Confession Ini Khusus Untuk Mereka Yang Bakal Berkahwin

Salam iium saya bukan la student iium tapi peminat setia page iium banyak masa terluang aku habiskan dengan baca luahan disini.Disini aku ada beberapa nasihat la kepada bakal berkahwin .Aku pon bakal berkahwin dan aku rasa ku perlu share bende ni.Supaya boleh dijadikan iktibar untuk semua.

1.Jangan bebankankan ibu dan bapa.Kalau rasa-rasa nak kawin tu kumpul duit jangan bebankan ibu bapa untuk keluarkan duit mereka.Sedih saya tengok ramai anak-anak bergantung kepada ibu dan bapa. Come on parent kau dah jaga kau dari kecik sampai besar gajah dah boleh kawin bila kau kawin kau nak susahkan diorang untuk tanggung kau kawin.Just remember yang nak kawin tu kau bukan parents kau.Ini ada yang sampai bergolok gadai tanah,duit kwsp.Diorang kerja kuat siang malam dapat duit KWSP perabis dekat kawin korang je. Please jangan bebankan diorang. Kumpul duit buat hantaran or kenduri mintak tolong diorang top up sikit-sikit je kalau korang rasa tak mampu.

2.Masa bujang simpan duit nak kawin.Nak kawin sekarang bukan murah.Simpan duit even kau tak ada calon pon simpan duit sikit untuk kawin.Bila kau dah ada calon esok tak payah serabut nak cari duit.Time single la korang boleh simpan duit banyak sebab hanya guna duit untuk diri sendiri.

3.Jangan takut nak kawin sebab takut fikirkan duit tak cukup yakin dengan Allah.Insyallah bila kita niat nak dirikan masjid insyallah Allah tolong dan cukupkan rezeki.Macam aku nak kawin aku usaha cari duit sana sini.Bila rasa down mengadu dekat Allah,dia maha mendengar.Masa aku nak kawin macam-macam rezeki yang masuk.Aku jual produk online sebelum ni tak ada orang pon yang beli sangat bila aku plan nak kawin ada je orang order.Lepas tu aku dapat sponsor barang kawin daripada kawan -kawan dan sedara walaupon aku tak minta.Tunang dapat kerja baru,naik gaji.Orang kate rezeki kawin.

4.Jangan tunang terlalu singkat.Let say korang dah merisik then nak tunang duit satu hapak pon tak ada please tunang lama sikit dalam setahun so korang bole save duit untuk kawin. Orang cakap tak elok tunang lama-lama tapi kalau korang tak mampu buat cara tak mampu.Be prepare korang bincang dengan tunang korang boleh tak tunang dalam masa setahun kalau tak boleh korang tangguhkan la nak tunang kumpul duit dulu dh cukup duit baru masuk meminang.Kalau sayang mesti diorang akan tunggu.Setahun tu tak lama.Pejam celik je.Even korang tunang 4 bulan pon kalau tak ada jodoh tak kawin jugak.Dalam masa setahun tu try simpan duit gaji semaksimum mungkin dan buat part time.Insyallah Allah permudahkan.

5.Elak buat personal loan.Ramai yang nak kawin takut tak cukup duit buat personal loan.Harus diingatkan personal loan ada interest yang sangat tinggi silap haribulan korang dah beranak pinak hutang dengan bank tak habis bayar.Harus diingatkan lepas kahwin lagi banyak duit nak pakai nak bayar bil dan sewa rumah,belum termasuk belanja dapur,perabut dan anak.Lebih baik korang simpan duit untuk kehidupan selepas kawin dari berhabis duit untuk majlis hanya SEHARI.Berbaloi ke habiskan duit untuk sehari tetapi menanggung hutang bertahun-tahun.Kalau korang rasa takut tak cukup duit minta pertolongan adik beradik atau ibu bapa untuk top up sikit-sikit.

6.Buat majlis satu pihak sahaja.Kalau korang satu negeri just buat satu pihak sahaja gabung jimat.Kalau parent korang request nak buat asing just buat simple je bagi belah lelaki.Biasanya pihak perempuan suka buat yang meriah sikit.

7.Bagi yang perempuan tolong la bakal suami korang . Jangan selfish sangat nak harap 100% kat bakal suami.Tak salah kalau korang kumpul sama-sama duit hantaran senyap-senyap tanpa pengetahuan family bagi meringankan beban. Buang ego tu jauh-jauh. Kalau tak nak kumpul duit hantaran pon tolong kumpul duit untuk lepas kawin contoh duit deposit rumah,sewa rumah.Memamg tu semua tanggungjawab bakal suami tapi kalau diorang tak mampu,tolongla mereka jangan ego sangat semua tu bakal suami yang perlu sediakan.Kata nak hidup susah sehidup semati.Takkan tolong sikit pon tak boleh.Duit hantaran tak wajib dalan islam hanya mas kahwin yang wajib.

8.Prepare duit lepas kahwin.Yang ni memang ramai yang tak buat.Kawin nak majlis punya meriah lepas kawin menumpang rumah parent.Kalau korang tak mampu nak beli rumah korang sewa rumah. Hidup berdikari, ni awal-awal lagi dah set dekat otak nak stay dengan family jimat tak payah bayar sewa. Please jangan susahkan family korang.Korang dah besarkan dah nak kawin pon be matured. Simpan sedikit duit untuk sewa rumah dan deposit rumah. Kalau korang anak tunggal atau dua beradik tak kisah la kan. Ni nak menumpang adik beradik 4-5 orang tapi menumpang kat rumah family dah tu adik beradik ada yang tido luar sebab nak bagi bilik kat korang. Nanti dah ada nak korang bagi pulak parents korang basuh berak anak korang. Sampai bile nak susah kan diorang bagi di orang rehat pergi haji atau melancong. Diorang pon teringin jugak nak merasa pencen jalan sana sini.Ni nak jaga cucu terpaksa la duduk rumah. Diorang dah tua tak larat nak buat kerja berat kasihan la dekat mereka.Must remember bukan semua perempuan suka duduk rumah mentua.Mereka lebih suka duduk rumah sendiri lebih privasi dan selesa.

8.Jangan membazir untuk perkara yang tidak berfaedah.Sekarang ni kan trend orang kahwin ada bridesmaid,photobooth,candy buffet,semua tu tak perlu pon.Menambahkan pembaziran.Nak sponsor baju bridesmaid sepasang RM40 kalau dah 8 orang?Benda tu trend je sekejap je.Bergambar jela yang lawa.Apa kata korang pakat dengan kawan-kawan time wedding korang pakai satu warna contoh warna pink.Even design tak sama tapi warna sama cantik jugak dalam gambar.Belum tambah candy buffet atau photobooth.Tambah-tambah dalam RM1k++ korang boleh guna duit tu untuk sewa rumah atau beli perabot.

I wish u best of luck.Assalamualaikum.

– hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit