Coretan Kehidupanku

“Dr, saya HO dari wad 7A. Would like to refer you a case, patient is 66 years old admitted for pneumonia. Patient ni ada COPD, was put on CPAP in emergency department then sent to ward on ventimask bla bla bla ……. (after a very long case presentation). Patient ni unresponsive now tengah CPR. My MO ask me to refer for intubation”

“What??? What is the rhythm at the monitor?”

“Asystole Dr, dah CPR 10 minit”

“Please mask ventilate first, I’m coming from redzone” (ok ni tipu sikit, aku tak cakap please pun)

Aku Afi, doktor bius di salah sebuah referral hospital yang sangatlah busy. Busy dia kadang macam dah tak boleh bawak bincang dah. Bertugas sebagai doctor bius di district hospital kepulauan Borneo dahulu lebih chill sebenarnya.

Aku ni orangnya dulu ayu, lemah-lembut dan bersopan-santun. Namun apabila bekerja di hospital sibuk-tak-boleh-bawak-bincang ni dan acap kali mendapat referral seperti dialog diatas tu, hati jadi sangat panas dan rasa nak mencarut sebab tak bagitau benda urgent in the first sentence.

Aku tidak mencarut sebaliknya mengucap panjang (baik tak aku, haha) sambil berlari2 anak ke wad tersebut. Nak berlari-lari bapak, aku dah penat sangat. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi, dah 22jam aku bekerja. Usai mengintubasi kes tersebut, aku menerima panggilan lagi dari redzone.

“Hi, I’m Dr H again from redzone. Sorry, there is another case for you. This one is for emergency PCI, intubated patient. 44y ears old, an army, suddenly collapsed at home, brought in noted VF/VT, CPR for 20mins…”

“Okay, I’m going to see the patient then prepare my ventilator at ICL”

Kes ni macam drama jugak. Sad ending #sorryspoiler. CPR 3 kali waktu kat lab tu masih tak drama sangat sebab ada LUCAS (sila google sendiri). Selepas pakar jantung dah buat angiogram dan letak stent, kami perlu hantar patient ke wad CCU (kat hospital ni ICL jauh dengan CCU).

Berlari2 aku dan staf2 lain menolak katil patient ke wad. Yela, takut nanti kena CPR sambil tolak katil pulak. He had another heart attack in CCU and succumb to death. Patient ni takde apa2 masalah perubatan pun cuma active smoker.

So korang, diharap jangan la menceburi bidang menghalau nyamuk aka merokok ni ya. Sekarang orang semuda 25tahun pun boleh dapat serangan jantung tau! Jangan makan tengah malam, minum minuman bergula dan asyik makan fast food je.. Jom amalkan pemakanan sihat!

Kehidupan sebagai seorang doktor sememangnya penat. Dulu sebagai HO pun penat, ingatkan jadi MO nanti kehidupan akan okay tetapi errr sebenarnya makin sibuk dan banyak tanggungjawab. Busy especially during oncall. Postcall day tu selalunya aku dah macam zombie hidup, muka pucat, bibir kering dan pecah sebab tak cukup hidrasi.

Sekarang aku guna lipbutter untuk elakkan bibir pecah, hadiah dari best friend aku, sekarang otw as pakar bius kat Penang. Jadi kalau korang nak bagi hadiah kat kawan korang yang doktor, boleh bagi lipbutter. Tapi hadiah paling best ialah makanan hahahaha…

Selepas pindah ke hospital yang sekarang ni, banyak kali aku rasa nak quit sebab terlampau stress dengan kerja yang sibuk. Banyak kali jugak aku rasa sedih kalau quit sebab tu aku tak quit. Ntahlah weh… Bila aku baca cerita orang susah, yang perlu kerja untuk membeli makanan, aku rasa sangat bersalah. Astaghfirullah.. kenapa la aku tak bersyukur? Sobsss…

Sejak beberapa bulan lepas, aku cuba untuk positifkan diri untuk bekerja kerana Allah ta’ala. Mungkin 24hour-oncall claim tu sangat sikit berbanding bayaran locum di klinik swasta selama 5jam. Tapi, mungkin pahala membantu pesakit2 dihospital lebih banyak. Mungkin hospital tempat aku bekerja ni ialah ladang pahalaku. Mungkin…

So, best ke jadi doktor? Kalau korang tanya soalan ni waktu aku oncall (particularly during referral oncall), aku akan jawab, “tidakkkkk, nooo.. jangan bagi anak korang jadi doktorrr..!” (sambil menangis sendu). Tapi kalau waktu hari bukan oncall, dimana aku cukup rehat, macam hari ini, aku jawab ya, jadi doktor ni satisfying.

Setakat ini, aku paling berpuas hati bila oncall di bilik bedah sakit puan. Kadang2 terasa sikit la sebab umur dah 29 tapi masih belum berkahwin sebab patients ramai yang muda dari aku. Uwaaaaa..

“Hello, Dr L here. I would like to post a case for fetal distress. This is a 17 years old lady …”

“Ok, send the booking slip and I will call the case right away” pintaku selepas Dr L habis memberitahuku perihal kes tersebut.

Detik2 cemas disaat awal sebelum pembedahan, dimana aku perlu memberi spinal anaesthesia aka bius separuh badan. Must be fast and effective. Bila bius dah jalan baru hati lega sedikit. Apabila baby dah keluar & menangis, hati aku lebih lega dan bersyukur sebab both mother and baby are okay.

Korang boleh bayangkan tak perasaan lega tu? Cuma kalau tetiba pendarahan banyak, jantung aku pun laju balik la wehh… Jadi doktor bius ni macam guardian angel la jugak, jaga patient sebaik2nya supaya keadaan patient stable waktu sebelum, ketika dan selepas pembedahan.

Hari itu, aku lihat perempuan Melayu berusia 17 tahun yang belum berkahwin itu turut menangis apabila bayinya selamat dikeluarkan. Banyak sebenarnya masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita.

Aku harap sangat, insan-insan yang bergelar ibu bapa dapat menjaga anak2 mereka dengan baik. Awasi pergerakan anak, ajar anak2 dengan ilmu2 agama dan banyak2 berdoa agar anak2 menjadi orang soleh solehah. Selainnya, bertawakkallah dengan Allah, semoga Dia melindungi anak2 tersebut.

Aku tidak akan judge my patients. Mungkin suatu hari nanti mereka bertaubat dan jadi lebih bertaqwa dari aku. Kita tak tahu apa pengakhiran kita semua tapi kita boleh berdoa supaya kita semua dikurniakan husnul khotimah kelak. Jadi, jangan buat wakaf dosa aka memfitnah aka membawang ya semua!

Ni jela coretan aku. Aku harap korang faham dan sedikit sebanyak dapat ambil pengajaran dari kisah yang aku ceritakan. Doakan aku berjaya jadi pakar bius satu hari nanti ya.

…..

Intubasi – masukkan tiub pernafasan
PCI – percutaneous coronary intervention, yang buat angiogram tu
VF/VT – serangan jantung yang masih ada electrical activity
CPR – sumpah la korang tak faham CPR tu apa?? pergi google sendiri haha
Ventilator – mesin bantuan pernafasan
ICL – invasive cardiac lab
CCU – wad rawatan rapi jantung

…..

– Afi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *