Salam.
Aku nak bg tips untuk perempuan yang nak kerja site sebab lately ni sister2 yang ambil engineering ni mostly taknak kerja site. Ramai pilih consultant. Maybe tak didedahkan atau taknak panas ke apa aku taktahu.
Kerja site tak lah se-seram yang di bayangkan.
Ada yang taknak kerja site sebab takut kena kacau dengan bangla/indon/general workers. Meh nk bagi tips. Memang kerja site penuh lelaki. Nk jumpa perempuan agak jarang. Tapi pandai2 lah jga diri.
First kau jangan nak hipster sangat pakaian kau ke site. Jangan duk pakai ketat2. Mata lelaki kita taktahu dorg pandang dan bayang apa. Yang mana masih belajar tu kau jangan buang baju2 persatuan, baju masa minggu orentasi, baju kolej kediaman atau apa2 baju free. Baju tu semua berguna masa kau kerja site. Sebab apa? Site bukan lah tempat bersih. Ada habuk, kotor dan nyamuk banyak. So baju2 tu kau boleh pakai sebab tak pernah lagi aku nmpk baju2 kolej kediaman, baju universiti ke baju persatuan ni ketat2. Mostly besar melainkan kau yang gatal pergi alter.
2nd, jaga perangai. Jangan duk bertepuk tampar atau menggedik ngn staff lelaki kau. Ye memang kena friendly tapi limit la. Sebab kalau yang jenis terlebih friendly ni yang selalu kena kacau. Yang pekerja tgk eh budak ni boleh bawak bergurau lalu dikacau nye kau. Seram kan? Jaga perangai.
3rd. Nak pergi mana2 pastikan berteman. Boleh bincang dengan superior masing2 bgtau nak asistant lelaki sorg utk assist kau. Kalau kau engineer, normally bawah kau akan ada sorg supervisor. So mana2 kau pergi pastikan dengan dia atau staff. Kat site akan ada safety supervisor, incase kalau kena kacau ke atau apa2 kau boleh report kat dia.
4th. Kerja site takyah diet2. Kenapa takpayah diet? Sebab kau akan guna sangat banyak tenaga. So klau kau diet tak makan, ada yang senang pengsan. Minum air banyak2. Kalau pengsan kat dlm site cabin/ offce takpa. Kalau pengsan kat dalam site ntah celah mana2 siapa nk cari kau? Ingat sayang diri tu lebih dari sayang badan cantik.
5th. Sadokan hati ye sister sekalian. Kadang bos ni tak fikir kau ni laki ke perempuan, kalau nk maki situ jugak la dia maki. Yang mana hati mudah terusik tu kentalkan mental. Bonus yang mana tahan lasak dan sekali pakej lasak mental. Sebab dekat site macam macam ada. Macam istana takeshi tu. laluan kau dlm site macam2 ada. Kalau kau tak alert memang akan langgar banyak benda.
6th. Jgn senang putus asa. Kadang kadang kita ambil masa nak biasa kan dengan environment baru. Jangan baru kerja sebulan dah nak give up. Rilek dulu sis. Kau bagi masa kat diri kau dlm 3 bulan. Bila kau boleh adapt, kau akan rasa ok dan seronok. Bila nak give up,motivate diri kau. Bgtau diri sendiri pengalaman kat site ni susah nak dapat. Pengalaman ni nnt sangat berharga utk kau.
Ok tu je tips aku. Aku harap lepas ni sister2 sekalian jangan reject kalau ada company construction offer kerja. Kesian kat kami2 wanita yang rakan sekerja semua lelaki. Hehe kudos to all female engineer.
– Cik engineer
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit