Untuk part I, (https://iiumc.com/once-a-victim-forever-a-victim/).
Aku tukar lah tulis Melayu. Tulis English banyak betul kesalahan grammar dan ejaan. Sebab aku malas cek semula. Type dalam emosi.
Tulisan aku tak banyak komen, tapi, boleh lah orang bagi respon. Aku tak kisah yang tu.
Yang aku kisah, selepas tu bertambah2 lagi kisah paedo yang orang lain alami. Lepas tu naik pulak video mak buat POV suami isteri.
Terus terang aku geli. Aku tak boleh bayangkan apa dalam kepala anak yang dah besar boleh faham apa itu hubungan se**ual.
Yang kemungkinan besar dah akil baligh, boleh terasa perasaan tu bila nak dia buat macam tu.
Jawapan mak dia pun, sekadar lakonan. Aku kesian kat anak dia. Takut tergrooming tanpa sedar.
Jadi macam aku, addicted, susah nak kawal. Sampai aku doa biar aku hilang na**u. Biarlah mati terus perasaan pun takpe. Biar aku hidup sorang2 sampai bila2.
Sampai satu tahap, aku pernah terasa ada perasaan kat perempuan, sebelum lelaki terakhir tu muncul dalam hidup aku. Sebab aku rasa disayangi.
Ingat senang ke hidup jadi mangsa grooming, mangsa penderaan s**su*l dari kecil?
Setengah gila. Bertahun2 ambik ubat. Bertahun2 tak baik2. Ada je benda sikit, trigger. Anxiety dalam semua perkara dalam hidup.
Belum lagi kepala otak ni berperang. Teringin nak hidup macam orang lain, ada suami anak2.
Tapi, dalam masa sama rasa tak layak nak dapat lelaki baik. Tak baik rosakkan hidup orang lain. Sepatutnya dah sedar, lelaki semua tak boleh percaya. Baik hidup sendiri sampai mati.
Berperang dalam jiwa, sampai rasa sesak nafas.
Sudah2 lah tu. Jangan jadi enablers. Ramai betul penyokong. Korang tak diuji anak2 yang digrooming, korang takkan faham. Betapa sakitnya jiwa tanggung semua ni.
Aku sekarang ni harap jiwa aku mati terus. Aku harap aku boleh berhenti harap orang sayang aku. Aku harap aku tak ada na**u. Biar mati terus.
Aku rela hidup tanpa perasaan kalau itu mampu buat hidup aku normal balik. Aku benci diri aku sebab masih harapkan bahagia macam wanita lain, ada suami, mampu ada anak sendiri.
Aku taip ni, tekak aku rasa tersekat. Rasa tak boleh bernafas. Aku tahan air mata. Cukuplah. Jangan tambah lagi mangsa macam aku.
Aku dah gerenti masuk neraka. Jadilah aku salah seorang perempuan yang bakal masuk neraka yang ramai perempuan tu. Lelaki kan semua suci, perempuan macam aku ni kotor, layak ke neraka je..
Aku rasa nak gila.
– Nemo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
assalammualaikum cik,
Tahukah kamu Allah sangat syg kan kamu. Carilah kebahagiaan dgn Allah. Kenapa kita kena bergantung pada makhluk kalau kita nak bahagia sedangkan cukup kalau kita cari allah. saya telah melalui pelbagai ujian hidup dan alhamdulillah bila saya cari allah dan makin dekat padanya, kehidupan itu lebih manis. saya sertakan ayat quran (Janji Allah yg pasti) untuk kita sama2 renungkan hidup ni.
Surah Az-Zumar, Ayat 53
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'”
Surah Al-Baqarah, Ayat 218
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Surah An-Nisa’, Ayat 110
“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Surah An-Nahl, Ayat 119
“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kesalahan karena kejahilan, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki dirinya, maka sesungguhnya Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Surah Al-Mu’minun, Ayat 118
“Dan katakanlah, ‘Ya Tuhanku, berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkaulah pemberi rahmat yang terbaik.'”
Ayat-ayat ini mengingatkan kita betapa luasnya pengampunan dan kasih sayang Allah, dan Dia selalu membuka pintu taubat bagi hamba-hamba-Nya. PERCAYA LAH INSYAALLAH KAMU BOLEH JADI AHLI SYURGA. ALLAH MELIHAT SESEORANG ITU DI PENGAKHIRAN HIDUP NYA BUKAN PERMULAAN NYA.
tak tau nak kata apa cuma jgan sesekali give up to be a better person.. jangan sia siakan hidup anda just live your life :D
Jgn pernah ‘putus asa dgn rahmat Allah’, selagi awk masih ‘bernyawa’, Allah hanya x terima taubat hamba2-Nya, bila nyawa dah sampsi ke rengkung (gharghorah), atau bila matahari terbit dari barat.. setiap mlm, sebelom tido (atau pd bla2 mse pon), istighfar lah berapa kali yg awak nk n mampu.. setiap istighfar disertsi dgn ‘penyesalan’, mintak smpon, dan berazam x akn buat dosa lgi.. hanya Allah yg dpt tahu, mendengar dan menerima taubat awk.., tentang org lain tu juga, terpulang kpd mrk sendiri nk taubat atau tidak, dan terpulang kpd Allah utk menerima taubat dari sesiapa yg Dia kehendaki.. ramai kisah org alim dlu2 yg asalnya dari org yg pernah berdosa atau melakukan dosa besar, akhirnya taubat & balik ke pangkal jln.. semoga awk istiqamah dlm ibadat & taubat, serta berdoa selalu, agar taubat awk diterima Allah ..wallahu a’lam