Coretan Dari Seorang Suri Rumah

Assalamualaikum semua. Perkenalkan diriku sebagai Seroja, berusia 23 tahun.

Coretanku sebagai suri rumah ditulis untuk meminta nasihat dan pandangan dari kalian yang lebih makan asam garam rumah tangga dariku.

Aku melahirkan anak sulung dan dia disahkan mempunyai infantile colic (sawan tangis) pada awal fasa kelahirannya.

Fast forward, anakku dah makin membesar dan disahkan mempunyai Sindrom Breath Holding Spells, satu keadaan dimana dia menahan nafas ketika menangis sehingga pengsan dan membiru satu badan (anakku berumur 6 bulan).

Jadi bermulalah kehidupan sebagai suri rumah kerana aku tak harap dan bersedia untuk melepaskan anakku diasuh oleh sesiapapun kerana keadaannya begitu.

Alhamdulillah mujur pendapatan suamiku cukup untuk meyara keluarga kecil kami ditengah kota besar ini,

Suamiku juga meminta agar aku menjadi stay at home mother (SAHM) dan memberi tumpuan sepenuhnya pada anaknda kami (kerana aku pernah mendidik anak-anak istimewa jadi suamiku menasihatiku alangkah lebih baik agar aku mendidik anak sendiri terlebih dahulu).

Alhamdulillah dengan pengalaman aku yang tak sebesar mana aku mampu mendidik anakku sendiri, pada usianya 5 bulan dia sudah mula faham arahan simple,

Seperti mengangkat tangan untuk babai, berenang dan motor skills nya juga agak mantap menurut penilaianku, kenapa aku ceritakan tentang pencapaian anakku? Adakah kerana aku ingin menunjuk-nunjuk? Tidak, sini aku ceritkan mengapa.

Menjadi suri rumah, melayan kerenah anak aku yang begitu begini, mengemas dan memasak, hari-hari rutin yang sama membuatkan aku “drain”,

Hanya aku didepan mata anakku, jadi dia sangat manja denganku hinggakan jikalau dia mahu tidur dia tidak mahu sesiapa menemani dirinya melainkan aku,

Dia juga cepat bosan dan aku kena selalu bermain dan pelbagaikan mainannya, sumpah penat, ikutkan angin mahu sahaja kembali berkerja kerana bagiku tak mudah menjadi suri rumah sepenuh masa.

Aku selalu tergarang kepada suami kerana kepenatan, mujur dia memahami, tapi tetap tak boleh buang perasaanku yang merasakan sebagai isteri tak berguna.

Oh ya lupa untuk ku tulis, sekarang hampir 5 bulan aku period asbab kucucuk depo, alhamdulillah sekarang dah on treatment dengan doctor untuk hentikan periodku yang berpanjangan ini.

Mungkin ini salah satu factor kenapa aku cepat penat dan emosi, setiap kali nk solatpun kena tukar pad dulu, semua benda ini bagiku renyah yang amat, dengan badanku dulu yang langsing sekarang makin berisi, banyak factor yang membuatkan aku sangat down berbanding dulu.

Walaubagaimanapun, aku tetap jalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri dan ibu.Alhamdulillah suamiku sangat membantu dalam segala aspek malah beliau tidak pernah marah atau menyalahkan aku sepanjang perkhawinan kami.

Aku nak minta pendapat kalian, sebagai seorang suri rumah, sebagai seorang ibu, sebagai seorang yang makan garam dulu. Bagaimana untuk aku kekal positive dan bermotivasi?

Hidupku hanya mempunyai anak dan suami sebagai peneman hari-hari.

Aku sedih kerana terkadang tak mampu melayan kerenah anakku asbab melayan period pain yang teruk ni, aku sedih terkadang kulempiaskan amarah dan penatku terhadap suami sedangkan beliau pun penat bekerja dan menolong juga diriku ini.

Suamiku juga sedar perubahan sikapku yang semakin garang, hanya aku yang mengurus anak 24 jam kerana anakku hanya mahu pada diriku sahaja.

Aku dah tak mampu nak motivasikan diri aku, kadang aku terhanyut dalam emosiku sendiri, aku takut gagal menjadi ibu dan isteri yang sempurna untuk mereka.

Terkadang aku tak sempat pun nak masak sedangkan aku suri rumah, mujur suamiku faham yang aku sibuk melayan anak dan hanya tapau makan diluar.

Boleh tak kalian bagi semangat pada diriku?

Terkadang aku merasakan aku bukan ibu dan isteri yang baik kerana termarah diorang, tapi aku tak sampai tahap pukul, jerit atau maki, cuma perubahan sikap diriku buat aku pun turut kecewa sebenarnya, bagaimana aku nak memotivasikan diriku ini?

Bagaimana aku hendak sabar dan mengajar diriku supaya tak terlempiaskan amarah terhadap suami, sumpah aku tak sengaja.

Doakan juga supaya period aku cepat berhenti dan hormon badanku kembali stabil.

Yang penuh khilaf,

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Puan Seroja, bawa anak keluar rumah untuk jalan-jalan di waktu pagi sebelum matahari panas. Kalau dah boleh bertatih2, pijak kan kakinya di rumput atau tanah – walaupun susah sikit di kawasan bandar. Pengalaman saya, dapat cahaya matahari yang cukup di waktu pagi sangat membantu… bawa anak lihat sekeliling ke pokok2, bunga, kereta yang lalu, kapal terbang atau burung yang terbang -dah penat keluar, anak mudah lena tido. Pada waktu petang pula, bawa anak ke taman permainan, mula2 (selepas 6 bulan) sekadar utk baby tengok kanak2 lain bermain tapi slowly perkenalkan duduk bersama atas buaian dan jongkang-jongkit. Sambil2 tu puan dapat berkenalan dengan ibu2 yg lain – bolehlah bertukar2 cerita utk memeriahkan hidup.. jika penat dukung anak, tolak je stroller sambil niatkan utk kita jogging nak kurus hehehe.. Pastikan bawa bekal makan-minum secukupnya, tisu atau tuala, payung atau topi juga. Tak semestinya puan sebagai suri rumah hanya duduk di rumah jaga anak… bawalah anak tu keluar utk sebarang aktiviti bersesuaian – minum kopi di kedai pun boleh insya-Allah

  2. Faham.. sebab pernah berada si situasi sis. Akk dlu pum cmtu, memang penat menguruskan anak seorang diri, fulltime housewife. memang stress. nk masak, nk urus anak lg, kdg2 kita dlm toilet pun anak melalak kt luar pintu nk masuk sekali. bila kenang balik pengalaman lepas..mcm mna la akk lalui semua itu. mujur suami sangat penyabar orgnya. dgn mood akk sllu ke laut … cuma satu je akk nk pesan, tempoh ini akan berlalu, stress memang stress, tp kena pandai urus stress, bila anak dh mula membesar, makin lama makin mudah urusan kita. memang tidak dpt dnafikan anak akan clingy dgn kita, sgt clingy masa kecil, tp bila dia besar, inshaa Allah, bonding yg terbina dr dia kecil tulah, menyebabkan anak ini akan lebih memahami jiwa ibunya, & apa2 memang dia akan cari ibu dahulu sbg rujukan, sbg tmpt luahan perasaan, dan etc. ingat selalu, tempoh ini akan berlalu, anak akan membesar, & bykan sabar…

  3. Puan.. saya faham..faham sgt.. Cuba kuatkan semangat, sesekali keluar dari rumah bersiar-siar, tgk dunia luar, beli apa yg puan nak beli, cari kawan, luahkan, demi kesihatan mental puan..

    saya ada 3 anak, dlm masa yg sama jaga ayah dan nenek yg terlantar, anak bongsu br setahun itupun pramatang, kena ulang alik paediatric asbab kesihatan anak, ulang alik klinik stroke bawa ayah, dan klinik ortho bawa nenek.

    sampai saya sendiri kena depression & anxiety sbb terlalu stress dgn life saya, rutin saya….struggle saya Allah ja yg tahu.. dalam otak saya, “Allah tak bagi kalau kita tak mampu nak hadap”

    Insyaallah puan boleh survive 💪🙂 cari keseronokan diri sendiri dulu, pengurusan masa kena plan betul2… jgn biarkan sampai jd kacau mental health mcm sy…

  4. puan, izinkan sy kongsikan pengalaman sy menjadi surirumah selama 11 tahun sehingga ke hari ini. sy menjadi suri rumah asbab anak sulung sy selalu menangis dan tak mahu tinggal d rumah pengasuh, walaupun byk kli mencuba,dia tetap menangis sepanjang hati sehingga akhirnya memaksa sy berhenti belajr dr universiti semata2 utk menjaga dia.. pd mulanya sy juga seperti puan, stress dgn rutin harian, down dan low self esteem. smua sbb sy melihat kwn2 sy yg dulu belajar bersama2 berjaya grad dan mendapat kerja yg baik sedangkan sy drumah hnya menjadi housewife. tp lama2 sy cuba utk bersyukur.. sy lihat dgn mata hati yg apa yg sy ada skrg ni, ramai isteri2 diluar sana inginkan.. ramai yg inginkan utk duduk d rumah dan mendidik anak2 mereka sendri. cuma yg perlu ada dlm hati hanya la rasa syukur. jgn bandingkan hidup kita dgn mereka. kerana allah telah tuliskan takdir hidup kita smua berbeza. terima lah dgn hati yg terbuka. bersyukur kita masih ada anak2 dan suami d depan mata. ada masanya mood sy juga hanyut, sy selalu marah2 bila penat. tp sy akan cepat2 istighfar.. kita manusia puan, mmg kuta akan teremosi bila kita penat. cuma jgn terlalu mngikut emosi sehingga berlebihan. mulakan pg puan selepas suami pergi kerja, puan mulakan dgn zikir dan selawat. istiqomah buat krn allah. puan akn jumpa ketenangan yg puan cari. in syaa allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *