Confession Wanita Besi Berisi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Terima kasih kepada admin kalau terbitkan confession akak. Akak sebenarnya bukanlah nak confess sangat, tapi akak jadi risau bila akak tengok makin ramai adik-adik dekat luar sana yang asyik tertekan sebab nak jadi lawa dan kurus. Allahu dik, bila akak baca akak pun jadi tertekan sama, kesian sangat.

Untuk pengetahuan anda semua, akak sebenarnya salah sorang, yaaa, ehem-ehem, wanita berisi. Akak bukan taknak kata wanita gemuk, tapi kita guna terma positif sikit, takpe kan hihi *muah-muah*

Akak bukan nak bangga jadi wanita berisi ni, tapi lemak-lemak akak sayang sangat dekak akak ha. Penat dah akak buat macam-macam cara, dari diet, jogging, hiking, tapi tak turun-turun jugak berat akak. Susah betul nak usir lemak-lemak. Lagi akak stress lepas akak stop hiking je, terus naik mendadak berat akak. Allah dik, tertekan akak!

Tapi dik, akak nak cerita, kalau kau dah usaha, tapi badan tak mboh jugak kurus, pastu kau tertekan, macam mana cara untuk improve self-esteem kau. Sebelum akak start, akak nak bagi disclaimer siap-siap tau, akak tak endorse jadi gemuk atau body positivity. In fact, kalau boleh tolonglah kurus. Tapi confession ni khas untuk mek-mek comey luar sana yang tak boleh jugak kurus, tapi kurang keyakinan diri hagittewww

Firstly, jadi gemuk ni memang buat kau rasa rendah diri. Tapi dik, memang kau tak boleh ubah berat badan mendadak, tapi ada benda lain yang kau boleh kawal. Contohnya, tang penampilan diri. Akak make sure pakaian akak sentiasa bersih dan kemas, sentiasa jaga kebersihan diri. Sebab paham-paham lah kan, kita yang saiz XXL badan mudah sangat berbau, lagi-lagi kalau kau pakai baju tu lebih sekali.

Akak memang jenis pantang pakai baju ulang-ulang. Kadang sweater yang akak pakai sekejap sebab nak tutup aurat gitu waktu posmen hantar barang pun akak akan basuh. Dulu akak tak macam tu tau, lepas tu orang komplen body odour akak. Malu diiiikk! Sejak dari tu, akak berazam. Walaupun g—k, akak akan sentiasa jaga kebersihan diri. Pakai deodorant, mandi dengan sabun antibakteria. Haa benda-benda cenggini kita boleh usahakan tau.

Keduanya, kau boleh kawal emosi. Dulu kan, kawan-kawan akak yang ejek akak selalu buat akak terasa sebab panggil akak anak gajah la, ikan paus la. Lepas tu kan, bila ada makanan tak habis je, deorang jeling-jeling akak, assume akak akan habiskan. Panas hati akak! Apa, kau ingat aku lori majlis daerah? Tapi kan lama-lama akak buat bodoh je.

Sebab ada satu peristiwa ni. Dulu kawan akak ni lawa orangnya, muka chinese look gitew. Dulu dia montel, tapi dia diet kaw-kaw sampai jadi kurus, badan pun slim melim. Tapi biadabnya dia selalu keji akak gemuk. Satu hari tu, akak tak tahan, sebab dia kutuk akak. Terus akak laharkan dia “Apa, kau ingat kau kurus sangat? Dagu kau pun berlapik dua!” Akak takdelah serius, sebab dia memang kurus pun, tapi yelah, dagu dia adalah berlapik sikit.

Awasss terus dia carut akak satu perkataan “B**I!” lepas tu dia keluar bilik. Seminggu jugak tak bercakap. Lepas tu baru akak sedar, orang-orang yang lahar kita gemuk ni sebenarnya sebab dia insecure dengan diri sendiri. Sebab tu kerja dia nak point out kegemukan kita je, nak tutup kekurangan sendiri. Akak sejak tu akan mula perasan kekurangan orang-orang yang suka carut akak.

Akak dok perhati je, tunggu masa je nak letus. Ada yang gigi jarang, muka berkawah laksana bulan, hidung kemek, kurus keding macam tiang. Tapi astaghfirullah, akak tak pernah lah kutuk fizikal deorang sepertimana deorang mengutuk akak.

Cuma akak take note je untuk buat akak rasa ya, kau pun tak perfect, tapi i’m a bigger person gituuu sebab aku tak gunakan kekurangan kau untuk menyerang kau, tapi kau sebaliknya. Nanti lama-lama akan hilanglah perasaan sedih, rendah diri tu. Nobody’s perfect, dik. Jadi janganlah kau rasa macam gemuk ni satu sumpahan. Semua orang pun ada benda yang dia benci pada diri sendiri.

Sebab tulah yang fefeling lawa tu suka selfie tayang muka dekat socmed. Sebab dia perlu orang puji untuk rasa tak insecure. Itu rugi tau, mat salleh kata skin deep beauty. Kecantikan sekadar luaran je, tapi dalaman kosong. Kita yang bambam ni haruslah cari kebahagiaan dari dalam dulu, sebab luaran dah hauk kikiki gurau-gurau na.

Ketiga, sedar kelebihan diri berbanding orang lain. Akak bukan apa, tapi semua orang assume orang gemuk ni kelakar tau. Kekadang akak tak buat apa, dok atas sofa tengok TV pun orang pandang akak gelak-gelak. Tapi akak dah kering dah, buat bodoh je. Satu benda jadi orang gemuk ni, orang rasa kita ni mudah didekati dan boleh dipercayai.

Kawan-kawan akak, bila ada masalah semua cari akak, cerita dekat akak dulu. Adik-adik yang kurus, cuba fikir sejenak. Ada tak dalam kalangan kawan-kawan, sorang kawan berisi yang adik percaya? Mesti ada kan hehe. Tapi janganlah kau khianati kepercayaan orang tu dikkk Kalau orang cerita, dengar dan simpan. Kalau boleh lupa, lupakan. Kalau dia nak peluk sebab dia anggap kau kusyen, kasiklah pinjam badan tu sampai deorang habis air mata.

Ingat kawan akak yang akak cerita yang chinese look tu? Akak orang pertama dia cari bila dia dah terlanjur. Nauzubillah. Bukan akak nak bukak aib, tapi baru akak sedar, yang lawa-lawa ni ramainya mata-mata jahat bernafsu yang memandang. Akak bersyukur sebab akak rasa kalau akak kurus dan cantik, kalau ada orang ajak buat benda bukan-bukan, akak tak pandai nak menolak hagituh

Lagi satu, makcik pakcik onion sangatlah menyakitkan hati sebab asyik ejek akak je. Tapi tulah, sebab orang saiz XXL ni jenis mudah mesra, akak senang berkawan dengan makcik-makcik time kenduri. Mula-mula deorang ejek tu sebenarnya nak icebreaking je. Lepas puas ejek tu, dah siap pecah air batu semua, nescaya mesralah akak dengan deorang.

Kawan-kawan akak, kalau bawak akak balik rumah, mesti tetiba akak jadi kamceng dengan mak-mak deorang, siap tanya bila lagi akak nak datang. Pastu kitorg pulak geng kutuk kawan akak. Itulah istimewanya jadi bambam ni haa. Ramai kawan, disukai ramai. Lemak berkrim sudah pasti hihihi.

Keempat, improve peribadi kau. Dik, kalau kau gemuk takpe lagi, tapi jangan kombo gemuk pemalas. Yihhh jangan, simpang angels forty four. Kalau akak tidur rumah kawan-kawan akak, lepas subuh akak terus tolong mak deorang dekat dapur meski kawan-kawan akak sleeping beauties semua berlingkar lagi atas tilam.

Lepas habis makan, tolonglah basuh pinggan, lagi-lagi sebab kita lantak paling banyak kahkah! Biarlah kawan-kawan cantik kau nampak macam membuli kau, tapi ikhlaskan hati kerana Allah. Nanti makcik-makcik pun sayang kau haa. Lepas dah sayang nanti dia ingat-ingat dekat kau, kekadang kirim makanan dekat anak dia suruh pass dekat kau.

Jaga percakapan, jangan menyakitkan hati orang. Benda ni boleh buat tau. Biarlah badan kita berisi, tapi make sure budi pekerti kita juga sebesar saiz badan kita. Tapi jangan pulak over confident. Ni pun turn off juga, jenis over confident tak bertempat. Daripada mesra, dia jadi annoying pulak. Ni pun awass juga ya. Kita kena confident tapi merendah diri gitu, barulah mak-mak nak buat kita jadi menantu. Rawrr

Tapi paling penting, akak nak tekankan semula, ialah kontrol emosi kita dik. Jangan nak bersedih sangat, down sangat, marahkan Tuhan “kenapa ciptakan aku seperti ini?” no no, jangan dik. Macam akak cakap, walaupun cliche, kita semua diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita fokus pada kelebihan kita, asah lagi kelebihan kita.

Cantik-cantik pun, dah tua nanti kertu jugak, tak siapa pandang. Tapi budi yang baik, hati terkenang mulut menyebut, hutang budi dibawa mati gitu. Jadi sebagai self-appointed Pengerusi Kelab Wanita Tembam, mari wanita-wanita comey bersatu dan improve diri sendiri. Ayuhhh!

Kesian. Eh sekian. Assalamualaikum dan love y’all!

– Kak Mona

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *