Confession of the Big Spender

Hello semua. Maafkan aku kalau cerita agak bosan dan terdapat lenggok bahasa yang tak sesuai dalam bahasa baku sebab dah terbiasa ‘manglish’ namun itu bukan tujuan utama aku.

Aku cuma nak share pengalaman aku sebagai seorang big spender. By big spender termasuklah pengalaman sebagai seorang yang suka berhutang.

Kebelakangan ni aku tengok banyak posting dari anak muda or fresh corporate slaves bergaji besar yang ‘humble bragging’ dengan pencapaian awal mereka dengan menayang barangan berjenama. Seram tengok sebenarnya, sebab aku dah pernah berada di tempat mereka.

Aku bermula dengan gaji RM 1.5K. Ya, tak besar namun pada tahun 2013 jumlah tersebut agak besar ya. Aku mula berhutang beberapa bulan selepas bekerja, kerana terjebak dengan kawan.

Ya la, macam seronok je offer ‘fast cash’ tersebut so aku pun apply la. Tak sampai seminggu, terus approved then aku pun joli sakan la. Namun aku rasa di situ lah bermulanya titik hitam aku.

Habit aku spend duit macam air tu makin membesar dan susah nak stop. Ada je aku loan kat tempat lain. Pastu sekejap je aku habiskan duit tu. Lepastu bulanan aku dah start sangkut sebab aku tak komited.

Then aku loan lagi kat tempat lain, tujuan nak bayar loan yang pertama tadi tu la. Namun, aku lebih dahulukan kemahuan dari kehendak.

Seronok ya pegang duit banyak tapi tu la kerja makan gaji je. Then aku sangkut dua loan kat dua tempat. And aku dah tak boleh dah nak loan untuk cover balik hutang aku.

Lepas tu aku kerja gaji besar sikit lah. Tapi sambil kerja tu ada jugak la ye buat benda yang tak sepatutnya. Yang ni aku tak nak ulas panjang sebab aku tak nak buka aib sendiri dan sesiapa pun.

Sepatutnya dapat je bayar dua hutang tu. Namun sekali lagi ye, aku memandang enteng akan “hutang” ni. Aku tak ingat dah macam mana aku bayar balik loan tersebut. Aku pun suka jugak nak update phone. Pastu gatal gelenyar nak pakai postpaid.

Pastu aku shopping, makan, bagai nak rak ye. Asal stress, spend duit. Asal stress, makan banyak. Asal stress, beli benda yang tak berfaedah.

Aku pernah habiskan wang nak dekat lima angka dalam masa dua hari. Sebab apa? Stress. Tapi tu lah, komitmen wajib aku buat dek je. Stress hilang kejap je, pastu datang balik.

Aku sedar akan kesan yang akan mendatang, tapi waktu tu aku ignorant. Hanya duit je dapat release stress aku. Kalau duit kurang, aku terus resah. Teruk kan?

Aku percaya bukan aku sorang je yang macam ni. Ada je yang lain. Cuma korang ada kesedaran awal ataupun masih jugak stay dekat your comfort zone. Jika masih, tolonglah berhenti. Kesan dia tak terjangka.

Makan duit haram tak akan jadi kaya ya, walaupun kau rasa kau bijak invest ke apa. Just percaya je cakap aku.

Ni tak termasuk hutang dengan kawan-kawan. Aku banyak hilang kawan sebab duit jugak. Macam mana nak cakap ye, aku jenis tak kisah kawan aku hutang aku and kalau mereka ada kesulitan nak bayar pun, takpe.

Kalau aku tagih diorang tak dapat bayar, takpe. Aku bukan jenis suka gaduh-gaduh. Plus hutang ni dikira aib. Cuma aku slowly set minda aku jangan harap mindset diorang macam minda aku. Ternyata benar ya.

Malas aku nak ulas lebih. Tak salahkan diorang pun. Cuma aku kesal disaat aku perlukan pemahaman diorang macam mana diorang perlukan pemahaman aku, aku tak dapat pun benda tu.ย 

Takpe. Aku still ingat aku yang berhutang, cuma jangan ajak aku kembali mengenang persahabatan lama-lama just because kau rindu aku. Sebab aku tak anggap kau siapa-siapa lagi dah, cuma orang yang aku berhutang dan tanggungjawab aku untuk membayar hutang.

Benar lah kata orang, seribu kebaikan yang kita buat, satu je kesalahan kau, terus di canang-canang di ungkit-ungkit. Takpe, dah takde masa dah nak fikir. Sebab dah tak penting bagi aku. Yang aku tahu, aku nak langsaikan hutang je.

Ada juga para sahabat yang benar-benar faham, syukur. Tak pernah aku lupa diorang disetiap waktu berdoa sebab Allah masih hadirkan orang-orang yang ikhlas dengan aku. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kalian semua.

Long story short, aku diberhentikan kerja waktu PKP, and unemployed sampai sekarang. Barai mat, nak bayar sewa rumah lagi, kereta, komitmen rumah barang dapur dan sebagainya.

Start dari situ, aku dah mula susahkan adik beradik aku untuk tolong bayar sewa 100% termasuk barang lain. Teruk la adik aku kena bayar and beli barang dapur bulanan semua. Tipu la tak sedih sebab aku tak boleh nak tolong. Kalau dapat tolong pun yang sikit-sikit je.

Benda ni sedih sebenarnya tau, sebab aku rasa hopeless sangat tapi aku tahu usaha aku takat mana. Semoga Allah murahkan rezeki keluargaku sentiasa. Maafkan saya, sebab menjadi beban keluarga. Sikit waktu lagi ya.

Pernah terfikir nak ‘pull the plug’? Sudah semestinya. Kenapa? Sebab tak perlu dah nak hadap semua benda. Penat. Tapi tak boleh, sebab aku bukan Tuhan. Ajal maut ditangan Tuhan, bukan tangan manusia. Nak tak nak kena tahan selagi boleh.

Aku sekarang tengah cuba ubah lifestyle aku. Aku dah tak guna postpaid, aku guna prepaid. Aku dah tak loan handphone berjenama lagi dah, guna phone biasa je. Segala barang berjenama aku dah jual dah kat orang.

Sekarang hidup aku tenang, sebab aku tengah cuba menjadi orang yang jujur untuk diri sendiri dan dengan orang-orang yang ada dengan aku waktu aku takde apa-apa.ย 

Seronok ya hidup di fasa bila kau takde nak sembunyi apa-apa dengan kawan-kawan. Kalau dulu aku nak pergi lepak, mesti kena ada duit dulu. Kalau takde duit, aku cari jugak duit semata-mata nak lepak.

Sekarang, aku ada duit ngam-ngam untuk aku lepak dengan orang yang aku anggap sahabat je. Kadang-kadang takde duit, aku lepak je takpayah makan atau minum.

Aku buang jauh-jauh rasa rendah diri sebab aku bukan jenis yang negatif dan aku tak nak bertukar menjadi seorang yang mempunyai pemikiran negatif dengan diri sendiri.

Sangat berbeza ye, dulu kalau takde duit aku stress. Sekarang takde duit aku macam rilek je. Tenang sangat-sangat. Tenang sebab aku dah tak macam dulu lagi la kot.

Dulu setiap pagi bangun badan asyik rasa berat je. Sekarang ringan. Sangat-sangat lain tak pandai lah aku nak explain lebih hahaha maaf ye.

Pengajaran yang aku dapat dari kisah hidup aku sendiri ialah:

– Jangan pernah sesekali buat personal loan kalau kau sedar diri kau sejenis liat nak bayar hutang walaupun hutang member yang tak sampai RM5.

– Jangan terjebak dengan loan handphone, perabot dan sebagainya. Beli bila ada duit. Ternyata sabar itu sangat indah, aku je yang baru sedar.

– Pilih sahabat, bukan kawan.

– Sentiasa jujur dengan orang yang rapat dengan kita, makin-makin dengan orang yang kita sayang. Sedih weh hilang orang tersayang ni sebab ketidakjujuran kita sendiri. Benda ni aku takkan repeat selagi hayat dikandung badan.

– Dahuluilah kehendak sebelum kemahuan, susah tu memang susah tapi cuba.

Setakat ni je cerita aku. Terima kasih kerana membaca. Maaf kalau ayat berterabur. Semoga sesiapa yang tengah berada ditempat aku, dipermudahkan urusan anda.

Mohon doa dari anda semua supaya dipermudahkan urusan dunia dan akhirat saya, semoga berbalik kepada kalian. Aamiin.

– Zain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Syukur Alhamdulillah jumpa jalan. Moga dimudahkan dan dimurahkan rezeki. Jangan malu hidup bawah radar, penting hidup bersih n tenang๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *