hanya ada orang-orang yang dah tikam aku dari belakang. Aku down down down down down down down down (baca nada lagu yuna dan usher). Tapi apakan daya, disebabkan kebodohan sendiri, terpaksa tanggung.
Aku mula rasa bersalah pada Allah, pada mak abah, diri aku, pada boyfriend aku. Sebab boyfriend aku tersangat baik dan mempercayai aku 100%. Untuk pengetahuan anda semua, aku bercinta jarak jauh dengan boyfriend aku. Aku di Shah Alam, dan boyfriend aku di Sabah. Jadi kami jarang jumpa. Hanya bila boyfriend aku balik ke Shah Alam je kami berjumpa. Sejak dari tu, aku dah tak percaya sesiapa. Aku bina barrier disekeliling aku. Aku cakap bila perlu. Boss aku terasa dengan perubahan sikap aku. Tapi aku still bekerjasama dalam hal kerja. Dalam pikiran aku hanya pikir nak resign tapi aku still cabar diri aku supaya stay sebab takkan aku nak larikan diri dari masalah yang aku sendiri cipta. Kalau aku lari dari masalah ni, maknanya aku pengecut tak berani berhadapan dengan masalah. M pulak, sejak aku stop reply msgnya, mula balik jadi moody dan sekali lagi prestasi M turun. Dan kali ni lagi teruk, M kerap cuti dan balik half day kerana katanya sakit tak sihat, dan M mula tak bercakap dengan orang.
Macam biasa, aku yang dipanggil oleh boss. Aku dibasuh boss supaya terima M lagi even aku dah tau apa yang M dah buat pada aku. Masa tu aku dah fed up. Aku basuh boss balik. Keluar dari bilik boss, aku terus google surat resign, copy, paste, dan email pada boss. Sila jangan tiru perilaku tak bermaruah ni. Yes masa ni aku malas. Malas nak pikir dah. Boss accept resignation aku tanpa mempersoalkan bahasa inggerisku yang tiba-tiba improve. So macam biasa, office aku ni, even semua lelaki, tetapi mulut mengalahkan mami jarum, kejap je berita aku resign dah tersebar. Dan rupanya M lagi awal resign dari aku. Tapi semua diam je pasal M resign, BROTHERHOOD la kononnya, tapi bab aku resign, bapak laju tersebar. Disebabkan prestasi menurun, dan sikap M yang boss rasa tak boleh blah, boss aku pun membuat keputusan untuk melepaskan M awal dari tarikh akhir kerjanya. Last day, before M meninggalkan office, M text aku untuk kali terakhir. M ugut kehancuran buat office, boss dan orang-orang yang menganiaya dia, dan M kecewa kerana aku mengakhiri hubungan kami dan M berpesan supaya padam dan jangan tunjukkan msg-msg merepek yang dia hantar selepas aku berhenti reply msgnya kepada officemate lain, dan M minta supaya aku jaga maruahnya. Masa tu aku macam, the heck mangkuk ni. Bila pulak kita ada “hubungan”, ko malukan aku, tunjuk msg kita takpe pulak.
Lepas M blah, aku masih di company tu, menghabiskan kerja sambil menunggu masa untuk sampai tarikh akhir aku berkhidmat. Dalam tempoh tu, aku masih lagi dipanggil oleh boss kerana kes M. Boss meminta maaf dari aku kerana dia dan officemate lain lah perkara ni terjadi. Ya aku maafkan tapi susah untuk aku lupakan. Aku luahkan semuanya pada boss. Aku jugak tunjukkan msg-msg merepek M pada boss. Segalanya berakhir dengan baik di antara aku, boss, dan officemate lain.
Sekarang, dah beberapa bulan kes ni terjadi, aku masih tak dapat move on. Aku masih malu dan down. Aku cuba lupakan, tapi tak boleh. Ya aku salah, sebab ikut cakap boss untuk layan M, walaupun aku sebenarnya boleh menolak. Mungkin Allah nak aku dekatkan diri padaNya. M pulak hilang entah ke mana. Tapi disebalik kekecewaan dan kesedihan aku, aku dilamar pulak oleh boyfriend aku untuk kahwin. Dan sekarang aku dah pun bergelar isteri pada suami aku takkan suami orang pulak. Aku ikut suami aku menetap di Sabah. Dan kejadian yang terjadi ni membuatkan aku makin matang. Last berita aku dapat dari company tu adalah, mereka kehilangan client terbesar mereka, dan terpaksa membuat loan untuk membayar gaji pekerja. Gaji pun dah start masuk lambat. Mungkin doa M termakbul.. confession aku ni bukan bertujuan memalukan sesiapa, aku Cuma mahu meluahkan, kerana aku rasa nak gila simpan benda ni sorang diri. Ampunkan aku kalau confession aku ni takda isi ilmiah walau sedikit pun. Terima kasih korang yang baca. Terima kasih admin kalau admin postkan. Assalamualaikum.
– Nani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit