Aku nak kongsi sikit cerita mengenai kejadian yang pernah terjadi dekat saudara aku (pekerja). Baiklah kejadian ni baru je terjadi dekat saudara rapat aku sendiri dimana kejadian ni sempat viral dalam satu fb page (posting telah dipadam).
Pelanggan yang salah faham terhadap pekerja di kedai tersebut dan terus bertindak memuat naik status di fb page (nama page dirahsiakan) untuk menyatakan ketidak puashatian beliau terhadap kejadian yang menimpa dirinya.
………………
Ketika masuk kedalam kedai tersebut, pelanggan bertanya kepada seorang pekerja yang sedang duduk dikaunter dan sedang bermain telefon bimbit dimana terletaknya barang sekian sekian.
Pekerja kedai tersebut memangkat muka dari terus memandang telefon bimbit menunjukkan arah tempat barang yang ingin dicari pelanggan.
Okay kat sini mesti korang akan kata yang pekerja tu bersikap biadap sebab hanya tunjuk arah barang tersebut diletakkan dan kenapa pekerja tu main telefon masa bekerja?
Sepatutnya cara yang betul pekerja perlu bawa pelanggan ke tempat atau rak barang tersebut dan pekerja tidak patut bermain telefon ketika bekerja.
Tapi pernah tak korang terfikir kalau dah pekerja tu duduk kat kaunter maknanya apa?
Maknanya dia tak boleh keluar dari kawasan kaunter dan meninggalkan kaunter tanpa kebenaran. Dan bagi menjawab persoalan mengenai telefon bimbit tu, korang boleh nampak apa yang dilakukan pekerja tersebut dengan telefon bimbit tu.
Adakah pekerja tersebut sibuk bermain ‘socmed’ atau pekerja tersebut sedang menggunakan telefon bimbit atas urusan pekerjaan.
Bagi yang tak faham atau yang tak tahu lagi cara kerja orang retail, kadang-kadang mereka ni perlu pegang telefon bimbit ketika waktu bekerja kerana ada urusan yang perlu dilakukan dengan manager kedai ataupun supplier kedai tu sendiri.
Jadi kalau ada yang nampak pekerja tu main ‘socmed’ pergi lah buat aduan. Jangan pula time pekeja tu tengah handle kerja dengan manager atau supplier, korang pergi hentam dia.
Kesian dia dah lah penat nak uruskan kerja dengan manager dan supplier, dapat pulak pelanggan yang acah-acah ‘kayangan’ pulak tu. Lama-lama pekerja tu yang tertekan nanti. )
Okay sambung balik cerita. Lepas tu pelanggan pergi ambil barang yang dia mahu dan bawa ke kaunter pembayaran.
Soalan lazim yang pekerja akan tanya bila kau nak buat pembayaran adalah “Ada barang lagi ke? ” atau “Ini sahaja ke? “. Ini soalan asas yang aku rasa hampir semua kedai runcit akan tanya.
Tapi pelanggan ni dh salah faham dan dia menganggap bahawa pekerja tu memberikan servis layanan yang sangat teruk dan bersikap acuh tidak acuh ketika melayan pelanggan.
Jadinya pelanggan yang keluar dari kedai dengan perasaan marah pun, menggunakan kuasa ‘viral’ beliau dan memuat naik status yang agak mengaibkan dan dikongsi didalam satu fb page.
Beliau merasakan dengan tindakan tersebut dapat memuaskan hati beliau dan membuatkan pekerja tersebut berasa malu dan minta maaf kepada beliau.
Oleh sebab power nya kuasa ‘viral’ ni, pengguna fb yang tak tahu apa-apa turut sama ‘menghentam’ pekerja tersebut dan berkongsi maklumat peribadi pekerja tersebut sehingga maklumat peribadi pekerja tersebut tersebar luas.
Tujuan utama maklumat peribadi pekerja tersebut dikongsi agar orang ramai yang membaca turut menghentam pekerja tersebut.
…………………..
Kat sini aku nak cakap sikitlah. Sebagai seorang pengguna tolong lah jadi pengguna yang bijak.
Kalau korang rasa pekerja tu salah, banyak lagi tempat korang boleh buat aduan selain daripada meluahkan ketidak puashatian korang dalam ‘socmed’. Korang boleh buat aduan di portal pengguna ataupun di bahagian khidmat pelanggan kedai tu sendiri.
Kadang-kadang orang tak sedar tindakan mereka ni bukan sahaja membuka aib tapi juga menutup periuk nasi orang mencari rezeki. Tolonglah jadi pengguna yang bijak. Sebab korang tak akan tahu apa yang akan tejadi dekat korang kelak.
Mungkin korang akan hadapi benda yang lebih teruk daripada apa yang korang pernah buat. Masa tu baru korang akan sedar dan menyesal.
Tu je yang aku nak kongsi. Buat mereka yang bekerja atau mahu bekerja dalam bidang retail ni lambat atau cepat korang tetap akan menghadapi situasi macam ni. Jadi seelok eloknya korang siapkan mental dan fizikal korang untuk berhadapan dengan situasi seperti ini.
Oh bagi yang tertanya-tanya apa yang berlaku terhadap pekerja tu, sorry tapi aku tak boleh nak kongsi lebih. Tapi apa yang pasti posting tu telah pun dipadam kerana terdapat komen-komen yang bebaur lucah dan terdapat unsur-unsur jenayah sehingga akhirnya dipadam.
Sekian, Terima Kasih
– No Name (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit