Coretan Tentang Autism dan Dyslexia

Aku ada follow group autism Malaysia. Suka baca perkongsian ibu bapa yang berkongsi tentang bagaimana mereka membesarkan anak-anak autism. Ada umur 20an sebaya aku yang aku lihat didiagnosis sebagai autism mengadu yang mereka sukar diterima untuk bekerja kerana status autism mereka. Minat aku untuk baca tentang autism ni bila aku baca pasal feed antivaccer yang mengaitkan autism dengan vaksin. Kalau lah vaksin ni punca autism maka ramailah mak ayah korang yang divaksin, pelajar-pelajar kat sekolah yang dah jadi autism sekarang. Pemahaman aku terhadap autism tidaklah terlalu mendalam sebab mereka memang sukar difahami. Ada autism yang aku tengok sebenarnya lebih hebat dari aku. Ada yang jadi tahfiz, hafaz 30 juzuk Quran. Ada yang boleh menyanyi, bermain dengan alat muzik. Aku tak mampu.

Aku buka TedTalk, bila tengok autism dewasa yang bagi ucapan berkenaan autism tanpa skrip. Aku dengar Luahan kekecewaan dia bila masyarakat pandang autism adalah suatu kekurangan dalam komuniti. Rasa sebak tu tiba-tiba datang. Tapi aku rasa bangga dengan dia sebab dia mampu lakukan apa yang aku tak boleh buat dekat atas pentas. Berucap atas pentas, dengan orang yang ramai dekat bawah bukannya suatu yang mudah.
Aku pasti ramai dari kita yang so called normal tak boleh buat.

Ada satu filem “Taree Zameen Par” yang dilakonkan oleh amir khan. Filem ni tentang Ishan yang menghidap disleksia (masalah pembelajaran) dan autism. Ada orang cakap biasanya bila seseorang tu autism mesti dia akan dapat sekali disleksia. Ishan tak boleh belajar macam orang normal sebab dia tak dapat fokus. Bila dia tengok nombor dan huruf, seakan-akan nombor dan huruf tu tunggang langgang. Memandangkan ibu-bapa ishan bukanlah orang yang educated. Jadi diorang anggap Ishan ni budak bermasalah dan sekadar bagi alasan sebab malas belajar. Terus diorang hantar Ishan ke Asrama penuh dengan harapan ishan boleh belajar macam kanak-kanak normal yang lain. Tapi tidak, Ishan semakin stress, tertekan dengan kehidupan dia. Pada suatu hari, Ishan dapat guru ganti (Amir Khan) yang memang pernah bekerja mengajar kanak-kanak yang ada masalah tu. Bila Guru ganti dia mengajar kelas pertama mereka, Guru ganti dia perasan yang ishan ni nampak tertekan. Guru ganti dia la yang berjaya ajar dan ubah pemikiran orang disekeliling ishan yang ishan bukanlah budak bermasalah tapi perlukan bimbingan sekeliling. Sebenarnya , Guru ganti dia pun mempunyai masalah disleksia semasa kecil.

Tentang autism juga, Kebanyakan genius dikatakan mempunyai ciri-ciri autistik pada mereka. Mozart, Isaac Newton, Albert Einstein, Michaelangelo, Temple Grandin. Mereka semua ni ada ciri-ciri autistik. Masyarakat kita salah anggap terhadap golongan autism. Autism sebenarnya ada tahap dia. Tak semua autism tak mampu berfungsi dalam masyarakat. Malah sebenarnya mereka adalah golongan yang boleh menyumbang lebih berbanding orang biasa disebabkan IQ mereka.

Hasil dari pembacaan aku tentang autism. Bila baca tentang simptom-simptom autism aku rasa waktu kecil mungkin aku jugak adalah seorang autism. cumanya tak teruk. tak tahu lah kan. Mungkin ada pembaca yang tahu. Waktu tadika sampai zaman sekolah rendah aku ada habit hisap ibu jari tangan, lepas kena marah aku tukar dengan habit gigit pensil. Kalau aku berjalan, aku suka terlompat-lompat guna hujung kaki.
Aku jugak ada habit menulis guna jari atas angin. Means aku macam tulis huruf dekat depan aku. orang panggil “tip toe walk”. Aku start perasan pasal tip toe walk ni waktu aku sekolah menengah. Aku train kaki aku berjalan macam biasa. Tapi sampai sekarang tak dinafikan aku suka tip toe walk berbanding guna bersama bahagian tumit kaki tu, Habit gigit pensil tu sebenarnya sampai sekarang tak boleh buang walaupun dah masuk matrikulasi. Aku ada minat mendalam tentang komputer. Banyak yang aku tahu tanpa dapat pendidikan yang formal tentang komputer. Aku suka explore sendiri. Sosial dengan kawan-kawan pulak, aku prefer buat kerja secara bersendirian. Aku tak kisah kalau ada kawan ke takder kawan ke bila buat sesuatu aktiviti tu. Subjek matematik, Aku tak boleh langsung nak ingat petak sifir. Sifir 3 pun aku ingat sampai 5×3 je. atas dari tu aku kena tambah satu-satu. Aku rasa agak sukar bila melibatkan nombor 3,7,8,9,4,6. Tipulah kalau kata tak cuba ingat petak sifir tu. Memang tak boleh nak ingat. tapi SPM aku Matematik dapat B. itupun berhempas pulas usaha beli belajar sendiri. Sebab aku tak faham apa yang cikgu ajar. Dalam kelas aku jadi target pelajar lemah matematik.

Aku suka muzik, mulut aku suka menyanyi. Aku mudah bosan.Zaman sekolah dulu, kalau takder apa yang aku buat automatik rasa nak menyanyi. aku rasa selesa. Sekarang dah tukar dah dengan zikir-zikir. Rahsia aku, kalau korang bagi patung robot, masked rider ke dekat aku. Aku sangatla enjoy main sambil imaginasi dengan bunyi-bunyi mulut semua. Fidget spinner? Benda yang aku memang bagi keselesaan dekat aku. Waktu kecik aku memang ada habit ketuk meja dengan jari untuk selesakan diri aku. Habit-habit yang aku cerita sekarang ni, kalau lah norma masyarakat terima habit ni bersesuaian dengan umur 20an aku memang akan aku amalkan. Sekarang aku suka menaip, aku suka menulis. Kalau tulis tangan, tulisan aku sangat buruk. Kalau diberi peluang berucap tak kira la banyak kali pun aku susah nak lancar. Walaupun banyak kali berada di pentas berucap, menyanyi , aku masih ada masalah untuk buang perasaan berdebar tu.

Itulah sedikit perkongsian dari aku. Harap janganlah pandang sesuatu tu dengan pandangan yang buruk sekiranya kita tak tahu. Autism bukanlah semua yang melibatkan kecacatan akal. Ada tahap dia. Disleksia pun sama. Disleksia ni pun satu perkara yang masih baru dalam masyarakat kita. Anak kalau ada masalah belajar dekat sekolah kena la diambil tahu apa masalah dia. Kita membesarkan manusia bukannya membela haiwan ternakan. Abaikan rasa malu mempunyai anak OKU. Kegagalan kita untuk selesaikan masalah kita sekarang pasti akan memberi kesan pada masa hadapan kelak. Pandanglah kelainan itu sebagai satu anugerah, Bukanlah sebagai suatu kekurangan. Tiada rawatan untuk masalah autism, tapi anak autism boleh dibentuk dari kecil dengan bimbingan yang betul.

– Nemo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit