Cosplayer

Apa khabar! Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menerima luahan saya! Saya mahu dikenali sebagai Chibi sahaja. Tanpa melengahkan masa, saya ingit bercerita berkenaan hobi saya yang kini semakin berleluasa di Malaysia iaitu Cosplay.

Apa itu Cosplay? Cosplay itu sebenarnya dikenali sebagai Costume Play. Senang kata, memakai costume dari watak animasi, drama, icon terkini macam Datu Vida, movie, game, novel dan komik. Saya pasti dikalangan pembaca pernah terserempak orang dengan kostum Ironman, Deadpool, Spiderman, Kamen Rider, Ultraman dan watak-watak kalian kenali. Itulah orang yang dikenali sebagai Cosplayer.

Saya pasti, ada yang berfikir hobi Cosplay ini agak pelik. Dress up pelik-pelik, buat perangai pelik-pelik. Jangan kuatir. Kami hanyalah berlakon seperti watak berkenaan supaya pengunjung dan kanak-kanak rasa terhibur. Dan ada sebahagian dari kami menyukai cosplay atas kerana untuk membuat kanak-kanak rasa terhibur. Bermain bersama watak mereka sukai. Lebih baik dari mereka menghabiskan masa dengan gadget.

Saya juga seorang cosplayer . Sebab saya menjadi seorang cosplayer atas kerana untuk mengubah diri saya yang pemalu, penakut dan kurang keyakinan diri. Saya sangat pemalu orangnya. Di dalam kelas, ramai tidak tahu kewujudan saya. Sejak saya bergiat cosplay, sifat pemalu saya semakin berkurangan, keyakinan diri bertambah dan tidaklah sepenakut seperti dulu. Selain itu, saya juga semakin gemar menjahit. Sekarang saya mampu menjahit baju saya sendiri. Hebat bukan?

Ramai masih berasa Cosplayer ini adalah insan yang pelik. Sejujurnya, ia agak pelik buat masa kini. Kadangkala saya juga ada timbul rasa segan di dalam diri tetapi selalunya hilang sekelip mata. Saya suka melihat kanak-kanak mengambil gambar dengan saya dan bersalaman. Saya bukan pedo ya!

Tetapi hobi ini juga terdapat perkara buruknya dimana kami sering kali di caci atas kerana hobi kami yang pelik ini. Tujuan kami memakai costume hanya ingin mencari keyakinan diri dari kegembiraan yang dipamerkan oleh peminat, ibubapa dan kanak-kanak sahaja. Tiada yang membuat kami lebh gembira melihat kalian berasa teruja dan gembira melihat watak kegemaran di lakonkan dari usaha dan titik peluh kami.

Dengan itu, perlahan-lahanlah menyokong hobi kami. Kami akan mencuba membuat yang terbaik untuk anda semua dan anak-anak kecil.

– Chibi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit