Aku terpanggil untuk share my side of the story lepas baca confession realiti contact centre (https://iiumc.com/realiti-pekerja-call-centre/), haritu. Aku harap admin post cerita ni dan terima kasih banyak2 kalau admin share.
Contact centre memang satu tempat that could make or break a person. Sebab tu dalam ruang komentar confession lalu, kau nampak dua jenis manusia. Yang sanggup (lepastu memperkecilkan orang lain ) dan orang yang tak sanggup.
How does it make a person? Tempat ni tempat paling ideal untuk kau bina ketabahan/personaliti diri. Lebih2 lagi kalau nak masuk corporate line. Mmg skill argue/manipulate/berkias sangat2 berguna bila kau masuk kerja korporat.
How does it break a person? Bila kau hari2 mengadap benda negatif. Caci maki, tuduh menuduh, complain, dsb. Maksudnya kau jadi punching bag orang. Lama2 memang diri sendiri pun jadi negatif. Sebabtu ada yang komen dia sendiri ada pengalaman kerja contact centre, lepastu dia sendiri maki org contact centre. Itu salah satu saluran meluahkan perasaan yg salah la tu. P/s: it’s nothing to be proud of btw
Kalau kau nak bekerja dalam tempoh masa yang lama di satu company, contact centre tempat yg paling sesuai. It fills you up with all the possible knowledge about the company’s policy, product and so on.
Tapi sayang, orang punya perception to contact centre is very2 wrong. Jadi mereka elak utk kerja di contact centre. Contoh yg aku alami skrg, staf kat tempat baru asyik kata contact centre suka hold line sampai call terputus.
Realitinya, kalau kami hold lama2 akan kena ‘penalti’. Atau nanti PIC akan tegur hold lama2, dia suruh pickup semula call tu samada kau dah ada maklumat atau belum. Lantak pi sama hang nak habaq pa kat customer, angkat call tu balik. Customer tunggu lamo.
Yang paling aku tak suka dgr, kerja contact centre senang kenapa kau berhenti? Untuk soalan mcm ni, aku suruh dia try kerja situ dulu. Aku tak minta lama. Sebulan pun cukup dah. Confirm kau nak berhenti. Tak kisahlah gaji dia rm3000+elaun+komisyen (kalau ada) utk freshie (gaji bersih rm3500+/-, masyuklah tu sbb baru grad kan, kwsp pun masyuk). Tak berbaloi. Takde istilah makan gaji buta kat sini.
Pernah ada orang cakap dgn aku, customer memanglah macam2 perangai. Sabar jelah. Hari2 ulang nanti immune lah. Yang penting kau tak mengadap dia. Its not that simple. Teori aku, customer ni sbb orang tak kenal/tahu siapa dia. They’ve got nothing to lose bila on call dgn kita. Dia punya hamburan lebih luar biasa.
Contohnya kalau dalam office, dia akan keluar ke tangga or balkoni. Haa pastu keluarlah belang dia sbb org tak nampak. Pekerja frontliner branch/kaunter, feel free to refute my statement. Positive upbringing is appreciated and will be acknowledged.
But then again, if contact centre makes you become a better, stronger person mungkin mmg berbaloi utk kau. Andainya confession ini disiarkan, kalau ada persoalan mcm ni, atau berbaur downgrading kerja orang, aku cabar pemberi komen tersebut utk kerja di contact centre. Sekejap je. Aku tahu korg skrg makan gaji buta je kan. Kah!
Moral of my story, hormati kerja org, hormati pandangan org, hormati keputusan org. Tak kisahlah bagi kau senang, hence ‘Aku boleh buat apahal kau tak boleh buat’. Just don’t. It doesn’t matter who strives and who doesn’t. What matters is how you can project your own value without downgrading others.
So that’s my rant, I hope I gave better enlightenment on our position. Be nice in the comment. Just bcs you have an awful day, doesn’t give you the b pass.
Be kind always. You don’t know what card other people have.
– Aishish
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit