Terima kasih kepada admin. Yang sudi luangkan masa menilai luahan hati aku dan publish. Aku takde tempat nak mengadu. Aku rasa sini saja platform yang aku boleh guna untuk meluahkan apa yang aku rasa sepanjang hidup aku. Terima kasih kepada readers yang sudi baca cerita aku. Kalau boleh doakan aku kuat untuk teruskan hidup. Inilah cerita aku.
Aku ada 3 beradik. Kakak. Aku dan adik lelaki. Ayah aku dah lama meninggal dunia. Masa aku sekolah rendah lagi. Aku seorang wanita. Akhir 20-an. Mak aku seorang cikgu. Asal aku semua tak perlu aku ceritakan. Pengenalan ringkasan kat atas cukup rasanya untuk aku teruskan coretan hidup aku.
Seumur hidup, aku tak pernah buat diari. Kecuali karangan darjah 6 yang suruh aku buat diari. Inilah luahan hati sepanjang aku hidup. Bukan mengeluh. Tapi cuma mengenangkan nasib dan tuah badan barangkali. Aku selalu cemburu bila tengok kawan-kawan aku bila bercakap dengan mak diaorang. Setiap hari bercakap di telefon. Sama ada kawan aku yang call atau mak diaorang yang buat call. Sehari dalam dua atau tiga kali lah mereka bersembang. Tanya mak buat apa. Mak tanya anak dia hari ni buat apa. Ya. Aku cemburu. Cemburu pada kasih yang mak diaorang tunjukkan pada diaorang. Tapi aku? Boleh aku kira dengan jari. Berapa panggilan yang aku buat pada mak aku dalam sebulan. Mungkin 2 bulan sekali. Bukan aku tak sayang mak. Tp aku takde topik nak sembang dengan mak. Setiap kali aku call mak. Aku tanya mak buat apa tu.. balasan mak aku macam ni. “Ada la buat apa-apa. Kamu nak apa call?” sapa tak sentak hati dia bilamana anak call mak. Mak balas macam tu.
Ni aku ceritakan rentetan hidup aku berdasarkan zaman aku ya.
• Zaman sekolah rendah.
Aku tak perform kat sekolah. UPSR pun dapat 2A 2B 1 C. Anak cikgu. Tp dapat result hampeh. Kakak aku 3A 2B. Setahun je jarak kami. Masa ni hubungan aku dengan kakak aku.. aku rasa elok kot. Pergi sekolah sama-sama. Main sama-sama. Tapi terasa dingin bila masing-masing menganjak remaja. Atau ada kesilapan aku yang aku tak pernah sedar. Jujur. Aku rasa aku takde kakak. Tak disayangi macam orang lain yang ade kakak. aku dah lupa apa peristiwa dalam hidup aku masa aku sekolah rendah dulu. entah lah. mungkin tak ada yang special. Melainkan peristiwa kematian ayah aku.
• Zaman sekolah menengah
Kakak aku dapat sekolah yang boleh kata ada standard la kat negeri aku tu. Tp aku, aku sekolah biasa ja. Pergi sekolah pun naik bas tambang. Tak pun jalan kaki. Dekat je sebenarnya sekolah aku dengan rumah. Kemudian kakak aku perform masa PMR. Dia dapat 8A. Jadi dia ditawarkan ke sebuah sekolah asrama penuh. Masa ni memang dah nampak kedinginan kami dua beradik. Aku tak perform mana pun. Dapat 4A 3B dan seketul C. So aku nk juga rasa sekolah asrama. Aku minta dengan mak utk belajar kat sekolah teknik. Akhirnya aku dapat. Jauh jugak sekolah aku. Tp masa pendaftaran, mak aku nak pindahkan aku ke sekolah teknik yang dekat dengan rumah. Sekolah aku kat negeri lain. Tinggal lah mak aku dan adik aku kat rumah. Bila aku form 5, kakak aku dah hbs SPM. Tinggal lah dia kat rumah untuk tunggu result SPM dia. Guess what. Dia dapat 9 A1 dan 1 A2. Consider cemerlang. So aku kat sekolah teknik masa tu. Tahniah je untuk dia. Aku teruskan life aku kat sekolah. Dan kakak aku dapat tawaran buat asasi. Persediaan ke luar Negara. Tajaan JPA. Ke Negara mana. Biarlah rahsia. So life goes on. Habis SPM, aku dihantar ke rumah nenek. Ambil lesen memandu. Entah la. Aku pun tak sure kenapa aku dihantar jauh ni untuk ambil lesen semata. Habis je kelas memandu, result SPM aku pun keluar. Tak la cemerlang mana. 1 A2, 2 B3, 2 B4, 4 C6 1 E8 dan 1 G9. Terukkan? Biar lah. So, aku pun call mak aku bagi tau result. Mak aku tak datang sekolah dengan aku untuk ambil result aku. Aku datang sorang. Memang teruk aku kena marah. Masa ni mak aku dah mula banding-bandingkan aku dengan kakak aku. Semua yang kakak aku buat, semuanya bagus dimata mak. Aku sedih. Tak pa lah. Sejarah dah pun.
• Zaman diploma
Disebabkan result aku yang ‘sangat cantik’ aku mohon ke kolej swasta. Jurusan apa? Rahsia. Sebab ada kawan-kawan aku yang tahu cerita ni. So aku rahsiakan certain things untuk mengelakkan aku dari dikesan oleh kawan-kawan aku. Bermula lah hidup aku di satu tempat yang agak jauh dengan rumah. Dalam 5 jam perjalanan naik bus. Masa ni, kakak aku dah pun berlepas ke luar Negara untuk buat first degree dia. Aku masih terkial-kial untuk buat diploma aku. At first, aku macam ape benda la kos ni. Tak kisahlah janji boleh kerja. Masa ni, peluang aku jumpa kakak aku sangat sikit. Tapi takde la rindu dendam bagai. Biasa-biasa je. Dan aku pun habis belajar kat kolej tu. Pointer pun tak la bagus mana. Masa aku praktikal, aku dah mula apply UPU. Dapat tak dapat belakang kira. So aku apply satu Universiti ni. Satu-satunya Universiti yang tawarkan kos yang sama dengan kos diploma aku. Alhamdulillah. Rezeki aku. Memang seronok habis la. Mak aku dah mula ok dengan aku.
• Zaman degree.
Takde la seronok sangat zaman ni. Tapi masa ni lah. Kakak aku dah habis belajar kat Negara orang. Dia pun dah mula kerja kat KL. Sebenarnya, masa aku nak habis diploma tu, aku memang berhajat nak buat degree luar Negara, setahun setengah je kat UK. Tapi tidak dapat keizinan. Takpe lah. Masa ni. Setiap kali raya, memang aku akan bertemu dengan kakak aku. Kalau cakap dengan aku tak pernah lembut. Pernah dia panggil aku bodoh depan kawan-kawan mak aku. Sedih. Tapi aku diamkan dan abaikan. Aku selalu beralah dengan kakak dan adik aku. Kalo bergaduh sikit, aku lah yang kena beralah. Sampailah aku tanya dengan mak aku. “Kenapa setiap kali kalau gaduh mak suruh saya yang beralah? Padahal saya bukan puncanya.” Mak aku terdiam. Tapi mak aku balas jugak. Mak aku kata “tak rugi pun kalau kita beralah. Bukan sapa-sapa pun diaorang tu. Adik beradik awak jugak.” Menangis aku. Bukan sebab terharu mak aku cakap macam tu. Tak. Aku menangis sebab aku rasa aku di left out. Cemana ye ayat dalam bahasa melayu? Tersisih kot.
Korang pelik tak kalau kakak korang cakap dengan orang lain bukan main lembut lagi. Tapi kalo cakap dengan korang, sangat lah kasar. Kasar sekasar-kasarnya. Macam menengking pun ada. Siap pakej jeling lagi kalau aku cakap atau tanya. Entahlah. Aku ni bodoh kot. Plus gemuk. Muka buntut kuali. Takde jerawat. Tapi hitam, hitam sebab aku main sukan. Hodoh kot. Aku rasa kakak aku ade split personality. Dengan aku cakap kasar hawau. Tapi kalau dengan sepupu, kawan-kawan dia. Dia jadi watak lain. Ada satu ketika tu, family aku nak tunaikan umrah. Ya sapa yang taknak jadi tetamu Allah. Tapi aku adalah insan yang taknak. Sabar.. bagi aku habiskan dulu. Aku berdoa, ya Allah. Sesungguhnya aku nak jadi tetamuMu. Tapi aku taknak pergi dengan mak dan kakak aku. Berkali-kali aku doa. Sepanjang semester tu. Alhamdulillah. Allah jawab doa aku. Tarikh umrah jatuh pada hari aku ambil final exam. Terima kasih ya Allah. Aku bersyukur sebab aku tak jadi tetamu Allah pada masa tu. Mana tahu kakak dan mak aku buat aku tersakit hati lantas aku mendoakan yang buruk-buruk pada mereka. Tak ke naya namanya. Ustaz kata antara tempat yang dimakbulkan Allah adalah di tanah suci. Jadi aku taknak mendoakan yang buruk-buruk pada mak dan kakak aku kat sana. Baiklah aku ditinggalkan di Malaysia. Dan aku berdoa yang aku akan menjejakkan kaki kat sana dengan suami aku. Hei encik suami. Tunggu ya. Oh. Aku tak kawen lagi. Dalam proses nak cari calon.
• Zaman dah kerja
Ok now dah bermula satu lagi fasa baru dalam hidup aku. Kat mana aku kerja dan apa kerja aku. Masih lagi rahsia. Sebab aku membayangkan akan ada yang kenal aku. Lagipun aku rasa tak penting pun kerja aku dalam cerita ni. So masa ni, memang di akui, mak aku dah mula slow down dengan aku. Bukan slow down apa. Slow down membeza-bezakan aku dan kakak aku. Sebab kerjaya aku mungkin? So aku teruskan hidup aku di tempat baru. Masa ni aku baru nk rasa sayang mak aku. Tapi aku sangka panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Aku berhenti kerja. Dan pindah kerja lain yang mana gaji aku lebih rendah dari gaji tempat pertama. Kenapa? Sebab aku dah tak sanggup nk kerja dengan seorang bos yang suka perlekehkan orang dan menuduh orang. Sungguh aku tak suka. So macam kat atas tadi. Aku boleh kira dengan jari berapa kali aku call mak aku dalam sebulan.
Kerja baru aku tu memerlukan aku untuk travel. Banyak duit aku habis di jalanan. Jadi nak tunggu duit claim aku. Mmg menanggung rindulah jawabnya. Sampaikan aku tebalkan muka pinjam duit mak. Ada satu bulan ni. Tahun lepas. Aku betul2 terdesak. Sebab ada claim yang tak boleh masuk atas nama aku. Sebab aku buat 2 kerja. Yg satu tu official gaji aku. Yang satu lagi aku ambil upah. Jd nak tak nak, aku kena guna nama orang lain untuk tumpangkan sekejap duit upah aku tu. So aku minta dengan kakak aku. Aku taktau bahasa aku ke yang kasar. Aku Cuma cakap “minta tolong dengan kakak sendiri pun susah.” Dia terasa hati kot. Lepas tu dia cakap minta tolong dengan orang lain. Tak daya dia nak tolong aku dah lepas ni. Aku dengar ayat tu, terus aku menangis. Kakak kot. Aku nangis depan officemate aku. Masa aku tulis ni pun aku menangis. Punya terasa hati. Aku block dia kt wasap, tapi kejap je la block. Time hari lahir dia, aku tak wish pun. Bukan tak ingt. Tapi hati aku sakit. Masa hari jadi aku. Dia wish kat wassap. Tapi aku tak balas smpai hari ni. (dah masuk tahun baru ni).
Dalam tahun lepas mmg banyak kali aku terasa dengan mak dan kakak aku. Aku ke yang ade masalah hati? Nanti tolong bagitau aku ye. Pertengahan tahun lepas, mak aku buat kenduri kecik-kecik. Nak jadi cerita. Aku demam. Pening kepala. Masa solat berdenyut-denyut otak aku. Mak aku suruh aku mop lantai. Aku dah nak nangis. Kakak aku ade je dalam bilik. Belek fon. Aku cakap kat mak. Mak minta la kakak yang mop. Mak aku terus berubah. Menengking aku. Katanya, “kalo kau taknak buat takpe. Tak payah buat. Biar aku je yang buat. Tak payah nak seru-seru nama orang lain. Kalau malas cakap malas.” Sentap hati aku. Tapi aku sebagai anak yang tak berapa nak baik ni. Pergi la juga mop lantai. Satu rumah aku buat dalam keadaan demam, berperang dengan pening kepala. Takpe lah. Dah siap tu aku masuk bilik. Tido la. Takkan menangis pulak kan.
The next day, hari kenduri tu. Mak aku order catering je, so ada sejenis bubur. Banyak lebih. Petang tu mak aku suruh aku yang demam ni keluar cari plastic ais krim. Ala yang panjang tu. Nak buat ais krim Malaysia. Sapa tak pernah makan ais krim tu, sahih dia bukan anak Malaysia. Haha. Gurau. Aku macam, ya Allah. Kunci kereta ada je atas meja tu. Adik aku pun ade kt rumah. Boleh je kakak dan adik aku keluar pergi cari. Macam-macam pasar raya ada dekat kawasan rumah aku. Yang murah. Sederhana. Mahal. Semua ada. Mak aku kata, kalo ada plastic tu kakak aku akan buatkan ais krim tu. Dengan kegigihan demam, aku pun keluar la ke pasar raya terdekat. Balik tu, mak aku yang sibuk-sibuk dengan plastic tu dengan harapan nak buat ais krim Malaysia tu. Tapi, malangnya bubur tu dah rosak. Ye lah. Catering masak pagi. Dengan tak perangat. Basi la bubur tu. Kenapa ya mak aku macam tu?
Kalo aku balik rumah. Takde apa yang special pun. Siap suruh aku yang belikan makanan. Kalau adik n kakak aku nk balik. Macam-macam mak aku prepared. Satu lagi. Aku jarang bawak balik kawan aku kat rumah. Ada lah dalam 3 kali aku bawak kawan aku balik tido kat rumah. Kakak aku memang kerap bawak balik kawan. So kalo dia balik. Aku la yang mak aku suruh ke pasar belikan barang-barang. Kakak aku? Tido je dalam bilik. Kiranya. Tetamu kakak aku, aku yang akan jadi runner beli barang apa semua.
Satu lagi perangai kakak aku ialah bila bercakap memang tak fikir hati perasaan orng lain. Lagi satu. Dia suka perlekehkan aku tak kira masa dan tempat. Kalau dia rasa apa idea aku tu salah dia akan bidas aku. Kalau aku cerita something, dia akan bidas aku. Aku Cuma nak bercerita. Pinjamkan telinga sekejap. Bukan nak dengar kau argue dengan aku. Nak tengok siapa salah siapa betul. Tolong dengar je. Tapi tu tak berlaku. Haha. Lawak kan? Tapi perangai kuat argue ni bukan dengan aku sorang je. Tapi mana-mana insan yang memberikan apa-apa info. Contohnya pasal makanan korea. Kakak aku yakin nak makan. Tp sepupu aku tak yakin. Dia akan bidas sebidas-bidasnya. Seolah-olah apa yang disampaikan oleh orang lain tu tak betul. Dia saja yang betul dan pandai. Orang lain tak mengaji kelas tafsir macam dia. Tp aku rasa tu bukan satu tiket untuk dia perlekehkan info yang orang lain sampaikan. Kalau tak setuju, just noted sudah. Sebab kami bukan pekerja kakak yang dia nak cakap macam tu. Kami ni adik beradik. Sepupu-sepapat.
Ini satu lagi peristiwa yang aku tak boleh lupa. Selalu kalau korang bawak kawan-kawan balik rumah, mak korang akan layan sebaik-baiknya kan? Tapi kalau tetamu aku? Aku malu dengan kawan-kawan aku yang datang rumah. Mak aku bersikap dingin. Masa aku sampai. Elok je kami salam. Mak aku masuk bilik tutup pintu. Tido. Tebalnya muka aku masa tu dengan kawan-kawan. Masa raya pun sama. Kalo tau kawan aku nak mai, mak aku akan macam tak excited. Tapi kalo orang lain nak datang. Sambutan yang sangat menggalakkan dari mak aku. Adakah mak aku juga ada split personality? Sebab tu aku jarang dan tak suka nak bawa kawan aku datang rumah. Aku minta maaf dengan kawan aku on behalf layanan mak aku. Serius aku malu dengan mereka. Mak aku, kalo aku cakap dengan mak atau tanya mak tentang sesuatu. Aku rasa aku cakap dengan dinding. Pernah tak korang cakap dengan dinding? Takde respon kan? Macam tu la aku ibaratkan kalo aku cakap dengan mak aku ni. Aku hidup dengan siapa sebenarnya ni? Tapi kalo ada orang datang rumah. Serta merta mak aku berubah watak. Sama macam kakak aku tu. Aku sebagai anak. Seriously aku memang sangat-sangat terasa dengan layanan mak, kakak dan adik aku.
Adik aku tak berapa kerapkan muncul dalam cerita ni? Sebab dia pun sama. Macam aku cakap dengan dinding. Atau aku sebenarnya dinding tu? Entah la.. tolong la aku.. aku tak sampai tahap depress lagi. Aku rasa la. Sebab aku tak rasa marah atau geram diperlakukan macam ni. Cuma kadang-kadang je rasa nk lempang orang. Tolong bagitau aku. Apa yang patut aku buat? Hari-hari doa. Agar allah lembutkan hati mak aku. Aku nak mak aku layan aku macam seorang emak yang sayang anak dia. Tapi kenapa aku tak rasa macam tu. Aku takut dengan mak aku. Aku takut aku buat silap dengan mak aku. Mak aku marah aku dan menagis sebab aku. Aku tak nak jadi anak derhaka. Tapi aku nk buat macam mana lagi? Aku dah buntu. Tolong la aku. Aku merayu pada yang sudi baca dan tawarkan aku satu nasihat atau doa yang boleh aku amalkan. terima kasih semua.. Assalamualaikum.
– Cahaya Wanita
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit