Couple dan Dating Itu Normal Ke?

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada admin jika sudi menyiarkan konfesiku ini. Terlebih dahulu, saya ingin sampaikan bahawa segala ungkapan yang kasar dan silap harap dimaafi.

Tujuan aku menulis konfesi ini bukanlah mencari populariti atau meraih simpati. Aku hanya mahu bercerita mengharapkan para pembaca memahami apa yang aku lalui dan ambillah ikhtibar darinya.

Nama aku Kay. Aku pelajar bergraduan ijazah sarjana Muda Sains dari UK. Sound’s cool right? But I am not that great. Belajar di luar negara sangatlah seronok, kerana ia suatu pengalaman sekali seumur hidup. Tapi.. sehebat dan setinggi mana pun kita belajar, kita akan hadap masalah yang sama, duduk rumah ‘tanam anggur’.

Tapi aku minat belajar. Aku suka belajar. Aku pulang ke tanah air meneruskan pengajian Ijazah sarjana pula di sebuah universiti awam KL. Aku nak kerja tapi kerja bidang aku ni tak banyak peluang pekerjaan. Maklumlah dah ramai pemohon bersijil ijazah sekarang ini. Sekali buka permohonan dalam iklan, beribu-ribu orang berebut kekosongan jawatan.

Aku pun sambung belajar dengan harapan lepas aku habis belajar, aku dapat keluar dari persaingan ini. Aku menjalankan penyelidikan, aku buat kertas cadangan, aku buat pembentangan, dan aku buat laporan. Nasib baik aku ada biasiswa bantuan kerajaan, barulah ada makna di sebalik pengajian.

Dah bertahun-tahun aku tak jumpa kawan-kawan sekolah aku. Kali terakhir sewaktu aku sedang bersedia untuk berlepas ke luar negara. Suatu hari aku dapat balik contact kawan-kawan sekolah aku. Hahaha.. betapa rindunya aku pada mereka. Nostalgia melihat gambar kelas dulu, aku dan mereka hanyalah tiga orang lelaki dalam kelas, yang lain semuanya perempuan. Rapatnya kami dan nakalnya kami dulu. Kelakar bila teringat zaman dulu.

Dapat contact balik kawan kat FB. Lepas tu salah seorang member aku buka whatsapp group, masukkan aku dalam group. Whatsapp group ‘GENG PARA LELAKI IDAMAN’ kononnya lah. Jadi kami tiga orang dalam group tu. Suatu hari, mereka berpakat untuk lepak kat kedai makan. Iyalah lama tak jumpakan. Tiga orang laki aje dalam kelas. Jumpa balik macam dulu.

Aku pun excited nak jumpa diorg. Tibalah suatu malam itu. Kami jumpa dekat restoran makanan Thai. Mereka sampai dulu, aku yang lambat sampai hahaha.

Tapi aku kecewa bila bertemu diorang. Diorang bukan datang seorang, diorang datang bawa ‘PLUS ONE’ sekali. LA, MATI-MATI AKU INGAT INI GUYS REUNION….. Ok relax chill…. chill man.. chill..

Conversation bermula, aku bagitau apa aku buat sekarang ini. Diorang pun bagitau la apa yang diorang sekarang ni. Lepas tu diorang perkenalkan girlfriend diorang. Kay.
Kawan-kawan aku ni semua dah bekerja, seorang kerja pengurusan acara dan sorang lagi kerja perhubungan awam. Gitulah.

Dan kalau dah lama tak jumpa ni korang tau lah apa modal perbualan pada akhirnya kan? Soalan tahap KBAT PT3 keluar dari mulut diorang ni tetiba.

“Kay, bila kau nak ada girlfriend?”

Sebelum aku menjawab soalan tu, aku nak bagitau korang. Aku dididik keluarga dengan baik sekali, syukur pada mak ayah. Aku biasa-biasa saja. Aku tak sosial kuat terutamanya sekali bab perempuan. Aku anti couple,dan sangat menjaga ikhtilat. Aku takde keistimewaan pun yang boleh menarik perhatian perempuan. Yang aku kenal perempuan pun suka lelaki yang fun, kelakar, dan menghiburkan hati. Itu kat tempat aku belajarlah. Aku ni sibuk dengan pengajian, amanah orang perlu diselesaikan. Manalah ada masa melayani cinta. Biarlah aku selesaikan urusan aku dulu. Dah dapat kerja barulah fikir.

Aku cuba mengubah topik. Tapi setan manalah hasut diorang ni tanya soalan KBAT %$#@$ ni. RASA MACAM NAK JAWAB, MANA LAH AKU TAHU!! KERJA ALLAH SIAPA YANG TAHU!! PERGI MATILAH, TANYA ALLAH APA TERTULIS KAT LAOH MAHFUZ. Tapi aku sabar je pikir diorang ni lama tak jumpa kan.

“Come on Kay, kau dah 29 tahun kan?” tanya diorang sambil bergelak tawa dengan girlfriend diorang. Amboi sukanya diorang, haha. Sukanya membahan aku yang single ni. Aku mampu gelak dan senyum je. Lepas tu aku jawab.

“Takpelah biar aku habis belajar dulu, dah dapat kerja aku cari lah,”
“Jangan begitu Kay, kau cuba test dulu, sambil-sambil belajar ni,”

Ya Allah diorang ni, couple tu berdosa tahu ke tak? Rasa menghampiri zina kan dosa? Diorang rasa macam normal. Ish, bisik aku dalam hati.

“Baiklah, aku cerita pasal aku,” aku pun mula membuka bicara dengan harapan menutup soalan mulut-mulut puaka diorang ni.

“Aku kenal seorang perempuan ini. Kawan sekolah Pra-U, tempat aku belajar sebelum aku fly ke UK. Aku contact dia secara tidak sengaja, melalui whatsapp group alumni sekolah kami ni. Dia sekarang bekerja sebagai pensyarah. Aku bertaaruf dengan dia melalui whatsapp saja selama tiga minggu,”
“Kenapa selama tiga minggu saja” tanya salah seorang perempuan girlfriend kawan aku ni.
“Perempuan ni islamik dirinya. Sebab dia merasakan aku dan dia sudah cukup kenal, dia tak mahu perkenalan ini menjadi lagha dan sia-sia, dia tahu aku sedang menghabiskan pelajaran dan sekarang terpulanglah kepada aku untuk meneruskan hubungan ini atau tidak,”

“Kau tak jumpa dia ke selama pengenalan tu,” tanya kawan aku sorang ni.
“Tak, sejak tujuh tahun lalu aku tak pernah jumpa dia sehinggalah contact whatsapp ni.”

“So macamana nak jadi hubungan ni kalau tak jumpa langsung?” kawan aku tanya lagi.
“Masa pengenalan tu aku sempat bertanyakan alamat, aku poskan hadiah perhargaan kepadanya,”
“Hadiah apa tu?”
“Ini dia,” hadiah semirip seutas jam tangan di pergelangan tanganku.

“SO SWWEEEETTT…!” kata salah seorang girlfriend diorang.
“So apa balasan kau dapat daripada perempuan tu Kay?” kawan aku bertanya ingin tahu.
“Dia kata dia menanti aku, tetapi pada masa yang sama dia tidak terlalu mengharap, aku pun kata kalau betul ini jodoh yang ditentukan Allah tiada siapa yang menghalang, dan SEJAK ITU AKU TIDAK MENGHUBUNGI DIA LAGI,”

“Wow Kay, tiada siapa pernah buat macam kau buat ni,” kata kawan aku.
Aku mengerti cara diorang ni cara bercouple ini memang normal bagi diorang, tapi tidak bagi aku.
“Ya, tiada siapa pernah buat, sebab aku dan dia, hubungan kami hanya BERTAWAKAL”
Jadi, aku tak main dating-dating macam korang, bisik hati aku.
“Aku doakan semoga kau berjaya Kay.”
“In shaa Allah,”

#DONEDAKWAH. Sepertinya mereka berpuas hati dengan penjelasan aku. Aku berjaya menutup konversi ini dari menjadi kontroversi. Aku tak mahu jumpa diorang lagi. Cukup-cukuplah aku dibahan dengan SOALAN KBAT JODOH ILUSI DIORANG INI. Aku pun bergerak pulang selepas makan malam yang riang ria bersama dengan mereka.
“Sayang…. hadiahkan saya dengan pos laju kalau kita duk berjauhan ya,” aku dengar mereka berbicara dari jauh, terus membahan aku yang berstatus bujang.

Pada masa yang sama, aku berharap dan berdoa pada Tuhan bahawa seutas jam tangan akan bertemu dengan pasangannya suatu hari nanti. Aku terus BERTAWAKAL dan berdoa agar hubungan aku dengan dia mulia dan suci, diredhai Ilahi. Jika benar jodohku dengan dia. In shaa Allah.

– Mat K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit