Complicated Relationship

Salam to all readers.. Seminggu dua kebelakangan ni saya dalam dilema. Saya memerlukan pandangan atau nasihat dari pembaca.

Saya Nelly, wanita bekerjaya, anak 1 dan umur lingkungan awal 30an.

Saya dan suami sering berjauhan disebabkan kerjaya masing-masing. Kadang kala berbulan kami tak dapat berjumpa. Kami berkenalan di tempat kerja dan berkahwin pada tahun 2017.

Sejak awal PKP, March 2020, saya baru tahu yang suami sudah berkali-kali curang, sampai tahap check in hotel-hotel yang selamat bagi dia.

Bagaimana saya dapat tahu, tak perlu diceritakan. Tetapi semua bukti-bukti saya masih lagi simpan. Dan masih berlarutan sampai sekarang.

I have no clue at all dengan siapa dia keluar. Sebab saya tak dibenarkan untuk buka phone or laptop dia.

Pernah confront dia, tapi yang saya dapat hanya silent treatment. Cubaan untuk berbincang, slow talk atau apa-apa sekalipun melibatkan masalah rumahtangga, suami elakkan.

Dan saya diminta untuk teruskan hubungan ini tanpa menyentuh hal tersebut. Anggap tiada apa yang berlaku.

Sampai satu tahap saya dah terlalu penat untuk berdoa. Berdoa semoga dia kembali seperti di awal perkahwinan kami dulu.

Suami mula berubah pada tahun kedua perkahwinan kami. Saya buntu. Saya jaga penampilan diri sebaik mungkin sebab saya tahu suami tak suka saya gemuk, kulit tak cantik dan lain-lain.

Suami selalu flirt dengan perempuan-perempuan yang cantik dan seksi di social media, dari situ saya dapat agak. Tapi saya tak confident untuk berpakaian seksi.

Layanan dia berbeza bila saya mengandung, dia geli tengok saya gemuk dan kulit jadi teruk akibat hormon.

Makan, pakai dan kelengkapan diri sendiri, saya tidak meminta pada dia. Yang penting dia jalankan tanggungjawab pada anak.

Saya stop minta pada dia sejak saya beli krim gatal (masa mengandung kulit jadi gatal2) yang harga tak sampai RM10 satu, saya beli dua, dan dia bising.

Saya terus menangis dan dia biarkan saja. Gaji suami hampir 15k. Tapi dia agak berkira dengan saya.

Saya rasa dah banyak sangat kejadian yang buatkan saya makan hati. Terlalu banyak untuk diceritakan. Bila saya dah tawar hati, saya berbincang dengan family yang saya ambil keputusan untuk berpisah.

Mak dan ayah saya tentang habis-habisan. Tak ada lagi dalam family yang bercerai, so mereka tak nak saya berpisah. Mereka kata mereka malu nak berdepan dengan keluarga suami nanti.

Bila difikirkan semula, saya rasa mungkin saya yang salah sebab saya tak pandai pikat hati suami.

Saya tak pandai memasak. Tak berpakaian seksi. Tak pandai berlembut dan bermanja. Menangis depan dia pun tak, kecuali masa tengah mengandung dulu, masa tu sensitif sangat saya rasa.

Pertengahan tahun ni, ramai lelaki add saya di Facebook. Ramai juga yang mahu berkenalan walaupun dah diberitahu yang saya ada suami dan anak.

Kebanyakan saya read and ignore saja message mereka. Cuma ada seorang yang saya baru mula berkawan. Nama dia Shah.

Dia single father. Masing-masing tahu status each other. Bila dengan dia, saya lebih menjadi diri sendiri. Saya tak perlu jadi wanita yang matang, boleh bergurau dan berkongsi hal-hal politik semasa, kerja, ekonomi.

Dan saya mula perasan, saya kurang rasa sunyi sebab ada yang sudi dengar dan teman saya.

Mula-mula saya rasa bersalah sangat sebab contact dengan lelaki lain di socmed, walaupun kami tak pernah bertukar gambar, berjumpa, call or video call. Hanya message.

Sampaikan saya rasa saya perlu berterus terang dengan suami apa yang saya buat sekarang ni.

Sebelum ni saya kerap fikirkan suami, walaupun layanan dia pada saya macam tu, tapi saya sangat sayangkan suami.

Saya suka bayangkan senyuman dia, teringat suara dia, rindu bau dia. Tapi sekarang dalam kepala saya, saya hanya fikirkan Shah. Sampai ke mimpi.

Saya rasa keadaan sekarang macam dah teruk sangat. Tapi saya tak nampak jalan penyelesaian. Takkan selamanya saya perlu macam ni?

– Nelly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *