Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Pertamanya, terima kasih pada pihak admin jika tulisan aku ini disiarkan.
Aku Zainab (Bukan nama sebenar). Usia perkahwinan aku baru mencecah 5 tahun dan kami dikurniakan seorang cahaya mata (Alhamdulillah).
Tujuan aku meluahkan perasaan ini adalah menyedarkan kaum hawa dan isteri terutamanya tentang kebajikan suami.
Pertamanya, hubungan. Tempoh aku bernikah benar amat pendek untuk memberi nasihat tapi pernah tak dengar pepatah arab,
‘Jika mendengar nasihat, jangan pandang pada siapa yang memberinya tapi dengarkan apa yang diberitahu olehnya’. Faham kan? Agak jelas maksudnya disitu.
Hubungan aku dengan suami aku boleh dikatakan okay lah. Maksud aku okay ialah sudah menjadi normal hidup berpasangan, mesti ada pergaduhan. Cuma yang membezakan kita semua adalah? Cara kita menyelesaikan masalah tersebut.
Ada suami curang, ada isteri curang, ada suami pendera, ada isteri pendera. Semua yang ada pada lelaki, ada juga pada wanita.
Jadi bagi aku sebagai kaum hawa dan isteri, mengambil masa selama 1 tahun untuk aku faham perasaan lelaki dan suami aku. Bila bergaduh, suami aku pilih untuk berdiam diri. Membalas apa pun tidak.
Bila aku membebel, dia akan pilih untuk bercakap dengan anak kami. Dia cuma bercakap dengan nada tegas ‘Jangan bergaduh depan anak.
Nak bergaduh sekejap lagi. Tunggu anak tidur’ pada mulanya aku tak faham kenapa. Betapa jauhnya pemikiran suami aku. Tiba tiba Allah bagi aku satu petunjuk. Cikgu taska anak aku menceritakan pada aku ‘Puan ada bergaduh di rumah ke?
Sebab anak puan bercerita disini dengan kami. Dia meluah mak ayah dia bergaduh’ Terus tersentak aku bagai ditampar berdas-das. Baliknya aku Tanya pada suami, apa masalahnya? Lalu suami menjawab, “Macam mana kita cakap, macam tu anak akan ikut.
Cuba fikir kenapa anak banyak datang dan cerita dengan saya daripada awak? Sebab awak pilih untuk berkasar dan marah saja.
Bila gaduh, gaduh depan dia. Kenapa tiba tiba tanya? Anak cerita kat sekolah? Malu tak? Sebab tu nak gaduh, tengok anak dulu. Ada ke takda’ Satu perkara aku hormat tentang suami aku.
Jadi para kaum isteri, tolonglah hormati suami dan juga kalau nak membebel tentang perangai suami, jangan lah didepan anak kalian.
Anak merupakan cerminan ibu bapanya. Kita beriya mendidik anak supaya jadi yang terbaik, tapi kita jadi hipokrit dan pentingkan diri bila emosi mengawal diri.
Hebatnya kuasa anak kecil. Suami pernah nak tegur aku dengan nada tegas, tiba tiba bila anak kami datang padanya ‘hai papa, buatpe tu?’ terus nada dia dari tegas bertukar menjadi penyayang ‘iye cinta, takda apa, papa nak cakap dengan mami je’.
Bila malam nya aku ungkit kembali, dibalas ‘sudah, jangan diungkit. Malam diatas katil bukan untuk rehat, bukan untuk bertekak’ Aku pun masih buntu dan keliru. Apa yang dimaksudkan suami aku.
Sekali lagi Allah beri petunjuk dengan sahabat aku bergaduh dengan suami nya. Kau kenapa? Aku bergaduh dengan suami aku malam semalam.
Sekali lagi ditampar dan dihiris perasaan aku. Suami aku tegur, kalau bergaduh di atas katil sebelum tidur, percayalah perasaan tidak puas hati (at least) akan dibawa terus sampai ke pagi esok dan akan rosakkan mood dua belah pada hari esok.
Jadi selepas bertahun, baru aku faham, dengan suami, kalau nak bergaduh, cukup hanya bagitahu dan tak perlu tinggi suara, kenapa? Parents kita pun ambil masa untuk tegur kita kan dulu?
Senang tak nak ubah? Ambil masa kan. Jadi tak perlu ungkit untuk tanya ‘sampai bila saya nak kena tegur ye?’.
Kedua, bab makan pakai. Ada suami yang cukup cerewet dengan bab ini, tapi suami aku cukup tak kisah. Suami tak pernah ye. TAK PERNAH minta aku uruskan pakaiannya.
Cuma suami aku minta untuk masak saja. Suami aku uruskan baju nya sendiri, kalau nak tengok suami aku uruskan masa, paling aku suka.
Cukup menepati masa dan dia paling cepat marah jika sudah berjanji dengan masa, tapi tak boleh turuti. Ibu bapa suami pun sudah kenal dengan perangai sampaikan ibu bapa kena siap cepat (ajaran kedua ibu bapa juga, sebab tu suami aku ikut).
Bagi dia, siapa yang tak turuti janji masa dengan dia, cukup sampai situ sahaja urusan dan lain kali, dia takkan berurusan lagi dengan si fulan tersebut. Bab makan, aku sering bertanya ‘abang nak makan apa apa tak?’ suami balas tak kisah.
Tahun pertama aku cukup terasa. Tapi bila dengar penjelasan nya buat aku mengerti orang macam dia. ‘Sayang tengok abang main phone kan? Ada tak abang tengok makanan? Dan bertahun kenal kan?
Kita pergi makan, ada tak apa apa yang menyusahkan abang pilih makan? Yang penting, abang Cuma makan ayam saja (jarang makan lain sebab bagi dia makanan lain sedap di makan dirumah sahaja contoh ikan udang sotong dan sebagainya).
Suami takkan ambil makanan lain selain ayam di luar sebab dakwanya ayam tu rasa sama saja di mana pelusuk dunia, jadi senang nak makan dan tak perlu risau rasanya.
Betul juga. Kadang aku yang buntu nak masak apa untuk suami, tapi best juga, kalau aku jumpa resepi pelik pelik pun. Suami tetap jadi yang pertama untuk merasa dan dapat keputusan ‘sedap lah’. Suami paling gemar cuci dapur dan tiarap. Dia paling tak suka kalau rumah tak kemas.
Kalau bersepah, dia tak bising pun, dia akan kemas sendiri. Dia akan bising dengan anaknya sahaja. Kenapa cinta tidak kemas?
Anak pun menjawab. Mama tak kemas pun. Cinta, mama dah tolong papa jaga cinta waktu papa kerja, jadi biar mama rehat, cinta kenapa tak tolong kemas?.
Yang ajaib nya, anak kami akan turut ikut mengemas. Aku tanya pasal panggilan dia kenapa anaknya. ‘kenapa panggil cinta dengan anak?’.
‘Nak suruh budak kemas, panggil lah sesuatu yang buat dia seronok, macam panggil sayang, panggil sayang, taktau lah rasa seronok ke tak sebab tak dengar juga’ kena lagi aku. Adoiii.
Ketiga, pendapatan. Isteri diluar sana tolong lah tengok sama account bank suami sebelum minta. Kadang kalau banyak, tanya dahulu apa nak dibuat dengan duit tu.
Jangan semberono belanja dalam talian. Sebab iye, suami ni susah nak agak perancangan dia tapi percayalah, kalau ditanya, takda apa pun nak dirahsiakan.
Yang penting, sebelum guna, tanya dulu, takut takut suami ada plan besar untuk keluarga.
Aku pernah shopping sakan dalam talian. Suami tidak syak apa apa kerana beranggapan itu duit nafkah yang diberikan. Tiba tiba balik suami memanggil masuk bilik terus ditegur dengan nada yang agak keras.
Kenapa pakai duit tak bagitahu? Saya nak tukar service kereta dan tukar tayar tau tak? Mana penting, keselamatan kenderaan atau barang sayang? Terus aku terduduk, baru teringat, awal bulan sudah suami pesan jangan guna sebab tayar sudah botak.
Ditambah lagi ‘perempuan ni kalau pakai kereta, pakai jelah, tak payah periksa apa apa, tayar tu dah botak ke pancit ke minyak hitam leaking ke, semua biar tiba tiba rosak lagi mahal nak selenggara’ ayat pedih terus menikam kalbu. Ada betul nya juga tapi terasa juga.
Tapi apa pun tak boleh cakap. Adakah bersalah suami menegur? Tidak. Adakah intonasi suami aku salah semasa menegur? Tidak.
Sebab apa tidak, sebab semua orang kalau ada di kedai nak tukar tayar, tiba tiba duit habis, semua akan maki hamun tetapi tidak pada suami. Masih tegur dengan nada keras sahaja.
Keempat, sewaktu usia perkahwinan mencecah tahun kedua, aku perasan aku jarang melayani suami aku. Alasan aku penat.
Tiba tiba suami macam tidak ambil kisah bila tak tidur dengan aku, lagi pilih untuk tidur dengan anak, tidur depan tv. Tiba tiba Allah menguji, aku jumpa sejarah internet telefon suami melihat video lucah.
Aku tahu dia tengok tetapi tidak pernah pula aku persoalkan. Jadi aku marah. Suami aku balas.
Habis tu apa boleh abang buat? Abang ajak main, tak boleh. Penat. Abang tengok p*rn, tak boleh, abang melanc*p sendiri, tak boleh.. jadi apa abang boleh buat untuk melampiaskan nafsu abang?
Abang melanc*p, tak kacau masa tidur sayang pun. Jadi salah abang lagi? Terus aku moody memikirkan betul ke salah aku. Rupanya memang salah aku. Aku uruskan makan dia pun tidak, kemas rumah pun tidak, menjaga satu orang anak dirumah 8jam tapi mengadu penat.
Jadi betullah salah aku. Kini sudah 2 tahun, suami makin bahagia Cuma aku lah penat sikit (suami punya keinginan sex yang melampau ye. Hehe) kalau bercuti di rumah, anak tidur, habis lah aku tapi aku bahagia melihat suami aku bahagia.
Nak ikat suami, ikatlah nafsu dia. Kalau suami selalu tengok video lucah, cuba para isteri tengok dan belajar, apa yang seronoknya? Dan cuba lakonkan semula, percaya lah, suami auto sayang. Lelaki ni kalah pada sex je, kalahkan lelaki pada sex automatic dapat sayang.
Pernah dengar kan? Kalau perempuan mahukan lelaki, bagi tubuh. Kalau lelaki mahukan perempuan, bagi kasih sayang. Jadi fair and square lah sekarang, aku bagi dia tubuh aku setiap hari, aku dapat kasih sayang yang tak terhingga.
Kelima, masa bekerja, suami aku seorang jurutera di syarikat terkenal di Klang, setiap hari pada masa bekerja akau akan whatsapp dan call untuk bertanya di mana.
Lama perangai aku begitu. Tiba tiba suami aku balik dan bising. Sayang ni tak faham ke? Saya ni jurutera, bukan operator. Masa kena flexible, selesai masalah. Meeting bersepah. Kalau masalah hadir lagi satu minit nak balik, kena stay juga.
Aku balas tak boleh ke at least bagitahu. Suami aku balas ‘bukan taknak bagitahu, bila di tempat kerja, keluarga jadi nombor dua, faham tak?
Macam mana sayang tak suka technician call saya di rumah, macam tu lah perasaan saya bila sayang asyik asyik call untuk benda tak penting. (bawang habis pun bagitahu).
Tolong faham. Lelaki di luar sana kebanyakan nya macam ni. Jangan risau para issteri, suami akan kembali ke kita kalau kita faham dia. Itu saja. Dia akan update kepada kita tapi selepas dia selesai lah.
Keenam, never close your husband jannah just because of your jealousy. Isteri ada syurga, begitu juga suami. Suami yang masih ada ibu bapa, tolong lah isteri sekalian, bagi suami masa dengan keluarganya terutamanya dengan ibunya. Kalau ibu tidak redha, mana syurga suami mu nak cari?
Kita isteri masih ada suami sebagai jalan ke syurga. Suami kita? Jangan lah cemburu dengan mertua sendiri. Aku dulu begitu, sampaikan suami menangis minta difahami bagi dia mengejar syurga pada ibunya.
Dia nak balik berjumpa ibunya nak cerita sekejap. Isteri jangan lah bising saja. Percayalah bila ibunya takda di kemudain hari, suami akan kembali cerita pada isteri.
Bukan aku nak kata isteri tidak penting, tapi aku nak sampaikan si suami masih punya syurga di dunia, jadi biarkan suami berbakti pada syurganya. Itu saja.
Ketujuh dan terakhir, aku lihat di media social terutamanya facebook, kerap kali isteri tag suami untuk pelbagai content, tak boleh ke kalau isteri share as private pada suami.
Suami aku cukup rimas dengan perangai aku tapi tidak pernah bagitahu tiba tiba suami aku deactivate facebook dan instagram miliknya.
Aku bertanya kenapa? Suami bertanya kembali. ‘haa, ada apa yang sayang baca nak tag abang? Abang takda fb ig, kalau nak kongsi, kongsi, kongis depan depan, tak perlu tag bagi public tahu’. Adoii tertampar lagi.
Para isteri, contoh kalau post mengenai cara elakkan pergaduhan dan kita tag suami, semua orang akan stalk siapa yang kita tag dan ‘oohh pasangan ni pernah bergaduh’, ‘ohhh pasangan ni tak hormati isterinya sebagai pembawa rezeki’. Adakah kita suka difikir sebegitu rupa?
Sekarang apa apa perkongsian, aku akan cerita dengan suami sebelum tidur tapi syaratnya mestilah light story, bukan masalah tapi lebih kenapa ‘apa pendapat sayang dan anag, begitu lah’
Kita tak suka diri kita dihakimi, tapi kita selalu buka ruang dan jalan untuk kita dihakimi, dulu kita marah orang jaga tepi kain kita, sekarang kita yang buka dan selak kain kita untuk orang tengok dan menghakimi. Adalah itu salah masyarakat? Tidak, salahnya pada kita.
Bagi aku, berita sedih atau gembira tidak perlu dikongsi sebab masih menjadi ruang untuk kita difitnah di kemudian hari, cukup simpan di dalam rumah dan album keluarga.
Sekian coretan dan luahan aku, semoga apa yang aku ceritakan mengubah persepsi pandangan suami pada isteri dan isteri pada suami. Dan sama sama kita mengubah menjadi pasangan yang ideal.
Dan ingatlah, P. Ramlee sudah berkata berpuluh tahun dahulu, sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri. Jadi para isteri dan suami, semua pergaduhan tidak boleh diselesaikan dengan penceraian, percaya, menyesal akan hadir di kemudian hari.
Hari indah bukan selamanya dan begitu juga hari sedih, jadi BERSABAR dan TERUS BERSABAR kerana SYURGA BUKANLAH PERKARA MUDAH UNTUK DIDAPATI.
‘Why you still repair your old car? Because we are born to fix it not to throw it away’
‘Kenapa perlu perbaiki hubungan? Sebab kita diajar untuk perbaiki bukan untuk bercerai’
Terima kasih…
Yang Benar,
– Zainab (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit