Coronavirus: Response Orang Kita

Aku Mo. First and foremost, aku ucapkan jutaan terima kasih kalau penulisan ni dapat approval dan disiarkan. Sekarang aku sedang melanjutkan pengajian di luar negara. Negara yang aku diami sekarang ni pun effected by coronavirus jugak macam di Malaysia.

Tapi aku ikuti rapat perkembangan berita pasal coronavirus kat Malaysia. Disebabkan nak elak jangkitan, aku prefer duduk bilik je. So bila dah duduk bilik je, mula la boring dan start tengok social media, dan also gatal tangan nak menulis.

Satu perkara yang buat aku gerun bila explore social media adalah bila aku baca komen-komen netizens di Malaysia. Punya la ramai netizens kita yang rilek menyebarkan fake news.

Contohnya, berita pasal sekatan pelancong China masuk Philippines. Philippines hanya usir dan sekat pelancong dari Wuhan je, tapi netizens kita memandai reka cerita kononnya semua pelancong China dah diusir dan disekat dari masuk Philippines.

Tak tahu la sama ada mereka ni memang jenis baca tajuk tak baca isi je, atau pun memang niat nak buat huru-hara. Yang pasti tajuk berita pun mereka tak mampu baca dengan betul. Yang ganjilnya bukan sorang dua, tapi berbelas ribu orang yang yakin dengan fake news ni.

Bila ada yang menegur dan cuba memperbetulkan, golongan fake news ni maki hamun dan memfitnah si penegur. Jadi bergaduh. Yang buat jadi lagi gerun, ada netizens yang menyebarkan pulak conspiracy theories yang takde asas.

Itu belum lagi campur golongan yang celebrate bila China dilanda wabak coronavirus ni – bala Tuhan kata mereka – mereka buat tak sedar yang orang Islam pun ramai je kat China tu (dan saudara Islam kita pun memang dilaporkan dah ada yang dijangkiti wabak ni).

Lagi teruk, golongan fake news ni ada jugak yang mendoakan orang lain dijangkiti coronavirus ni. Pastu boleh pulak ada netizens lain yg komen aminkan doa mereka. Sedangkan Islam mengharamkan kita berdoa meminta musibah atas orang lain.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra:11: “Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.”

Bila kita menegur golongan fake news dan netizen yang suka buat onar ni, kita dituduh pulak jadi kuli dan macai kerajaan. Hinggakan doctor dan pakar perubatan pun golongan ni taknak dengar. Dah la taknak bijak, ego bodoh sombong pulak tu.

Untuk pengetahuan korang, aku pun banyak je tak puas hati dengan cara kerajaan handle isu coronavirus ni.

Ni aku senaraikan perkara-perkara yang aku bengang dengan pihak berkuasa untuk tunjukkan kat korang yang aku tak memihak pada mana-mana parti politik:

1. Tak tangguhkan pelaksanaan VOA untuk pelancong dari Tanah Besar daripada awal.

2. Hanya tangguhkan VOA untuk pelancong yang asal dari wilayah Wuhan & Wubei serta sekeliling je, bukan dari seluruh China (at the time of this writing, Philippines dah pun tangguhkan pemberian VOA untuk semua pelancong China tanpa mengira wilayah asal mereka).

3. Tak coordinate action plan daripada awal dengan WHO, Singapore, Thailand dan negara-negara lain untuk sekat dan periksa pelancong dari China.

4. Gagal sekat pelancong China yang dah ada symptom sampai ada yang dah terlepas masuk ke Malaysia.

5. Pelancong China yg dah ada symptom dan ditahan kat hospital boleh dibiarkan terlepas lari.

6. Ada petugas keselamatan yang jaga thermal imaging scanner kat airport boleh terkantoi lelap dan main phone masa isu coronavirus ni mula tular few weeks ago.

7. Belum bawak pulang rakyat Malaysia yang still ada di Wuhan.

8. Tak arahkan pembatalan semua penerbangan dari China (at the time of this writing, British Airways dah suspend semua penerbangan dari China).

9. Belum ada pengumuman tentang sama ada we are considering untuk sekat masuk semua pelancong dari China.

10. Setakat ni jugak masih belum dengar lagi pengumuman melarang tour groups dari China (macam yang dah dibuat oleh kerajaan negara Thailand dan Jepun).

Kalau aku taksub pada kerajaan atau pun parti politik, aku takkan senaraikan in detail perkara aku tak puas hati ni okay.

See? Boleh je nak kritik kerajaan. Tapi kritik dengan akal. Kenapa kena sebar fake news, memaki hamun, mencarut dan mendoakan musibah atas orang lain? Tu ke cara orang bertamadun menyuarakan criticism? Tu ke cara orang Islam?

Golongan fake news dan batu api ni betul-betul ke concern tentang isu coronavirus ni? Bila tengok sikap orang kita, aku tak boleh bayangkan kalau coronavirus (or virus lebih bahaya) merebak secara meluas kat Malaysia.

Reminds me of The Walking Dead. Dalam The Walking Dead, zombie apocalypse berlaku dan hanya tinggal sedikit je manusia yang hidup sebab semua lain jadi zombie.

Watak baik cuba hidup cara bertamadun, coexist secara harmoni. Watak jahat pulak tikam belakang kawan, taknak berkongsi sumber, jadi batu api, membunuh, menindas, merampas hak orang lain.

Kalau berlakunya wabak yang teruk macam zombie apocalypse, jenis manusia macam mana yang kita nak ada tepi kita? Jenis manusia macam golongan fake news dan batu api ni ke?

Kita condemn orang Tanah Besar yang makan haiwan exotic dan bersikap pengotor. Tapi pada aku, golongan fake news dan batu api ni satu level je dengan orang-orang pengotor yang makan kelawar, binturong, ular, buaya kat China tu.

Coronavirus ni lain daripada lain. Virus yang sangat bahaya sebab kemampuan virus ni untuk adapt dan mutate. Scary. Kita buat dosa sana sini, yakin ke kita takkan dijangkiti?

Aku doakan kita semua dilindungi Allah SWT. Ni aku sarankan:

1. Jangan share dan sebar berita palsu. Jangan percaya berita palsu. Rujuk berita daripada sumber yang sahih. Jangan mudah emo. Jangan sekadar baca tajuk. Baca berita dengan teliti. Tambah ilmu.

2. Jaga keselamatan dan kesihatan kita, especially bila keluar dan travel. Jaga kebersihan. Pakai topeng, bawak hand sanitizer ke mana saja. Jangan ada direct contact sangat dengan orang. Elakkan pegi tempat crowded especially kawasan tumpuan pelancong.

3. Solat dan doa jangan dilupa. Rujuk page Mufti untuk belajar doa memohon dielakkan dari jangkitan wabak penyakit.

4. Bila berdiskusi kat social media, jadilah orang bertamadun. Kritik dengan akal.

Yang baik daripada Allah SWT. Yang buruk daripada aku. Barakallahufikum semua.

– The Traveling Outlier (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *