Contengan Jalanan

Salam, gua Fathie..Selamat hari raya diucapkan pada readers tegar iium confession.

Gua 27tahun, baru je habis kontrak, masih struggle dalam mencari keje dan terumbang ambing dalam mencari sesuatu dalam idup ni.Gua sebenaunya bukan nak confess but more on nak kongsikan contengan jalanan hidup gua. Gua tak reti sangat menulis ni, gua tak kreatip mahupun kritis dan gua tak reti nak start cemana, sambng jalan cerita ni utk menampakan kesinambungannya. For me it more on contengan sebab tu tajuk dalam konfesyen gua, gua tulis contengan, sebab ianya berterabur.

Gua terskrol member member time sek ren, men and seuni dulu. Bila nengok mereka mereka semua ni, maka terdetiklah perasaan cemburu sikit ngan kejayaan mereka. So that is why gua kalau boleh nak elakan dari menge add atau meng approve mereka ini di socmed. Bukan gua tak mau add, follow or connect ngan member2 ni tapi bila mengenangkan yg gua jauh ketinggalan dari semua aspek, gua malu, gua rendah diri. Bukan gua tak cerdik time skolah/study di uni dulu. Gua skolah ren, men dok klas yang ok, belajar ict and sastera. Ditakdirkan gua dapat tawaran U tapi kena blaja sains, geomatik sains to be exact. Kena plak gua tak penah amik fizik, addmath bagai, dia jadik culture shock kejap. So gua gila gila struggle time part1 blaja subjek yg killer bg gua, dan seperti dijangka, gua repeat dua paper. Start pada tu mmber sekelas mula menjarakkan diri dari kami para repeaters. Sebab perangai lahabau yg telah gua expect, gua tetap teruskan pengajian. Berbekalkan pointer 1.96, semester ke2 gua diberi pangkat P1 dan hanya diberi 12 kredit hour sahaja utk teruskan pengajian, so gua amik 4 sbjek utk membolehkan gua pass dan naik utk sem seterusnya. Gua teruskan jgk rutin harian gua, study struggle gila2 tak nak repeat paper, keje part time lagi sebab pt kena potong dua kali, tak de org nk amik gua masuk grup depa sbb gua repeater, cycle ni berterusan smpai lah sem 6, gua jadik lone ranger, 3 tahun ni mengajar gua sapa kawan sapa lahabau. Repeater mcm gua ni sah soheh kena extend sbb paper byk lagi. Paper utk sbjek ukur gua pass wlaupun ats pagar. Ko bayangkan setiap sem,tiga paper 4 kredit hour, mana tak layu pointer bila ko dpt c+, tp bersyur sbb pass paper. Then bam! bnda yg gua takutkan telah jadik, gua dismiss part6! Ko rasa? Gua tak leh pikir,memang serabut kepala otak,
mak bapak gua xtahu lagi, macam mana gua nak eksplen kat deorng ni, takut nak bagitahu sbb gua dah kecewakan deorng, hati tak sedap, gua beli tiket malam tu jugak gua bertolak ke uni, sampai pagi terus mengadap ketua program. Diberi ceramah sedas dua dan beliau nk tolong. Gua bersyukur yang amat pasal ketua program nk tlg walaupun mulut hauk, tapi dia sygkan student dia, tolong gua sehabis habisan. Naik turun hea hep, buat rayuan mintak zakat ngan yuran penangguh, isi borang bantuan, hadap kaunselor, siapkan surat tunjuk sebab kenapa pihak uni kena bagi peluang, bayar duit denda, yuran tak payah cakaplah 800+ sebab status gua pelajar sepenuh masa terlebih tempoh. Kawan senasib gua ramai jgk yg dismiss sebab math 3 kali amik tp still fail. Yg berbeza dgn gua, gua pass math tp pointer bawah 2.00

Well crita dismiss ni tak abis lagi, gua teruskan part 7 sbb nak habiskan paper yg tnggal lagi 5 and same thing happened, gua dismiss utk kali ke2, sbbnya pointer gua bwh dua lagi. Ko bayangkan 3 paper yg gua amik semuanya 4 kredit hour, dan gua manage dpt c+ sahaja. Basically gua pass paper tapi gagal, failed! Termenung, terkedu menangis sekali lagi depan lecturer. Beliau tolong gua sekali lagi, dan gua teruskan dua lagi paper, sampailah gua grad.

Pengalaman gua study time diploma sangat menyakitkan, member sekelas dlu dah sambng degree di uni yang sama sedangkan gua still lagi struggle nak dapatkan diploma. Mereka menganjing tak payah cakaplah, lah fathie tak habis lagi ke,ko dah part berapa ni? Kalau ko jadik gua, ko rasa? mcam lahnat perangai bajet sok sok suci sebab dah smbng degree sedangkan gua, diploma pun tak abis lagi. Hasil usaha gua, doa mak bapak nak tengok anak deorng berjaya walaupun amik masa 4tahun nak habiskan degree sbb extend dua sem, semua tu mematangkan hidup gua. Sapa nk kawan ngan budak tak pandai, melainkan roomate gua yg memahami dan sanggup ajar gua dari nothing to everything. Gua bersyukur Allah uji, sbb kalau dia tak uji, gua tetap terus lalai dengan duniawi.

So at end, gua praktikal, gua dapat A+, pointer naik mencanak dan bagi gua,pointer last tulah paling tinggi yang gua penah dapat walaupun mata pandangan orang lain pointer tu biasa. Well not for me cause cgpa 2.70 that i earn was full of tear, sweat and blood, dan jugak membolehkan gua sambng degree.

Degree life is another chapter, gua speed dari part1, sbb tak nak jadi mcm time dip dulu, gua manage dpt 2.8 tapi kecundang masa part2, my cgpa at that time was 2.27, fail dua paper yg killer tapi gua catch balik time part 3, part 4&5, I was at the peak, pointer gua hampir mencecah 3.0, and part 6 sikit terkilan cause spoilt dekat result praktikal. I managed to get my degree, yang nyawa nyawa ikan eventhough tak seteruk time diploma dulu but still ada challenge nya yg tersendiri. For me, dr blaja sains ukur ke sains sosial sbb gua tukar kos, there is a huge gap. Orang yg skillnya hebat menghafal, A lah jawab dia, as for gua pulak, gua bukan otak menghafal, bukan otak buku, gua kena faham and jawab soalan menggunakan kepahaman. That is the problem, jawab soalan tak kena ngan jawapan lecturer. Lecturer nak jugak jawapan sejibik sejibik dalam buku, kalau tak kosong! So what am i suppose to do?

So gua abis blaja bulan 7 tahun lpas, dok rumah kejap sebelum keje as a cashier, after that gua dapat tawaran kerja bank for 6months. Gua dah lega seketika,ingtkan mak bapak dah dapat makan jasa, tapi disebabkan bos gua bencikan gua sejak hari pertama masuk kerja and dia sangat suka malukan gua time meeting tetiap pagi, beserta bagi gua harapan palsu so kontrak gua tamat beberapa hari sebelum raya. So gua officially menanam anggur,tapi hati puas sbb dapat duduk dan menatap wajah mak bapak yg sebelum ni gua tak sempat nak tatap, tak sempat nak belai.

So bila gua tertengok gmbar2 deorg kat socmed, terdetik di hati gua, bila lagi nak jadi mcm mereka, keje stabil,lakibini ado, tapi gua?masih lagi tercari cari. So, mak peringatkan gua,rezeki masing2 allah dah aturkan cantik2, mana tahu allah nak bagi yg lagi elok dr sebelum ni? Tak payah nak susah hati nengok orang senang. Adalah bahagian kita nnti, yang penting sabar. Ingt ustaz syamsul debat pesan setiap kali beliau berceramah, syukur! sentiasalah bersyukur, syukur pada Allah, Allah tambah rezeki, tak bersyukur, azabnya amatlah pedih. Allahu mak, sentap!

Just doakan gua agar dipermudahkan rezeki lepas ni. Insha allah, amin

Fathie

– Fathie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit