Couple Itu Haram?

Salam semua. Cerita saya ni mungkin berbeza sikit. Dari sudut yang berbeza. Bila confess, ramai yang cakap couple tu haram, tak elok. Ustaz-ustaz cakap couple tu haram. Jadi saya memang tak couple dari dulu.

Tapi tipu la kalau saya cakap saya tak pernah ada crush. Rasa cinta. Cinta yang tak di paksa. Cinta yang datang secara tiba-tiba. Cewah.

Tapi saya tak pernah confess pada crush saya. Saya pernah tercrush dengan classmate masa dekat u. Tapi disebabkan kesedaran yang couple tu haram adalah tinggi, saya hanya mampu menahan rasa cinta itu. Haha. Saya bukan lah senang nak jatuh cinta. Sebab sepanjang zaman u, crush saya hanya dia seorang saja.

Sampai lah habis U. Crush saya tu pun kahwin. Saya mampu lihat dari jauh je. Huhu. Bertahun simpan perasaan. Bukan nya tak ada niat nak confess kat crush. Tapi ikut realiti, saya mana la ada duit nak kahwin time tu. Kan couple tu haram. Jadi kalau confess kat crush, mesti la kena kahwin terus (tu pun kalau dia terima la. Haha).

Kira impian saya adalah nak kerja kumpul duit, lepas tu meminang crush saya tu. Tapi tu mungkin ambil masa paling kurang setahun dua gak la nak kerja kumpul duit dalam 10k buat hantaran.

Last-last lepas je kami habis belajar, member abang dia terus masuk meminang dia. Brader tu da lama kerja, dah stabil dari segi kewangan kan. Mungkin sebab tu dia dan family dia pun setuju la kot.

Jadi lepas tu saya agak stress gak la. Yelah, orang kata cinta mati kan. (Walaupun tak pernah confess dekat crush tu. Haha.) Nak kata menyesal sebab tak confess dekat crush, tak juga. Sebab jodoh kan di tangan Tuhan.

Tapi saya selalu tertanya, wahai Tuhan, jika dia bukan jodoh saya, mengapa Engkau wujudkan rasa cinta ini? (Macam drama kan)

Sebab cinta pada crush ni bukan paksaan. Dia datang secara tiba-tiba. Dan rasa cinta sebegitu tidak ada bila kau pandang perempuan lain. Nak kata cinta yang ikhlas, begitu la kot. Haha.

Jadi lepas kejadian itu, saya bekerja keras kumpul duit, dalam beberapa tahun, dekat 20k jugak la saya dah kumpul.

Sebab azam saya, lepas ni kalau jumpa crush baru, saya terus nak meminang. Malangnya, crush yang lain tak datang-datang. Duit dah ada ni, tapi crush takda.

Ada juga member yang cuba kenal-kenal kan dengan member wanita mereka. Tapi bila jumpa, wasap, feel takda. Tak sama macam bila nampak crush dulu.

Saya tak nak ‘tangkap muat’ saja calon isteri saya, sebab tanpa rasa sayang dan cinta, macam mana saya nak hidup bersama dia sampai tua. Nafsu tu memang la ada, tapi kalau nafsu tanpa cinta, takut ikatan kahwin tu nanti tak tahan lama.

Bila lihat member saya yang couple dulu masa dekat u, harini mereka dah kahwin, dah ada anak. Dulu masa dekat U, mereka selalu dating. Yang selamber naik moto sekali pun ramai. Saya lah antara yang kuat mengutuk mereka yang couple-couple ni. Kan couple ni haram. Tapi harini tengok lah.

Mereka semua saya lihat bahagia. Berkahwin dengan wanita yang mereka suka. Yelah, dah couple mesti lah suka kan. Kalau tak suka, buat apa nak couple. Saya tak tahu la nak rasa menyesal ke tak, kutuk-kutuk dorang couple dulu, masuk api neraka.

Mungkin saya sudah terlepas wanita- wanita yang saya pernah suka. Sebenar nya masa saya mula kerja dulu, ada sorang tu yang saya suka. Tapi sebab baru kerja, duit takda lagi. Dan sentimen ‘couple tu haram’ masih menebal, jadi saya terlepas lagi. Dan harini, umur pun dah 28. Tapi cinta tak datang lagi. Mungkin dah terlepas. Huhu.

Dulu, paling saya anti bila tengok yang muslimah tudung labuh couple dengan lelaki ala imam muda. Yelah, saya yang tak selalu pakai jubah ni pun tak couple. Tapi geng ‘islamik’ ni rancak pula bercinta ‘anta enti’. Mungkin sebab saya jeles la kot sebab tertekan antara agama dan cinta. Agama melarang couple, tapi cinta tu ada. Macamana?

Bila dah 4-5 tahun ni berlalu, saya lihat geng2 yang couple ni semua dah kahwin, ada anak. Sedangkan saya yang begitu taat pertahankan ‘couple itu haram’ terus sendirian.

Jadi tujuan penceritaan saya ini ada lah untuk menceritakan satu sisi yang ramai tak nampak. Bila nanti kau dah kerja, mungkin sukar kau nak jumpa cinta.

Mungkin juga faktor umur. Awal 20-an, cinta memang asyik, kau akan jumpa crush kau.

Bila umur kau 27, 28, kau akan jumpa hampir semua wanita yang umur 28 ni dah kahwin. Peluang kau nak jumpa wanita umur 23, 24 ni sukar sikit sebab kebanyakan nya dah ada pakwa sejak dari u (dorang tengah planning nak kahwin. Tak kan lah kau nak kacau kan. Walaupun kau ada duit, kereta, dan perasan hensem, haha.)

So peratusan peluang kau nak jumpa wanita single yang ok (maksudnya yang sedap mata kau memandang dan ok akhlak nya) adalah sangat rendah. Memang terbukti dekat u ni memang banyak pilihan kau nak cari jodoh.

Ada juga member yang kahwin dari pilihan keluarga. Tapi setahun dua, bercerai. Bila tanya, dia cakap tak serasi. Tak boleh nak mesra. Rumah tangga tiada cinta.

Kan cinta ni tak boleh di buat2. Tak boleh si paksa2. Itulah risikonya bila kau harapkan cinta selepas nikah. Kalau ok, oklah. Kalau tak, bercerai. Saya tak nak perjudikan nasib saya sebegitu.

Jadi konklusinya, saya nak beritahu, ikhlaskan lah hati tu. Nak bercouple, tak haram. Yang haram tu bila kau niat jahat dalam bercinta. Nak suka-suka atau isi masa lapang. Tu yang jelas haramnya.

Kalau bercinta tu, jagalah batas2. Setakat berjumpa, bermesej, abang rasa ok lagi. Cuma jangan lebih2 lah.

Sebab nanti kalau kau nak tunggu kumpul duit dulu, lepas tu baru nak cari calon, takut nanti kau jadi macam abam. Haha.

Kalau kau tengah couple, bulatkan hati untuk kahwin dengan dia satu hari nanti. Sebab cinta, bukan nya boleh datang hari-hari. Kalau kau dah jumpa cinta kau masa dekat u, untunglah. Dan pertahankanlah. Yang tak suka kau couple, dorang jeles la tu. Haha.

Kalau kau lepaskan cinta tu, takut kau jadi macam abam nanti. Tapi kalau kau jenis yang mudah jatuh cinta, mudah cari pengganti, lain ceritalah kan.

Ok lah. Ni pun dah panjang sangat kan. Good bye. Dan renung2 kan. Haha.

– Anoni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya umur 31, tak pernah couple pun, dan langsung tak menyesal. Bagi saya konsep ‘couple islamik’ chat-chat tu tetap salah, sebab niat baik tak boleh halalkan cara. Kalau betul serius, terus bincang dengan wali atau nikah, bukannya berchatting hari-hari. Jangan kelirukan orang muda dengan istilah yang longgar

    • 28 muda lagi. Lelaki kalau kahwin dengan perempuan 10 tahun muda pun takpe.

      Masuklah persatuan2 volunteer ke. Gi volunteer kat masjid ke. Masa yang ada gunakan untuk cari bekalan pahala. Allah bagi bukan bila perlu. Allah bagi bila dah ready. Ready tu ikut benchmark Allah bukan ikut ajet2 kita.

      Jangan compare dengan life orang. We run our own race. Boleh compare dengan diri sendiri masa lalu je. Kan dah banyak improvement. Syukur apa yang ada, nescaya Allah tambahkan lagi nikmat2 untuk disyukuri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *