Convocation Day

Assalamualaikum readers semua, ni first coretan aku di sini. Thanks admin kalau cerita ni approved.

Aku Mia awal 20an. Anak ke 3 dari 5 beradik, seorang anak kampung yang berdikari sendiri jauh merantau dari keluarga selepas tamat belajar, dari usia 13 tahun dah jadi anak perantau demi segulung diploma untuk banggakan mak ayah dan keluarga…

Sedikit latar belakang keluarga besar aku semuanya belajar paling tinggi setakat spm sahaja tu pun boleh kira je berapa org yang sempat habiskan spm.

Aku satu2nya cucu daripada 4 5 orang big family aku yang sambung belajar ke peringkat diploma. Family aku ada bisnes sendiri which is berniaga. Jadi anak cucu habis je spm terus kerja dengan mak ayah atau makcik pakcik kiteorang.

Lepas je habis intern last year seminggu duk rumah aku terus dapat kerja dalam bidang profesional di mnc company kl, merantau lagi lah aku sorang2 hidup kat tengah bandar ni berbekalkan sebijik kereta.

Awal tahun 2024 mase tu baru 4 bulan kerja aku dah dapat tarikh konvo semangat lah aku ni booking homestay, book mua, beli baju semua.

Nak jugak cipta kenangan macam orang2 kat tiktok tu kan, mak ayah nangis bangga anak dapat konvo, dapat sarung jubah tu kat mak ayah ada family photo semua tu, hahaha.

Tapi angan2 aku mungkin terlalu tinggi kot hahaha.. sampai hari konvo tu aku macam dah betul2 terasa hati dengan semua orang, gambar proper takde satu pun lagi.. Family photo memang takdenya.

Yang ikut aku ke dewan tu pun mak dengan adik je… Kakak, abg ayah adik aku semua tak nak ikut diorang cakap malas nak bersesak dengan orang ramai, huhu.

Aku dah booking tau family photo luar dewan konvo tu dah siap bayar last2 burn macam tu je. Aku pujuk hati cakap takpe lah mak ayah & family aku tak faham kot maksud konvo ni kena happy kena raikan anak2 yang berjaya..

Sebab dalam family besar aku takde sorang pun sambung belajar… Aku makeup cantik2, pakai baju cantik, takde sekeping pun gambar proper, yang ada pun gambar photographer tu ambik masa pegang scroll.. hmm nasib laa gambar tu cantik…

Ntah laaa that day aku macam okay enough, sumpah rasa dah tak nak sambung degree kalau macam ni laa family aku buat masa hari konvo..

Kalau tahu diorang tak react apa2 pun aku tak hadap laa nak pegi & habiskan duit gaji aku untuk hari konvo ni.. sumpah menyesal.. wei korang faham tak aku punya beria macam mana?? Ya Allah, sedih gila kalau ingat balik..

Hari diorang balik kg tu aku luah kat member cakap kecewa la semua ni, member aku suruh terima yang family aku mentality kampung diorang tak berkembang..

Sepupu2 aku semua takde pun yang sambung belajar, jadi family aku tak tahu pun konvo tu apa.. dia cakap sabar je nak buat mcm mana bende dah jadi.

Korang bayangkan, masa aku dalam dewan tu dapat chat dari group family kakak aku hantar gambar diorang pergi jalan2 pusing kl weh, instead of datang & tunggu aku kat dewan konvo hahahaha.. sedihnya jadi Mia ni, kelakar pun ada adoi..

Takpe aku nekad kalau aku sambung degree nanti aku takn ak dah pergi convo.. Cukup sekali jela aku rasa sakit tak diraikan tu macam mana… ‘Tahniah untuk korang yang ada gambar konvo dengan family…

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Betul la apa member awak kata tu, diorang tak faham. Memang ada tau orang macam ni. Mesti diorang bangga cuma awak je tak nampk. Awak terlalu pandang yang negative. Ada orang fam taknak datang langsung. Konvo sorang2 lagi sedih. Takpe pasni sambung degree pastu bagitahu diorang siap2 ye awak nak bergambar apa semua bagitahu terang2 biar diorang faham. Pergi tau konvo nanti menyesal. Jangan sedih2 belajar betul nanti sambung sampai PHD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *