Confession An4k Bekas Penagih Dad4h

Assalammualaikum wbt.

Aku teringin berkongsi dengan para pembaca sekalian. Tentang kisah hidup aku yang tidak boleh disiarkan secara terbuka demi menjaga nama baik keluarga.

Aku N, datang dari keluarga dengan 5 adik beradik, Ibu ku cikgu sekolah dan ayah ku pesara kerajaan.

Kisah hidupku bermula sebelum aku lahir lagi. Ayah ku yang bekerja dengan kerajaan terlibat dengan taik dadah.

Aku tidak pasti sebelum aku memahami kehidupan, bagaimanakah kehidupan ayah dan ibu ku tetapi melihat kepada gambar gambar, kami adalah keluarga yang bahagia.

Tapi matahri tidak selalu cerah.

Ketika aku di tadika, ayah ku di tangkap polis atas kes dadah. Rumah ku di periksa sedalam dalamnya.

Polis bukan datang sehari dua sahaja malah sedang aku bermain di luar akan ada polis datang menerjah.

Ibu ku mengetahui tentang dadah ayah tapi aku kira dia tiada kekuatan untuk mengubah ayahku.

Sepanjang aku di sekolah rendah, ayah ku keluar masuk penjara.

Apabila perlu mengisi borang sekolah, ada kalanya ingin sahaja aku menulis (di penjara)

Tetapi ibu ku akan mengarahkan kami untuk menulis “pesara kerajaan” dengan pendapatan yang minimum dan akan disahkan oleh sidang kampung yang juga pakcik saudara ku (abang ayahku)

Bayangkan pada usia 40 an, ibu ku berhempas pulas menjaga kami 5 beradik, membuat kueh dan sebagainya on top of pekerjaannya sebagai guru sekolah.

Pendidikan kami di utamakan. Tapi sudah tentu bukan semua mampu dipenuhi. Keperluan emosi anak anak selalu terabai. Rotan dan arahan makanan harian kami.

Aku menjadi seorang yang sangat bermasalah di rumah walaupun sangat cemerlang di sekolah.

Rahsia ayahku ini hanya diketahui jiran dan keluarga. Guru guru sekolah, malah mungkin rakan ibu ku tiada siapa yang tahu.

Orang luar, bahkan kawan kawan aku hanya melihat aku sebagai bertuah kerana di kurniakan akal yang bijak, mudah belajar dan sentiasa cemerlang.

Fast forward, aku sekarang boleh dikatakan agak berjaya. Aku mencapai tahap tertinggi pendidikan dari institusi terkemuka luar negara, bekeluarga dan bekerjaya.

Adik beradik ku semua berjaya dalam bidang mereka. Tiada yang menghisap rokok walau ada yang lelaki kerana bencinya kami pada najis tersebut.

Ayahku, Alhamdulillah, selepas aku kira 10 tahun keluar masuk penjara, (sentiasa akan ada kes selepas keluar penjara), dia mula berubah bekerja.

Menampung segala yang tidak pernah dilakukan, kembali mencari Tuhan dan pada usia tuanya sentiasa berada di rumah dan masjid kerana tidak berani berkawan ramai asbab tahu keadaan diri yang mudah terpengaruh.

Aku kira ini semua asbab doa ibu ku yang tidak pernah lelah. Asbab bantuan datuk ku (ayah kepada ayah ku) yang sentiasa membantu menantunya dari pelbagai segi walau kewangan bukan segalanya.

Adik adik yang dari keluarga bermasalah,

Ibu bapa kita sentiasa mencuba yang terbaik pada usia muda mereka. Ada masanya mereka tersilap langkah. Maafkanlah, bantulah dan bersabarlah.

Kembalilah kepada Tuhan yang memegang segala hati manusia. Kerana hujan itu tidak akan sentiasa turun, matahari akan mula menyinar, membawa pelangi yang indah.

Hingga saat itu tetaplah memberi bekal kepada jiwa.

– CUDIPT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *