The first thought that crossed my mind when I wake up is ‘ I want to die’. Nak mati. Tu je aku rasa bila everyday bangun and pergi kelas jumpa kawan lepak and balik rumah. I’m a very lonely person who likes to be alone most of the time. Ramai tak faham aku, ramai rasa awkward dengan aku. Mungkin sebab aku memang awkward, so keawkwardan menjadi jadi and aku tak boleh nak elak. Jadi makin kurang masa aku lepak dengan kawan. Tapi sebab aku ni nak jugak merasa makanan sedap dan bermain bowling misalnya dengan kawan kawan secara normal, aku gagahkan diri jugak untuk keluar.
Aku tak pernah didiagnosedkan under any illness. Mainly sebab aku tak oernah bercakap tentang apa apa masalah aku, semuanya dalam kepala dan terkunci di mulut. Aku tak pernah nak ke hospital atau ke bilik counsellor untuk cerita. Aku pendam. Aku tak tahu aku nak kena buat apa. Aku buntu. Ada ketika aku penat and nak je luahkan, aku tak dapat nak luahkan semuanya. Ianya selalu diceritakan separuh jalan , selalunya akan diignorekan oleh teman yang mendengari. Aku jenis yang sangat awkward dan pelik, percakapan ku tak smooth macam orang normal. Mind work aku pelik, words don’t form easily and usually it comes out all jumbled up. Sebab tu orang tak suka cakap dengan aku, tak suka mendengarku. Smeua benda yang nak luahkan, aku telan balik. Sebab anxiety. Aku tak penting. Mana orang nak dengar.
Aku selalu rasa suka duduk sorang sorang, because when I’m alone, no one can hurt me and I can’t hurt people. Bila duduk sorang sorang, aku rasa aku normal. Tapi aku tak normal kalau dengan orang. Sesiapalah, tak kira kawan rapat kawan jauh mahupun family. Family sendiri tak tahu aku ni siapa. Tak tahu tentang diriku yang begini, disebabkan aku dah duduk jauh untuk belajar dari habis SPM lagi. Bila balik rumah time cuti, mereka tak sedar tentang keanehan aku. Mereka rasa aku sama sahaja. Nothing’s wrong.
Aku tengah belajar Medicine, Tahun 5 di India. Budak medik mesti tahu apa symptom symptom mental illness kan. Insomnia, suicidal thoughts, loss of interest in doing things you love, withdrawal from groups. Aku ada semua symptom tu. Tapi takda satu pun kawan medic aku tahu atau perasan. Tak pernah ditanya sesiapa. Kadang kadang aku fikir, betul lah sebab aku yang jauhkan diri mana mungkin mereka nak datang tanya khabar aku macam mana kan. Aku yang salah. Aku yang buat diri aku macam ni.
Aku bercita cita nak jadi Psychiatrist dulu bila aku Form 2. Sebab time ni aku start perasan yang aku ada banyak masalah dan perkara perkara abnormal tentang diri aku compared to kawan aku yang lain. Aku nak jadi orang yang boleh tolong budak budak sama macam aku yang takda kawan family rapat yang boleh mendengar tanpa judgement. I want to be a very good listener to anybody who needs someone to talk to. Aku nak jadi seorang doktor, kawan dan ahli keluarga untuk sesiapa yang macam aku.
Tapi tu lah. Plan jangka masa panjang aku memang takda. Plan jangka masa pendek aku is to finish and graduate medical school and to have an early death. Hari hari aku doa nak mati awal, taknak susahkan parents, taknak risaukan diorang. Diorang tak salah apa apa. Aku je yang salah. Diorang nak tengok aku graduate and jadi doktor. Aku taknak hampakan. One less burden to everybody if I’m gone. Tak perlu rasa simpati, tak perlu rasa kesian.
– X
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit