Coretan Bisnes

Assalamualaikum

Confession ni cuma sekadar coretan hidup aku sebagai orang bisnes. Kisah ni bermula setahun setengah yg lalu.

Kisahnya begini

Aku ni lepasan diploma dalam bidang yg sangat kompetitif. Jadi lepas complete je semua coursework(belum grad lagi) aku berjaya dapat kerja dengan company yg agak besar. Bermulalah rutin harian yg sangat tough. Sebenarnya waktu kerja official adalah dari pukul 8.30 sampai 5.30. Tapi workload sangat banyak aku terpaksa masuk kerja pukul 7 pagi dan dan balik biasanya lepas pukul 8 malam atau lebih lewat. Kerja Isnin sampai Sabtu. Masa tu gaji basic aku 1.2k je. Hidup aku purely kerja sahaja sebab nak buat aktiviti lain pun tak larat dah. Hari ahad adalah hari aku ganti tidur yg tak cukup sepanjang minggu.. hehe

So lepas sebulan lebih aku mula fikir sampai bila nak kerja macam ni. Gaji dah lah haprak. Kerja teruk2 macam hamba untuk siapa? So aku pun mintak nasihat dgn parents dan member2. So aku pun ambik keputusan utk resign hujung bulan tu. So bermula la aktiviti aku menanam anggur dekat rumah aku. 3 bulan jugak la aku tak kerja sebab aku memang tak apply mana2 company pun. Mak ayah aku sampai risau memikirkan pasal aku.

Sepanjang aku takde kerja tu aku buat part time jual barang online untuk cari duit poket sikit. Sebab aku memang ade pengalaman buat bisnes online since sekolah menengah lagi. So boleh lah nak hidup. Tapi parents aku bising la tak kerja sebab bisnes online aku tak sustainable. Huhu. Sambil2 tu aku cuba fikir idea bisnes yg fresh untuk aku buat.

Satu hari tu, masa aku tengah skrol wall fb, aku ternampak sesuatu. Dari situ aku dapat idea bisnes yg sangat fresh. Aku memang excited la. Sebab idea ni memerlukan kemahiran coding, aku outsource kerja tu dekat pengaturcara dari negara dunia ketiga sebab murah. Malangnya aku kena tipu. So projek sekerat jalan je la. Aku rugi 1k masa tu. Agak banyak bagi penanam anggur macam aku.

Sebab aku frust gila2 dengan dengan kejadian tu dan sebab aku dah kekurangan dana, aku pun belajar untuk buat sendiri. Susah. Tapi dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Aku ingat lagi, 3 bulan kerja aku menghadap komputer je. Sepanjang 3 bulan tu memang aku kerja lagi teruk. Tapi aku tanamkan dalam hati aku buat ni untuk family dan diri aku sendiri. Tapi at last aku berjaya siapkan aplikasi tu.

Fast forward ke hari ni, aplikasi aku agak berjaya dan ak dikenali di kalangan online seller luar negara. Oh lupa aku nak bagitau, aplikasi aku buat ni offer solutions utk online seller kecil dan sederhana yg bergantung pada laman web sosial untuk jual produk diorang. So sekarang ni company aku da expand multiple servis utk solutions bisnes yg berbeza2 dan dah ade ofis sendiri pun. Oh semua servis yg aku offer adalah cloud based so senang nak cegah aktiviti melanun.

Tahniah pada yg dah baca habis. Haha. Kalau korang nampak macam mudah je aku berjaya, sebelum aku start company yg berjaya sekarang ni, aku ada 3 bisnes yg gagal dari zaman sekolah menengah sampai la kolej. Aku pernah sampai tahap nak isi minyak moto pun tak cukup duit apatah lagi nak makan. So kejayaan sekarang ni adalah hasil pengalaman yg aku dapat dari kegagalan masa lalu.

Chow dulu

Sekian,

– Bagogo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit